Thursday, July 19, 2012

Kemaafan demi Ramadhan

Insya-Allah hari Sabtu ini kita akan memulakan ibadat puasa tahun ini. Saya tidak sempat dengar pengumuman di TV hu hu.

Tahun ini mahu latih Babang berpuasa. Tapi dia sudah siap-siap kata, "Tapi... macam mana kalau saya lapar nanti?"

"Tahan je... abang puasa separuh hari dulu sampai pukul 12 tengah hari."

Dia sengih. Insya-Allah...

Ramadhan kali ini sangat bermakna. Dugaan datang dan pergi. Namun apa Ibu luahkan kepada saya Sabtu lalu ketika kami pulang bermalam untuk hantar set comforternya, banyak membantu saya kuat melalui peristiwa.

Sewaktu saya memotong timun untuk dimakan dengan nasi lemak, Ibu cium pipi. Sambil menangis Ibu berkata, "Along balik sini selalu ya... tengok Ibu ni. Jangan beralah dengan diorang. Kalau nanti Ibu sakit atau terlantar, Ibu nak Along yang jaga Ibu. Ibu tak nak diorang jaga Ibu, Ibu nak duduk dengan ALong. Walaupun selama ni Ibu tak pernah cakap, tapi dalam hati Ibu ni cuma ada anak-anak perempuan Ibu je... Along tak tahu macam mana Ibu makan hati dengan diorang tapi nak buat macam mana... Ibu terpaksa... Along dengar cakap Ibu ya, jangan pedulikan diorang. Along balik tengok Ibu ya... Along jaga Ibu ya..."

Airmata saya menitis lebat dalam hati. Bukankah pernah saya katakan, suatu hari nanti kebenaran akan menampakkan dirinya. Sebab itu saya tak kisah walau apapun orang lakukan kepada saya. Sakit memang sakit. Tetapi akan ada waktunya saya kembali senyum nanti....

Untuk melalui Ramadhan dan hari mendatang, saya dan suami mohon ampun dan maaf. Saya manusia biasa... tidak sempurna. Selalu emosi dan perasaan berkuasa berbanding sekelumit iman. Maafkan kami...

Saya mahu jadi orang baik walaupun malu untuk minta jadi mulia. Papa Nasir memang usah dikata, tidak pernah tidak memaafkan setiap sesuatu atau setiap seseorang di sekelilingnya. Saya... saya cuba... tapi ikhlaskah kemaafan kalau... "aku maafkan kamu, tolong teruskan hidup jangan sebut namaku"...?

Mengada-ngada!

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan... rasanya saya akan bercuti juga dari FRAN sepanjang bulan puasa ini. Disiplin... hu hu...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan
 ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 


Tuhan, ampuni dosa-dosa kami...
Duhai sekalian teman, maafkanlah salah silap kami....
Demi Ramadhan ini.

Wednesday, July 18, 2012

Capetown 422 : Let It Drop Along Nature's Walk

"If you're betrayed, release disappointment at once.
By that way, the bitterness has no time to take root.” 
 Toba Beta, My Ancestor Was an Ancient Astronaut

Bentuk kedudukan Water Chalet di Avillion
Threw this pain into the salty sea, let it stay deep there forever...

Saturday 14/07 morning, we wish to have a briskwalk. We had long discussion the night before. Hati kalau luka, susahnya nak sembuh. Kena bangun di sepertiga malam juga.

Lepas sarapan, kami pergi Nature's Walk. Cerahkan minda dgn green scene. 

Hatinya di wajah... sakit kan Pa bila dikhianati?



She's free...





Di setiap check-point Nature's Walk, ada label & sedikit keterangan @ cerita tentangnya. Begitu juga tumbuh-tumbuhan & pohon tanaman dilabel dgn nama. It's indeed created for inspiration & kinda pure intention to preserve the nature & culture. Adalah sikit... hu hu...

Capetown 422 : 24 Hrs in Swimming Pool?

We booked to check in on Friday 13/07 & check out on Saturday. Avillion belum berapa crowded.

That very night Babang n Didik dah tak boleh ditahan2 utk ke swimming pool. Sebelum Maghrib dah siap2 pakai swimming suit. Yg mereka tahu 'nak mandi kolam!'. Aduhai anak-anak... belum mengerti kemelut jiwa PaMi saat ini.

Sewaktu kami mahu dirikan solat, Babang tanya, "Ummi, ni semayang apa?"
"Maghrib..."
"Hmm... berapa semayang?" maksudnya brp rakaat.
"Tiga..."
"Hmm... tiga..." terfikir-fikir. Sdg buat budget masa lah tu...Cit!
"Tapi Ummi jamak sekali dgn Isya'. Jadi semuanya kena buat lima rakaat."
His shoulder dropped. "Hah? Lima? Adoi, lamanye lagi ni..."
Amboi? Tak baik tau nak...
"Okaylah, saya tunggulah..."

It was 24 hours service of the swimming pool. Nasib baik budak berdua ni tak faham lagi apa maksud 24 hours

Didik mcm ragu2 nak masuk kolam. Main cuma di tepi2 je.
"Dik, cepatlah! Meh abang tolong!"
"Tak nak! Adik akut elam!"
"Abang akan tolong adik! Pecayalah! Abang akan pastikan adik tak tegelam. Abang akan pastikan..." beriaa Babang pujuk dgn tatabahasa skimanya.

Saya perhati je. Didik mula masukkan sebelah kaki ke dlm pelampung zirafah. Babang pegang erat. Didik berjaya masuk ke dlm pelampung & Babang mula menarik Didik ke tengah kolam. Entah bagaimana, Didik senget & terus jatuh ke dalam air. Bedebush!

"Adik!!!" saya jerit. Pa buat dek. Mgkn tahu anaknya akan survive.

Babang berusaha tarik Didik ke tepi. Segera Didik merangkak naik ke atas lantai sambil tercungap-cungap. "Haaa... adik dah ate, adik tak nak! Kan dah elam adik..." katanya berkali-kali. Mundar-mandir dgn nafas tercungapnya.

Ada 3 kolam renang. Satu utk kids, another one utk family & the other for adult. Kami hanya duduk memerhati. Kali ini kami tak masuk kolam. Krn.. kami ada dilema utk diselesaikan... ini bkn percutian. Ia hanya utk melepaskan rasa berat dari dada ini.

It was naturally beautiful... even di kawasan kolam renang pun masih byk tumbuh-tumbuhan hijau. Nyaman & damai.




Tuesday, July 17, 2012

Capetown 422 : Release d'heaviness...

Nothing is or was wrong with us. We love each other for who we exactly are. Yet, life is just like the waves in the sea.

We need time. We need oxygen. We need to release this heaviness from our chest. We need to discuss & think, very-very deep. Far from our current surrounding...

Capetown 422. We weren't in exact Capetown... belum ada bajet nak travel jauh2 pun buat masa ini. It was just a room. Water Chalet in Avillion, PD. A very spontaneous decision made right after Pa balik dari solat Jumaat yg lepas...




Our clasic Water Chalet of Capetown 422
Sea view from our chalet. Air belum nak pasang waktu ini.
View at mid-nite. Awat air lambat naik? Pun our Capetown 422 letaknya agak ke belakang.
Kalau dapat duduk di chalet hujung mengadap laut tu mesti best agaknya.
Tapi ngeri juga... what if.. er... tsunami tetiba dtg? erk...

I admire the bathroom.
Showering ourselves under the sun @ moon @ stars

The past 48 critical hours did change our life whether we like it or not. But life must goes on... at least one question answered & I was so grateful to Allah for showing us that. What ever happens, I always knew Allah loves me. Dia lebih mengetahui di mana utk letak break pd sesuatu fasa dlm kehidupan saya walaupun break itu kadang terasa sgt drastik.

At least we've been here. Last time when we were at Avillion Admiral Cove, Pa wished that we could be able to make it here in Avillion one day since he thought he could fishing while resting. 

Well... I think I love Avillion Admiral Cove better than here.

Yet Avillion pun ada keistimewaannya. It has various type of accomodation ikut preference individu. Nak duduk jejauh dari bising2 blh je ke sini. Lagipun PD tak jauh mana. Pun tak lah costly sgt. Affordable & naturally interesting

Ada poem tentang tempat ini & diabadikan kat batu cantik di Nature's Walk... hu hu... comey...


Err... hari ni saya dah pandai satu lagi ttg blog. Pa ajar cam mana nak letak signature blog name kat pictures smlm hu hu...



Walk to remember :
Malam ini Pa dgn sepupu2nya ke Sg Samak Perak, menziarahi jenazah Mbah Som (saudara belah Mak Enon)... hmm... saya kurang pasti saya ingat siapa Mbah ini... semoga rohnya dicucuri rahmat.


#avillion
#capetown
#nature'swalk

Monday, July 16, 2012

Capetown 422 : D'Art Space

Life must goes on. Obviously I still do admire paintings...










Okay, time for Masterchef Selebriti Grand Finale! Hu hu...

PAGEVIEWS