Thursday, July 19, 2012

Kemaafan demi Ramadhan

Insya-Allah hari Sabtu ini kita akan memulakan ibadat puasa tahun ini. Saya tidak sempat dengar pengumuman di TV hu hu.

Tahun ini mahu latih Babang berpuasa. Tapi dia sudah siap-siap kata, "Tapi... macam mana kalau saya lapar nanti?"

"Tahan je... abang puasa separuh hari dulu sampai pukul 12 tengah hari."

Dia sengih. Insya-Allah...

Ramadhan kali ini sangat bermakna. Dugaan datang dan pergi. Namun apa Ibu luahkan kepada saya Sabtu lalu ketika kami pulang bermalam untuk hantar set comforternya, banyak membantu saya kuat melalui peristiwa.

Sewaktu saya memotong timun untuk dimakan dengan nasi lemak, Ibu cium pipi. Sambil menangis Ibu berkata, "Along balik sini selalu ya... tengok Ibu ni. Jangan beralah dengan diorang. Kalau nanti Ibu sakit atau terlantar, Ibu nak Along yang jaga Ibu. Ibu tak nak diorang jaga Ibu, Ibu nak duduk dengan ALong. Walaupun selama ni Ibu tak pernah cakap, tapi dalam hati Ibu ni cuma ada anak-anak perempuan Ibu je... Along tak tahu macam mana Ibu makan hati dengan diorang tapi nak buat macam mana... Ibu terpaksa... Along dengar cakap Ibu ya, jangan pedulikan diorang. Along balik tengok Ibu ya... Along jaga Ibu ya..."

Airmata saya menitis lebat dalam hati. Bukankah pernah saya katakan, suatu hari nanti kebenaran akan menampakkan dirinya. Sebab itu saya tak kisah walau apapun orang lakukan kepada saya. Sakit memang sakit. Tetapi akan ada waktunya saya kembali senyum nanti....

Untuk melalui Ramadhan dan hari mendatang, saya dan suami mohon ampun dan maaf. Saya manusia biasa... tidak sempurna. Selalu emosi dan perasaan berkuasa berbanding sekelumit iman. Maafkan kami...

Saya mahu jadi orang baik walaupun malu untuk minta jadi mulia. Papa Nasir memang usah dikata, tidak pernah tidak memaafkan setiap sesuatu atau setiap seseorang di sekelilingnya. Saya... saya cuba... tapi ikhlaskah kemaafan kalau... "aku maafkan kamu, tolong teruskan hidup jangan sebut namaku"...?

Mengada-ngada!

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan... rasanya saya akan bercuti juga dari FRAN sepanjang bulan puasa ini. Disiplin... hu hu...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan
 ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 


Tuhan, ampuni dosa-dosa kami...
Duhai sekalian teman, maafkanlah salah silap kami....
Demi Ramadhan ini.

3 comments:

  1. Salam Ramadhan yati..

    Selamat berpuasa, mohon ampun dan maaf dari yus juga ya...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa kak yati, papa nasir & family...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS