Maknya dulu masa kecil, kami panggil Atot Junior sebab dia sangat serupa dengan Atot. Tapi dia tak mahu menetap dan rasanya dia spend banyak masa di rumah jiran. Tapi rasanya tak la dijaga sangat pun. Tup-tup, dia beranak. Aduhai.. dia masih kecil dan badannya kurus kering. Rasanya tak dijaga dan diberi makan proper. Tersentuh hati Mumi.
End Disember tu, Atot Jr tu (sekarang Mumi namakan Tutiluv sebab baru tahu gegurl kan) dia selalu curi-curi masuk ke rumah untuk makan. Tapi dia selalu diperhambat oleh anak-anak kucing Mumi yang lain, kesian dia.
Alih2 dia bawa anak2 dia ke rumah. Aduhai.. bab ni Mumi lemah. Mumi sediakan tempat tidur yang elok sikit dan letak minuman dan makanan. Lama-lama seekor anaknya yang skrg kami panggil Sky memang duduk dan tidur di tempat Mumi sediakan. Walaupun Tutiluv akan pergi (mungkin jaga anak2 nya yang lain) tapi Sky tetap tinggal. Dia tak ikut. Tutiluv pun hanya datang untuk makan dan jenguk Sky untuk susukan. Tak juga susukan sebab kekadang ditendangnya Sky, kesian. Akhirnya PaMi bancuh susu bagi Sky minum.
Lihat Sky tidur seorang diri di luar tu walaupun dalam bekas yang Mumi sediakan, tetap Mumi tak sampai hati. Akhirnya Mumi bawa masuk je. Dan seterusnya sehinggalah ke hari ini, Sky tak keluar. Kalau keluar pun dia main di beranda depan je kemudian masuk semula. Mumi sediakan juga bekas tidurnya dalam rumah.
Nanomey & kids pada mulanya garang dan marah, tapi lately mereka curious. Sampai tak senang Sky kekadang diperhati dan dicium2. Sekarang, Mumi dalam fasa melatih Sky untuk guna litter box. Dia dah pandai kencing dalam litter box. Cuma yak tu masih terkucil2. Pheww... ulang lagi fasa mendidik kittens seperti mana Mumi hadapi masa dengan Rain (RIP), Chase, Snow @ Shiro, Enush dan Ginger dulu.
Moga Sky baik2 saja. Sampai masa nanti akan didisiplinkan untuk dihantar ke vet periksa kesihatan, divaksinkan dan disunatkan. Demi kebaikan Sky juga. Mumi rasa Mumi akan sunatkan juga si Tutiluv tu, takut dia beranak lagi nanti dia hantar lagi anaknya pada Mumi. Adeh...
Mumi tak tau DOB sebenar Sky, tapi Mumi anggarkan 1 Dis. 2022.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.