Tuesday, October 21, 2014

SETAHUN TANPA DIA...

Kali itu abah warded lama. Extra ordinary dari kebiasaan. Ibu, Bibik n Dik Sah bergilir jaga abah di HUiTM. Angah on n off menjaga keperluan semua. Saya tak diberi peluang. Mereka risaukan MAHAN dalam kandungan.

Aidil Adha tu Abah called. Teringin nak makan sup daging korban katanya. Kak Long Suhana tolong masakkan. Dari SB kami terus ke HUiTM. Dah lewat malam, tapi saya tetap nak hantar sup untuk abah. Tak nak abah kempunan.

Abah makan sesudu dua. Katanya, "Sedap sup ni. Kalaulah abah boleh makan lebih lagi. Abah dah tak boleh makan Long...." banjir dalam hati. Waktu begini bila nikmat sedikit demi sedikit ditarik... aduhai.

Esok dan lusanya saya masih di rumah Ibu. Kemas, masak, hantar bekalan ke hospital untuk Bibik n Ibu. Bila mereka makan, saya mengaji untuk Abah. Itu pesan Papa. Dalam waktu2 begitu tak ada apa yg boleh kita buat melainkan penyerahan kpd Tuhan Pemilik Jiwa.

Doktor kata waktu abah makin hampir. Tak de apa yg boleh dibantu lagi. Penuhilah hasratnya dalam waktu2 akhir itu. Redha. Tapi benteng hati meranap, tak mampu bertahan. 

For years abah turun-naik, keluar-masuk hospital. Diagnose sakit itu, ini ubatnya vv. Tapi abah tak sembuh. Abah selalu mengadu sakit. Tapi sakit apa? Kenapa ubat2 n rawatan doktor tak redakan sakitnya?

Eventually, HUiTM diagnosed abah menghidap kanser tulang tahap 4. So sudden?  Sejujurnya, saya lebih rela tak tahu hakikat ini hingga ke akhirnya. Takut abah hilang semangat. Having cancer at stage 4, what else could you expect!?

Ironiknya, hakikat itulah yg memberi abah damai. Redhanya terserlah. Abah tak lagi sedih2, tak lagi marah2, tak lagi persistent dgn ubat. Abah cuma lebih 'berehat' n 'bermanja'.

Diberi pilihan utk kimo. Tidak, cukuplah. Itu keputusan saya. Abah dah terlalu banyak menahan sakit. Inilah hakikat selepas bertahun mengulit harapan. Kami hanya mohon abah dizinkan melalui saat2 akhir itu sesempurnanya.

Sempurna? Bagaimanalah abah dapat lalui saat akhir dgn sempurna bila setiap waktunya dia khayal dgn morfin berdos tinggi. Itu saja yg dpt kurangkan kesakitan abah. 

Abah, kalaulah boleh Along kongsi untuk kurangkan sakit abah. Kalaulah boleh along tukar dgn sesuatu utk reverse semua ni. But this is not my manuscript. I can't change d story flow n plot. Ini novel Allah. 

Satu petang... saya, Papa, ibu n Angah ke hospital lagi. Abah kata dia suka sgt dgn mangga yg kami bawa tempoh hari tu. Mangga yang Papa tanam di umah No. 5 tu. Buah tu mmg sedap. Mgkn sebab Papa tanam n jaga dgn penuh kasih sayang.

"Rumah Besah dah siap ke? Pakai water pump lebih sng nak basuh." Abah... hingga saat2 begitu pun dia masih ingat anak2, masih mahu beri buah fikiran utk kesenangan anak2.

Tiba2 abah kata, "Long, pergilah cakap dgn doktor. Abah nak balik..." 

Bila doktor datang, dia terus berkata, "Tuan doktor, saya dah sihat sikit ni. Saya nak baliklah tuan doktor. Bolehlah bagi saya balik, sehari pun cukuplah. Lagipun anak saya jururawat, dia boleh jaga saya." 

The whole day he kept saying 'nak balik, nak balik'. Pedihnya hati. Saya kata pd Papa, "I dont care. Sy nak bawak balik abah. Dia nak balik umah dia. Tu umah dia. Dia rindu rumah dia. Kenapa nak halang dia?!" 

Papa peluk n tenangkan saya yg hampir histeria. Papa kata, "Mi, istighfar. Itu bukan balik dlm istilah katanya. Dia dah nak balik Mi. Dia nak BALIK..."

Malam esoknya kami mengulang lagi. Ibun n Bibik bertukar laporan. Saya amek wudhuk. Mengaji di tepi katil abah. Sejak abah masuk hospital saya tak pernah baca surah Yassin depan dia. Entah kenapa saya takut abah terasa hati. Saya hanya mengaji surah2 lain.

Habis mengaji, abah terbangun. Abah kata, "Long, abah belum Isya', tolong amekkan abah wudhu." Saya wudhukkan dia dgn bantuan Angah. 

Selesai solat abah kata lagi, "Long, abah nak baca Yassin. Tolong baca dgn abah, Long..."

Sy simpan airmata. Ambil Yassin, letak dlm genggaman abah. Abah dh tak nmpk. Sy mulakan dgn bismillah. Abah ikut bacaan sy hgga akhir ayat. Abah junjung n cium naskhah Yassin. Itulah surah Yassin pertama dan terakhir yg saya baca di depan abah di HUiTM.

Malam esoknya lagi saya tetap datang. Bibik kata abah asyik tidur. Senyap je dari siang. Riak Ibu dah lain. Ibu n Angah seru abah. Abah cuma menyahut lemah. Macam biasa, saya hanya mampu baca Al-Quran untuk selindungkan sengsara jiwa. 

Malam tu memang hiba saya luar biasa. Tak mau tinggal abah. Tapi apakan daya, malam itu dah ada giliran org lain. Saya beralah. Kesian abah tidur satu posisi. Dgn kudrat perempuan yg hamil 5 bulan, saya adjust pembaringannya. Agar abah tak lenguh,  tak kebas. Hakikatnya abah dah tak rasa semua tu. Abah sdg lalui perjalanan awalnya.

Ya Allah... saya sudah ada gerak hati itu tapi kemanusiaan saya menyebabkan saya seboleh daya utk menyangkal. Saya kata pd hati, "Tak apa, aku masih ada hari2 seterusnya lagi dgn Abah, insya-Allah. It won't be today..."

Nak balik tu saya bisik di telinganya, "Abah... along nak balik dah ni... along sayang abah... abah tidur dulu ye malam ni. Esok along datang..."

Abah tak buka mata... abah dah tak daya... abah cuma, "hmmm.... hmmm...". Aduhai... seandainya saya tahu manusia2 itu mungkir janji... 

Esoknya, berat sungguh hati nak balik. Papa called dari kelas MBA, "Tak payah balik dululah. Skrg jammed teruk jalan, kenapa ntah... tgu abah dulu..."

Say tak jadi balik bukan kerana itu. Saya tak jadi gerak sebab hati saya berat. Kepala saya pusing sgt. Saya kata dgn angah, "Along nak redakan sakit kepala jap, sat lagi kita pi hospital."

Lps Zuhur, Angah nangis2 kejut saya. "Long! Cepatlah! Jomlah! Mcm mana ni!? Bibik kata abah dh tak sedar! Long, kau dengar tak ni!?"

Kemudian Papa called, "Cepat siap... pergi hospital sekarang. Suruh Abby monitor awak. Abah dah tak sedar..."

Longlai di sofa Aladdin yg Angah beli tu. Tak ada airmata walaupun jiwa rasa pilu sgt. Out of the blue, instead of bersiap, saya bangun ambil penyapu dan terus sapu seluruh rumah. Saya kata, "Bah, abah nak balik dah ye? Okay, Along kemas rumah jap ye. Along kemas rumah utk abah. Nanti abah balik, umah kemas je. Senang hati abah nanti... abah nak balik kan...."

Saya tak mau pi hospital. Tapi Angah insisted. Katanya nak jumpa abah untuk kali terakhir. Nak jumpa abah sblm terlewat. AB pun kata Papa suh pi hospital juga. Hari gerimis. Saya memandu dlm linangan air mata. 

Papa n Naha dah tiba lebih awal. Mereka tunggu kami di parking HUiTM. MAHAN mengeras dlm perut. Sakitnya. Mata saya kabur n pedih. Kepala berdenyut2. Keluar dari kereta, saya nampak attendant hospital tolak wheel chair abah yg penuh dgn barangan.

My heart stopped beating. I heard him said, "Awak dah terlambat..." terduduk atas tar parkir. Abah... abah tak tunggu Along... abah rindu sangat nak balik ye...

Abah balik juga... ke rumah dia. Saya dah kemas rumah elok2, cantik2. Saya kemas katil untuk baringkan abah. Saya telan airmata bila Papa tutup wajah abah dgn selendang putih miliknya. Patutlah Papa beria ingatkan saya supaya masukkan selendang dia tu waktu kami packing baju utk balik ke mari tempoh hari.

Sekejap je rumah dah penuh dengan tetangga n org kampug. Dik Sah n family were speeding dr Kuantan. Kami semua tak sempat jumpa abah. Hanya Ibu... isterinya. Yg memberi penawar luka hanyalah bila memikirkan sy ada di sisinya few days terakhir memenuhi permintaannya. Abah... terima kasih...

Mereka nak bawa jenazah Abah untuk diuruskan di masjid. Saya berkeras, "Biar abah di sini! Ini rumah dia. Saya nak abah dimandikan dan diuruskan di sini je. Itu abah saya... dan ini rumah abah saya..."

Alhamdulillah mereka memahami n sudi. Saya bantu pasang kain penghadang tempat mandi abah. Kami adik beradik n menantu2 abah sama2 mandikan abah. It was the moment yg mendorong keinginan saya untuk belajar pengurusan jenazah. 

Abah disempurnakan di rumah. Wajah abah bersih sangat. Papa kata, "Abah senyum..."

Allahuakbar... saya baring peluk abah sblm abah dikafan. Wanginya abah. Saya duduk di sisi abah sepuas hati. Tatap wajah abah semaunya. Lepas tu nanti saya tak kan dapat tengok abah lagi. Cantiknya wajah abah. Seorang lelaki yg penyayang kpd anak2. Seorang lelaki yg berhempas pulas dgn tulang 4 keratnya mencari sesuap nasi n menyekolahkan anak2. Seorang lelaki yg walaupun sgt loud suaranya, tp suami sy kata 'abah tu seorg yg baik hati dan pemurah...".

Babang n Didik senyap sunyi lihat saya menangis. Mereka turut duduk mengaji utk Atok. Babang tak bertanya apapun. Didik je yg tanya, "Knp Ummi menangis? Atok Ummi knp?"

Dan jwpn yg saya beri pada Didik digunapakai oleh Babang sehingga kini. Kalau ditanya mana Atok Ummi, Babang akan kata, "Atok Ummi dah meninggal dunia, dia dah nak pergi syurga jumpa Tuhan dia. Kan Mi?" Aaamiin.... 

Saya ikut abah untuk dikebumikan malam itu. Hanya itu yang saya tak mampu tahan. Sebolehnya saya ingin abah bermalam. Maunye saja kebumikan abah esok pagi je. Mau beri sedikit ruang waktu abah berlama2an di rumah dunianya. Kesian abah, tak sempat balik utk lihat rumahnya ketika masih ada hayat terakhir.

Tapi mereka kata tak elok lambat2kan urusan. Bila Papa setuju, saya mengalah. Semuanya saya serah pd pertimbangan n keputusan suami saya. 

Abah dah selamat berpindah malam itu. Untuk hari2 seterusnya setiap jiwa kami penuh dengan rasa rindu. Teringin mau jumpa abah dlm mimpi. Sehingga hari ini, hanya saya yang bermimpikan abah. Abah datang kpd saya dengan satu kisah pada malam Maal-Hijrah. Kisah itu sempurna akhirnya, alhamdulillah. 

Abah... selamat pulang. Ampunkan Along sebab tak dapat luangkan lebih banyak waktu dgn abah. 

Abah... byk yg berlaku dlm hidup kita sekeluarga. Along tahu ada banyak yang abah bawa pergi. Insya-Allah, Along akan pangku tugas n tanggungjawab ni hingga dia kembali menggalas tugasnya.

Abah... abah tau tak? Dik Sah kata, walaupun menantu2 lelaki Ibu dapat markah 100%, tapi mereka tak boleh lawan markah abah. Ibu bagi Abah 200%. Ibu kata tak ada lelaki sebaik abah. Abah mesti senyum kan dengar apa yg Along bg tau ni?

Abah... abah nak tau tak lagi? Mlm Aidil Adha tu kan... Along masuk bilik Ibu nak cari spray nyamuk. Selalunya Ibu kunci pintu bilik dia. Tapi malam tu tak pula. Selalunya kalau sesiapa masuk bilik dia akan terjaga.

Tapi malam tu walaupun Along panggil, Ibu tak nyahut. Ibu tidur lena sangat. Along ambil je spray tu. Bila nak tutup pintu Along panggil lg. Pun Ibu tak nyahut. Tetiba Along jadi takut tengok Ibu terbaring telentang macam tu tak nyahut. Belum mampu melalui kehilangan lagi.

Waktu nak gerakkan Ibu, dalam gelap tu tetiba hati Along sayu. Baru Along perasan Ibu tidur berselimutkan 2 helai kain pelekat abah. Tutup kemas sekujur badannya. Aduhai... malam sebelum itu sampai je umah, Angah kata ibu terus ambil 2 helai kain pelekat abah n tidur sambil peluk kain2 tu.

Abah... kalau Ibu tu kreatif mesti dia akan kata, "Bah, Yam rindu awak 200%..."

Abah... ibu rindu abah. Kesian Ibu... Dia rindu, tapi dia tak dapat luah dan kongsi dgn kami. Dia harus tunjuk kuat dan bertabah dengan baki hidup ni. Along tahu rasanya. Kalau hati along sendiri pedih teramat bila kenangkan abah, apatah lagi Ibu. She has us with you... she has life with you... u were her love and lover... forever will be. Semoga Abah n Ibu jumpa kembali di Jannah ye...

Abah... setahun tanpa abah, semua yg berlaku dalam hidup along hanya membangkitkan memori dgn abah. Along rindu abah.. rindu serindu-rindunya...

Smg abah terima kuntum2 bunga dr along. Kalau segar, alhamdulillah. Kalau layu, minta maaf ye bah... along msh berusaha jadi anak n isteri yg solehah.

Abah tgu along ye... tgu kami. Smtr tu abah tolonglah kemas rumah dulu tau. Nanti kami semua akan ke rumah abah di sana juga suatu saatnya nnti...

Oh ye abah.... Along nak beri tau juga... ayahanda kepada Kak Long Suhana yang masakkan sup daging korban pd Aidil Adha tahun lalu sebagai memenuhi hajat terakhir abah... telah juga berpindah ke alam yang sama dengan abah  3 hari sebelum abah genap setahun pada tarikh 20 Oktober 2014, semalam. Kami sama2 dah tak ada abah dan ayah. ..

Tak apalah... abah sentiasa ada dalam hati kami... kerana darah abahlah yang mengalir dalam tubuh badan kami. Take care di sana ye abah...

MAHAN ikut pengebumian Atoknya 
bila dia 5 bulan lebih dalam kandungan. 
Kini MAHAN hya blh tgk Atok di pusaranye je...
AL-FATIHAH untuk ayahanda yg tercinta... 
kasih ke hujung nyawa sampai syurga hendaknya...
Aaamiin

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS