Wednesday, November 23, 2016

Didik's Day


Tahun depan Didik akan turun ke kelas kedua. Tapi Ummi still praised Didik. Sbb Didik dpt markah yg cantik utk semua subjek. It's just that other pupils score better than him. It's okay Dik. Ummi lebih hargai effort & attitude Didik, don't worry :-)

Alhamdulillah, tahun ni Didik bagi peluang kami dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan. He got Best in Pendidikan Islam. Waa... nanti Ummi nak tulis cerita 'Ustaz Sweet' untuk Didik ya... :-)

Babang pula, result drop. Msh maintain di kelas yg sama. Pd hari dia dpt result, he whispered, "Ummi, saya minta maaf sbb tak dpt markah elok utk BM Penulisan. Padahal Ummi saya penulis..." Oh my... knp Babang fikir mcm tu...?  

And the day we collected his report card, the 1st result cikgu tunjuk & said, "BM Penulisan dia D..." Tu dia haih, bang! No wonder minta maaf duluan ye... :-)

The teacher added, "Puan blh kan tlg ajarkan dia BM Penulisan di rumah? Saya rasa puan tak ada masalah nak ajar dia penulisan..."

Saya lambat digest. Mlm baru sedar motif cikgu. Cikgu... saya tulis buku cerita je. Itu pun merangkak. Menulis sambil apply KBAT, mungkin sikit. Selebihnya suka hati je. Tapi demi anak saya, insyaAllah saya study nanti :-)

Tapi, bila Ustaz Sek. Al-Amin praised & amazed dgn hafazan Al-Quran Babang, saya nangis dlm hati. Sejuk je. Begini rupanya rasanya hati seorang Ibu bila anaknya dipuji orang. Alhamdulillah, it's credit for Papa.

Keputusan Didik & Babang rang the alarm. Tersedar saya leka attend their academic progress. Dah lama tak buat coaching. Life is too hectic.

Usai Majlis Anugerah Kecemerlangan pagi tadi, terus berkobar nak cepat siap edit MDH. Dah terasa-rasa MDH akan jadi yg bongsu. Bila ada begitu byk urusan yg nak dibuat dlm hidup, kdg terasa ada yg tak terkejar. Pun dlm hidup ada byk pilihan perlu buat. Kena pilih betul-betul.

Waktu 5S pejabat bulan lepas, kemas-kemas almari bilik, terjumpa byk kertas2 berlukis yg dikomot dan disumbat dalam almari tu. Termasuklah kertas ni. Hmm... inilah kerja my boys bila terpaksa ikut Ummi ke pejabat. 

Ini lukisan tahun bila ni Dik? Zaman orang lidi lagi... :-)

Apsal Papa kemetot mcm baby pulak tu, Dik

Monday, November 14, 2016

MDH : Tu Jo Mila...?

“Kita manusia biasa... bersifat hamba. Walaupun berjuang, jatuh dan bangun... kita cuba harungi juga pahit manisnya kehidupan. Di hujung hari, kita kepenatan.  Ya, bukan mudah untuk hidup dengan insan yang pernah cedera hati dan jiwanya. Walau lukanya terlihat sembuh di mata terbuka, namun bekasnya tak akan pernah hilang. Umpama kaca yang terhempas... walau dicantum semula dengan pautan emas, garisan retaknya tetap kelihatan pada mata hati yang memandang. Telah kita sama-sama tahu saat ini, bukan mudah membawa dan menatang hati yang pecah. Kerana, sedikit dihembus nafas pun ia goyang. Sakit. Jalan di hadapan sentiasa terbentang. Bila tiba saatnya kita memilih nanti, ia adalah untuk kebahagiaan bersama...

(12th Day... RAN)


Walaupun menulisnya tidak berapa direstui, tetapi cerita 12th Day sentiasa mengasak kepala. Tapi saya perlu siapkan edit MDH terlebih dahulu. MDH dah lepas penilaian awal di A21. Che Anis kata dah masuk giliran 2017, cepat lambatnya ikut rezeki. Tak apa...

MDH adalah cinta hati saya. Bukan tak sayang Seandainya, Suamiku Heroku atau GPS Cinta... tapi selepas Seandainya, MDH ada cerita hidup saya di dalamnya. Sejak bertemu MDH... tu jo mila hu hu... saya lihat warna dalam kehidupan.

Terakhir saya mengedit MDH adalah pada 28/10 lalu. Semuka dua setiap hari.. paksaan memang menyeksakan huhu...

Tapi dalam momen hati yang luka... mengedit itu lebih mudah kot. Apatah lagi bila ditemani Shahida...

.

Okay FRAN.. you rest.

RAN sambung edit MDH sekejap je lagi.  Ada balance 10 minit je lagi ni. Tempoh sejam dah terbahagi dua... tapi tak apa. Pelan-pelan... janji December ini MDH dapat dihantar bersih kepada editornya. Insyaallah...

Bismillah...

Tuesday, November 8, 2016

U-Ti & Mai Chong

Balik kerja di suatu petang, Babang kata "Ummi, saya lapar sgt." Kalau nak tunggu masak nasi & lauk sgl, takut 'gastrik' pulak budak tu. Pandang apa yg ada utk cover perut Babang dlm masa singkat tu. 

"Hmm... sedapnya bau! Ummi masak apa?" soal Babang yg tidak berbaju, hanya bertuala. Baharu sudah mandi la tu. (Dah mcm tulis mss pulak ayatnya :-)

"Nak buat sandwich sardin, kan abang lapar?"
"Hah? Sandwich sardin? Waa! Kesukaan saya! Terima kasih Ummi!"

Sambil buat sandwich, sambil Babang makan. Tiap kali nak isi pinggan, tgk sandwich dah tak de. Betul punya lapar bang? Apa dibuatnya kat sekolah sampai kebuluran? Hu hu...


Sambil Ummi buat sandwich sardin, sambil Babang sedap makan, Didik tak sudah mandi lagi... kami dihiburkan baby MAHAN. Asyiknya la nyanyi, sampai Pa dia record pun dia buat tak reti je. Lagu apa tu baby? Macam lagu omputih. Tapi apsal slang tu beza benar?

Lepas ni belajar mengaji rajin-rajin pulak ye. Kalau baby mengaji berlagu2 ni mesti Ummi ternganga... bersyukur. :-) 



Walk to remember :
Skrg ni, handphone saya kalau di rumah, purposely biar baterinya mati. Tu je cara nak elak baby n abang2nya dari asik dgn gajet. Pa pun kata gajet yg lain biar tak charge. Susah hati tgk bebudak skrg ni mcm tak leh hidup tak de gajet. Pi main beskal kat luar tu pulak! Main badminton ke. 

Skrg bebudak ni dgn anak jiran dok asyik main carrom. Susah payah Pa bersihkan papan carrom yg dah lama berhabuk blkg pintu bilik Babang & beli si bulat2 tu.. ganti yg dah hilang hu hu.

Oh ya... 2nd day of SPM'16. All the best :-)

Monday, November 7, 2016

Jangan Menangis Sayang




This Eddie Hamid's song... is one of my favourite since ever. Walaupun telinga saya sinonim dgn suara Safura utk lagu ni, tapi mlm tadi saya suka je versi Elly Mazlein dan versi Acong. Telinga saya tak kenal technical flaws pada suara dia hu hu. Konsepnya, kalau memang dah suka... semua okay je... hu hu... 


Walks to remember :

Stress sbb minute tak lulus juga lagi. Brp byk kali pinda daaa?
Susah juga kerja dgn org yg byk kepentingan nih...
Jangan stress RAN. Kutip je ilmunya...

Stress sbb tak sempat lagi sambung edit MDH. Bila nak siap nih...
Tak payah stress RAN.. pelan-pelan. Ada sebulan lebih lagi...

Stress bila fikir pasal No.23 & SD37..
Buat apa stress RAN? Bukan senang nak senang... 
adalah hikmahnya tu nanti.

Di luar jendela pejabat, hujan turun rintik-rintik. Cuaca redup je.
Maka hati pun cepat je redupnya juga.
Tak payahlah stress RAN. Membazir je. Hadap je la...
Inilah kehidupan...

Didik & Babang 'school-rest' hari ni. Babang masih penat balik dari weekend camp semalam. Didik pun mengikut 'penat' juga. So, this 1 hour lunch break is for FRAN :-)

Okay, sambung kerja :-)

PAGEVIEWS