It's April!
March saya tahun ni ditutup dgn seminggu akhirnya kesedihan. Selepas bro AR kembali kpd Penciptanya, berderu berita sayu tiba. Saya manusia biasa...
Group WA taman - 2 orang jiran wanita menghidap kanser darah & kanser otak. Allah... anak2 masih kecil. Umur masih muda. Ya, takdir Allah. Pasti ada hikmahnya...
Group WA family belah abah - abg RM disyaki mengidap ketumbuhan di kepala. Kemudian, suspected aneurysm. Sepupu yg ketika bujangnya tinggal bersama kami. Sepupu yg hadiahkan raket badminton pertama dlm hidup saya. Sepupu yg melaluinya saya kenal Jamal Abdillah & lagu2nya. Sepupu yg sgt baik & prihatin.
Sakit itu hikmah & kasih sayang Allah. Bila Bad post gambar abg RM, kami tahu dia sedang down. Saya faham. Pasti terkenangkan arwah isterinya yg meninggal dunia krn ketumbuhan di kepala. Lama bersendirian membesarkan dua anaknya. Kini tentu abg RM fikir bagaimana nasib isterinya skrg & anak bongsu mereka. Abang RM... along hanya mampu titip doa.
InsyaAllah, akan ke sana melawat abg... walaupun Pa bimbang saya rebah tak mampu tahan hati kalau bertemu muka dgn abg RM di HUKM nanti. InsyaAllah, saya ada sisi kekuatan yg kadang2 saya sendiri tak jangka, Pa... don't worry. Just hold my hand ya, tight.
Paling merembeskan airmata hingga Pa kena tadah, bila di group WA sek men, seorg teman kembali ke rahmatullah. Tidak punya anak2 di dunia. Lalui kehidupan dgn sakit yg Allah anugerahkan. Kuatnya dia. Sehari sebelum pergi, dikhabarkan dia beritahu pd ibunya, dia bermimpi 4 org anaknya (meninggal ketika usia 7 bulan & 4 bulan dlm kandungan) datang kpdnya. Si abang memimpin tangan adik-adik, menunggu dia katanya.
Esoknya, sesak nafas. Dibawa ibunya ke klinik. Ketika didudukkan di kerusi, tubuhnya terkulai. Hanya jari bergetar. Dan dia tersenyum. Mungkin saat itu sdg menyambut huluran tangan anak-anaknya. Mudahnya dia pergi. Jenazah yg bersih ibarat baby, dikhabarkan teman-teman. Alhamdulillah.
Anak sepupu boss pula.. berusia 2 minggu. Bermula kuning, kemudian jangkitan di paru2. Minggu lalu was on life machine. Khabarnya organ-organ dlmn sudah tidak berfungsi. Terfikir bagaimana ibunya yg masih belum sembuh luka ceaser menahan hati. Allah...
Jumaat malam Sabtu lalu, bila Pa ad hoc ke JB bersama kawan2nya menziarah rakan yg perlu sokongan moral, saya kuatkan empangan hati. Baca extra surah sebelum tidur. Nak sedekah material, belum berkemampuan. Nak sedekah sokongan & dokongan, diri sendiri kerapuhan.
Hanya mampu mohon Allah panjangkan sedekah kpd semua yg beritanya sampai sepjg minggu lalu, melalui pahala bacaan (jika ada & jika Allah izin) surah2 al-Quran. Itu saja daya yg ada. Jika kesembuhan yg ditakdirkan, sembuhlah hendaknya kita. Jika pergi lebih memberi kebaikan, moga dipermudahkan urusan kita. Moga disambut dgn kasih sayang Allah jua.
Pagi ini, boss kata, 'Kak, baby MAF dah meninggal petang Sabtu...' Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang.
Alhamdulillah... pergilah bermain semula di taman syurga. Jika ada bunga2 kecil yg sampai dari Ummi Jumaat mlm lalu... kenangilah Ummi juga ya walaupun kita tak pernah mengenali, tak pernah berjumpa malah tak pernah bersentuhan.
Beberapa waktu ini, hari-hari hujan. Ada waktunya seharian basah & dingin. Lebat. Melimpah air... sama melimpah dgn airmata kekadang. Setiap hari bila memandu, ngilu hati. Mata dah makin rabun... tanda sudah semakin berusia.
Di pejabat, sejuknya penghawa dingin dah mencengkam tulang-belulang. Sampai kejang, cramp. Ala.. sampai hati tak de technician nak tolong tengokkan aircond tu kot2 sewel hu hu. Teringat bagaimanalah mereka yg kandas dlm salji di Gunung Everest. Bagaimanalah refugees yg kesejukan di sempadan peperangan.
Alhamdulillah... sesejuk manapun, sebasah manapun kita di sini, Allah masih melindungi kita dengan adanya bumbung, lantai, dinding, makanan & minuman.
Alhamdulillah...
Walk to remember :
Babang alami allergic. Nak kata sbb habuk wiring, dia mmg dah cenggitu sejak Jumaat lagi. Apa la yg x kena ni... hmmm. Tak pi sekolah lah dia... get well soon my young man. Susah hati Ummi bila anak2 tak sihat...