Tuesday, April 18, 2017

OPS Banjir 170417

Ujian saya selalu ‘in-pair’. Tak apa… semakin berusia, semakin slow down dgn emosi. Practice makes us good. Dugaan  tak datang saja-saja. Ia datang bersama makna. Allah tuan empunya. Semoga diizinkan istiqomah ini hingga hujung usia.

Ahad petang, Didik dah mula suam badan. Sambil up & down (baby MAHAN tak kasi saya tidur dgn Didik) monitor Didik & melayan MAHAN sementara dia nak lelap tu, wasap family surprised me. Rumah ibu masuk air banjir. Dah berbenteng depan belakang, air masuk juga. Maknanya mmg kali ni teruk. Last was in December 2015.

Spjg malam tak tidur. Monitor Didik yg sgt panas badannya walau dah diberi ubat. Tak gamak nak lelap takut jadi apa2. Bilik pun terang benderang. Mujur Pa n boys tetap lena.

Dilema. Minggu ni perlu cover pejabat. One of the boss attend training for the whole week. Depan mata anak demam. Di ruang mata, terbayang rumah orang tua yg tenggelam & wajah ibu yg sayu. Another part of my brain, risau bila dpt start projek biografi KSII yg diamanahkan. 

Dik Sah sdg sarat. Angah tak menang tgn dgn baby Yaya & Nuha. Pa kata nnt dia balik seorang lps meeting. Oh, tidak. I know how he lives his hectic life lately. 1st, tak gamak biar Pa kemas umah banjir sendirian & pandu pulang malam2. 2nd, tahu dlm tak gamaknya Ibu susahkan anak2, dia pasti berbesar hati juga anak menantu & cucu2 hadir kala memerlukan. Pejam mata, apply EL.

Sampai je, sayu hati tgk keadaan sekelililing. Pemandangan biasa dlm situasi begini. Terkenang pada Abah. Tak apalah bah… Along ada. InsyaAllah kami usahakan apa yg mampu utk Ibu.






Atr gambar slps air surut yg penyewa Ibu (ketika banjir, Ibu di rumah Angah) hantarkan melalui wasap & gambar yg Naha ambil. Gambar2 ni beserta police report perlu dibuat nnt utk claim bantuan bencana banjir. Hmm... bantuan ya... tu nnt Naha la yg urus. Saya tak brp gemar dgn 'prosedur' :-)


Dgn Pa, settlekan basuh selut dlm 4 bilik tidur, ruang dapur & ruang tengah. Menjelang nak settle kan ruang tamu & 2 balkoni luar, dtg seorg kawan yg Ibu panggil utk bantu. Mlm tu, kaki tangan cramp & bengkak huhu. Mujur menjelang pagi, surut. At least dpt guna keyboard PC di pejabat :-)

Semua tikar kami buang je. So with few furnitures & TV rack. Masa curi pandang arah Ibu, terpamer sedih hatinya di wajah. Ya, ini rumahnya dgn abah. Ada kenangan dlm rumah ini & barang2nya. Tapi nak buat mcm mana. Terendam semlmn. Few times kena banjir, tak blh nak selamatkan dah, Ibu...

Nanti ya... kita fikir sama-sama.

Dan pagi ini, Pa msh bekejar lagi dgn kerjanya. Be on field, supervising kerja2 pemasangan PVC ceiling di SD37. Sorry Pa, tak dpt nak sesama. Need to be in office & arrange kids for their school. Thank you sanggup bersusah utk hijrah terakhir (moga) kita ni.



#banjir_kilat_melanda_lembah_kelang

Walk to remember :
Antara hikmah banjir 170417 ni yg saya tak kan boleh lupa,
I found back my cincin nikah! Alhamdulillah. I thought I've lost you.
The moment I told him about the loss, Pa said, "Hmm... habis semua tanda abang, pure diamond tu. Abang beli dgn mak utk awak...'
Tapi... bila saya hilang cincin ILU (I named it) ni... saya redha, seredha-redhanya.
Apakah kerana redha itu, Allah kembalikan ia semula...?
Apapun, thank you Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS