Tuesday, December 19, 2017

Solidariti

Ketika saya membuka PTCC dgn K.Biza, ada seorang bapa pelajar dtg mendaftarkan anaknya. Dan dia bawa bersama sebatang rotan, berkata (lbh krg ingatan), "Ini untuk cikgu. Kalau anak2 saya nakal, cikgu rotanlah."

I was like... ???
My partner was smiling.
Ada lagi rotan tu di sana, agaknya.

Setiap tahun sejak Babang mula bersekolah tadika lagi rasanya, ketika sesi bertemu guru utk perbincangan @ tandatgn kad laporan, insyaAllah & Alhamdulillah saya masih belum lupa berkata, "Cikgu, saya minta maaf kalau anak2 saya ada buat salah sepanjang menuntut ilmu dgn cikgu & cikgu2 lain. Saya berterima kasih & minta halal ilmu cikgu ya utk anak2 saya dunia akhirat."

Di awal tahun, bila buat bayaran yuran, insyaAllah saya belum lupa utk kata, "Cikgu, minta tolong tunjuk ajar & tengok2kan anak2 saya  ya. Kalau mereka nakal, cikgu rotan ajelah. Cuma suami saya minta jgnlah rotan sampai memudharatkan..." (dlm situasi yg diselitkan dgn humor. Saya tak sempurna. Tapi saya sentiasa mahu jadi orang baik dan tak suka orang yg purposely mahu meneruskan sifat yg tak baik.)

Dan cikgu2 akan kata, 'InsyaAllah kami akan buat yg terbaik. Tapi polisi sekolah tak boleh rotan murid, puan...'

Cikgu pun tak kuasa nak bertindak sejauh itu. Anak org tetap anak org. Mana boleh jentik suka2 hati walaupun memang terbukti salah mereka. Alhamdulillah, saya sendiri dah tak perlu jaga anak-anak orang. Bahagia tu Tuhan je yg tahu rasanya. Pheww...

Jaga anak2 dari perut sendiri pun dah rasa nak tercabut anak tekak. Inikan pula nak jaga anak2 orang yg lain darah, lain daging. Lain makanan, lain budaya & lain adab. 

Kalau ibubapanya spesis insan berakal, dlm hati ada iman, bersyukurlah. Tapi kalau jenis 'mak bapak sazali', lagi2 yg ada sedikit campur jin, meranalah hidup orang luar tu sepanjang zaman. Lama2 manusia akan bersifat 'kau-engkau, aku-aku', 'aku nampak kau accident, kau punya pasal la telefon ambulan sendiri', bgmn hidup di dunia masa tu agaknya?

Tak suka sbnrnya simpan diari sarkastik kasar mcm ni dlm FRAN. Tapi, Babang Didik... Ummi memang betul2 tak selesa dgn situasi yg berlaku di dlm persekitaran dunia lately.  Fahamilah setiap pesanan Ummi. Ummi hanya ada usaha yg terbatas & doa yg msh belum putus asa, insyaAllah.

Tapi apakan daya. Kita manusia. Apa yg berlaku adalah dgn izin & kehendak Allah jua. Yg paling pasti, bila disingkap semua, oooo... begitulah hikmahnya, beginilah takdirnya rupanya. 

Alhamdulillah, utk empunya rotan di PTCC itu, anak sulungnya sudah berkahwin & kami dpt merasa nasi minyaknya Sabtu lalu. Bila lihat dua adiknya yg dulu selalu kami tunjukkan rotan ayahnya, terasa semakin hampir waktu diri ini utk berpulang ke negeri abadi. 

Congratulation kakak for your wedding. Semoga berbahagia dan dilindungi dari niat jahat manusia & syaitan hingga Syurga. Selalulah bersiap sedia dgn doa & ilmu di dada agar dapat mengemudi bahtera di waktu tenang mahupun gelora samudera.

Oh, talking about rumah & tangga... untuk kesekian kalinya seperti kes terbaharu IA & IL tu... I can't help myself but laughing (fahami as tawa dlm hiba). Seriously, if I have more free time, I will contact her myself & share with her about my 'novel'. Itu, solidariti yg ingin saya tunjukkan. Tapi saya sgt busy dgn year end closing & urusan berkemas rumah yg masih belum selesai & bla bla bla. 

The only thing I can see, experience teach you the valuable life lesson. This kind of species, they share that very same 'quality', trust me. They have this 'amazing' charateristic yg mcm manapun akan bermotif menumbangkan sepohon kayu. That's the trophy. Yg buat saya tergelak ialah, modus operandi spesis ini tak jauh larinya. Kita kenalah bijakkan diri utk mampu melihat & merasa gula & garam di dlm campuran beras & tepung. Manuskrip. Drama. Konflik. Klimaks. Ending. Bila RAN kau nak start menulis semula? 

Dlm keadaan begini, tiada kata secantik bahasa @ tiada ayat yg boleh memberi penawar jiwa kpd insan2 terpilih yg melalui dugaan hidup seperti itu. Trust me, none! Luka di jiwa hakikatnya tak ada ubatnya, sayang. Andai mereka tak berjaya sekalipun dlm strategi bermatian mereka, hanya itulah kemenangan abadi spesis itu. To purposely hurt you forever. This, trust me! 

Pilihan yg ada, jika rasa worth utk bertahan, bertahanlah. Jika rasa mampu utk menyelamatkan seseorang & orang itu pun mohon utk diselamatkan, kita usaha & minta Allah beserta kita. Kerana, jika yg kita rasa baik itu mmg Allah kata baik utk kita, insyaAllah. Jika mahu sgt pun, tapi Allah kata 'I have something else better for  you dear', kita mintalah Allah beri kekuatan pada hati utk redha. That, trust Him!

Jika rasa lebih bahagia dgn beralah, no one can judge & no one can blame you. Bahagia @ derita tu, orang lain tak boleh rasa. Hanya diri sendiri yg mampu. Prinsip diri sendiri, hanya kita sendiri yang mampu pertahankan. As for me, I stand on my principle and and I stand firm on it, insyaAllah.

Adoi, ini semua gara2 Broga Bliss Eco Garden tau. Emo sampai melarat ke isu lain bak kata Pa. Nice place.. tapi bila ada perangai manusia lebih sudu dari kuah, rasa tawar hati nak repeat. Pada saya, biar buruk zahirnya jangan buruk lidah & bahasanya. Sorry. Facts is indeed painful.

Nantilah ya FRAN, sesenang nnt I will keep that sweet memory of BBEG here. Bak kata Paman dulu, kenangilah yg baik... telanlah yg buruknya. 


Walks to remember:
#AlhamdulillahforCikguAzizan
#Kuatkanlahhatihatiyangsedangcedera
#Bilasampaiwaktukitasemuaakanpergi


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Surah Al-Imran, ayat 173)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS