Assalammualaikum Januari.
Pertama kali saya memiliki jam
tangan, adalah jam tangan berbentuk gelang saduran emas. Hadiah dari
arwah abah. Back then, to have something
like that… sudah cukup ‘mewah’ buat kami orang yang sangat bukan ada-ada.
Saya jaga seperti menjaga nyawa
sendiri. Saya sayang ia melebihi menyayangi diri sendiri. Tapi…
insyaAllah, dari dulu juga saya bukan orang yang kedekut ketika mempunyai. Bila
Dik Sah ada peperiksaan di sekolah, saya pinjamkan kesayangan saya untuk
memudahkannya melihat waktu.
Ketika itulah saya kehilangan ‘nyawa’
saya selamanya. Lama saya menangis. In
fact, I don’t have any wrist watch to date. Bukan tidak mampu mendapatkan
yg lain. Pada saya, sesuatu yang precious,
bila kehilangan… meski banyak pengganti, tak akan pernah menggantikan yang pernah
dimiliki oleh hati.
Sepanjang jalan kehidupan, ada
banyak kehilangan. Samada direlakan, atau separa direlakan. Sebab saya selalu
cuba belajar untuk jadi lebih baik pada setiap waktu. Sesuatu yang sangat kita
sayangi, bila kita rela memberikannya kepada orang, itu yang lebih baik. Plus, prinsip saya, bila saya memberi, saya beri pada yang 'haq'.
Kerana itu bukan ‘kehilangan’
tapi lebih kepada bentuk ‘pemberian’. Kita manusia biasa. Kehilangan akan
menyentap jiwa. Tetapi ‘pemberian’ dan ‘pemulangan’ dari hati yang redha dan
rela itu, moga-moga ada hikmah bersamanya.
Lagi pula setiap apa yang kita
miliki dalam dunia ini semua adalah termasuk dalam terms and condition pinjaman dari Allah. Akan diambil dan
dipulangkan bila tiba masanya.
Saat ini awak kehilangan. Sama
ketika saya pernah kehilangan. Kita sama-sama sudah tidak punya doa seorang
ayah di dunia. Tapi suasana kehilangan kita berbeza. Kita tahu sama tahu.
Cukuplah jika awak simpan itu dalam dada awak. Cukuplah awak nampak impaknya
tindakan awak dan kelompok nasab awak. Begitulah saya membawa archieve kenangan dalam jiwa saya.
Bagi saya, ada kehilangan yang
kita mampu redhakan walaupun pedih bila dikenangkan. Kehilangan yang masih
boleh membuatkan kita move on. Because
life must go on no matter what.
Tapi bila manusia hilang
kejujuran dan sifat keinsanan, bila manusia hilang rasa malu dalam diri, itu
adalah kehilangan yang paling tragis dan menyedihkan. Kerana kewujudan diri
kita bersama nilai-nilainya adalah ‘hutang’ kepada Allah. Perlu dipulangkan
sebaiknya.
Semoga masih ada izin dan kekuatan yang diberikan Allah untuk saya
jaga nilai diri sendiri walau dalam keadaan dan persepi yang berbeza.
Orang kata ‘Silence and smile’ are two powerful tools. Smile is the way to solve
many problems and silence is the way to avoid many problems’.
Therefore, I chose
silence and be in the distant as my utmost priority, because I don’t
have much leisure time now to smile as to avoid problems shall they
incurred.
Untuk life time frame yang tersisa, saya hanya mahu berada dalam keadaan
yang baik-baik sahaja. Paling utama, saya mahu bersama orang-orang yang
sentiasa ikhlas mahukan yang baik-baik untuk saya. Bukan lagi sebaliknya.
I have long time refused to survive.
This is the time I live my life. Hidup untuk sedikit masa yang masih Allah
pinjamkan ini.
Walks to remember :
#11.15pm @ 12/01/2018
#Selamat berangkat pulang ayahanda
#Abah, jika jumpa abah saya di sana, kirimkanlah salam rindu saya
#Thank you Allah untuk sekali lagi mengabulkan permintaan walau sedikit tersasar
#Doa sentiasa hadir mengganti diri
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.