Wednesday, March 27, 2019

OMG : Wajahmu di mana-mana

Mula2 tanam bayam brazil, gemuk2 & cantik2. Kemudian daunnya jadi berlubang2 dimakan belalang. Ada yg rosak teruk juga tak tahu kena serangga @ perosak jenis apa. Pa sakit jiwa tgk bayam brazilnya rosak begitu. Section utama bayam brazil, hampir semua dia cabut & replant. 

Saya buat semburan kawalan serangga organik dari air rebusan cili, air tapis dari bawang putih & lada hitam yg saya blend... mcm tak jalan je. Pa beli racun serangga organik, tak jalan juga. Akhirnya cadangkan Pa beli brogard. KDBJTS selalu kata brogard is the best. Lagipun ia dwi fungsi. Pembekal nutrien (baja) & kawal serangan serangga perosak secara organik. 

Botol besar, RM200.00. Idokle teman. Pa order sebotol kecil mcm botol ubat. Nanti campur air tapis & boleh sembur pd tumbuhan.

Tapi lepas tu, viral pula penarikannya. Terbantut hasrat nak suburkan bayam brazil guna brogard. Sembur pd pokok-pokok bunga je. Pokok bunga Melur tu bukan main sihat lepas sembur brogard. Tak berani dah belalang makan dedaunnya. Berbunga lebat, wangi dari luar sampai dalam rumah :-)


Ini bayam brazil yg sempat disembur brogard sekali sblm penarikan. Mmg nmpk perubahan. Daun jadi gemuk & sihat mcm awal2 dulu. Gegemuk sebesar 3 jari. Pa happy masa tu!


Lepas penarikan brogard, tak berani nak sembur lagi pd pokok sayur. Tunggu lah nanti kalau ada new progress about the product.

Makanya kami cabut semua pokok2 bayam brazil yg dah tak cantik @ dah tua, replant. Pa letak baja tahi ayam & baja AB je. Alhamdulillah, so far so good. Gegemuk daun-daunnya.

Dik Sah kata, benih bayam brazil yg kami beri pd dia dulu dah merata perginya. Dari Sekinchan sampai Putrajaya sampai Melaka bila anak2 sedaranya ambil benih dari mereka. Moga bermanfaat utk semua.

Wish to keep here  few chosen pic of Brazilian Spinach that we've just replanted in OMG. Sejuk mata hati memandang warna hijau & daun yg gegemok tu. Kekadang kesian pula tgk bayam brazil ni. Merata2 pun dia hidup. Pendek kata, wajahnya ada di mana-mana di kawasan OMG yg kecil tu...



Bila lihat daun-daunnya yg selebar 3 jari Pa, haish... tak tahu nak gambarkan excitement & happiness yg terasa. Baru replant, pucuk2 ni lembut & crunchy sgt dibuat salad @ ulam. Tapi nak memetiknya tu yg bercinta. Sayang yg amat....


Pasu ni asalnya tempat 2 pokok kacang panjang renek yg rendang. Saya cucuk tumpangkan je si bayam brazil di tepi keliling pasu. Tanah pun tanah kebun dpn rumah, ihsan & izin puan tanah. Hidup menumpang begitu pun dia menggemuk. Yg ni mmg tak berbrogard, tak berbaja apa. Self survival... semoga bahagia ya che bayam brazil...

Dalam pasu pokok berbatang merah ni pun saya tumpangkan bayam brazil. Gemuk2 juga dia kat situ. Tetiba jadi cantik pula pd pandangan mata. Bayam Brazil ni mcm suka berkawan hu hu.. kalau ditumpang2kan, bahagia menggemuk dia. This is among my dearest pot & plants. Rasa sejuk je mata hati tgk mereka berdua ni. Apa agaknya nama pokok berbatang merah ni... 


Bayam Brazil ni pun sepertinya mcm bahagia di OMG. Di mana-mana pun ada dia. Di mana-mana pun nampak dia. Campak di mana pun tetiba nampak dia tumbuh. Tepi Puteri ni asalnya saya timbunkan keratan bayam brazil yg dah tua. Letak bersekali dgn rumput2 yg dicabut. Nanti bila kering kononnya nak buang. Sekali dia boleh merimbun pula.. tak apalah... bahagialah kamu kat situ. Mumi tak kacau...

Bahkan kalau ada keratan kecil batangnya sekalipun terselit di mana-mana, dgn izin & kuasa Allah, hidup dia. Bawah pasu beralas simen je pun dia hidup. Di atas lantai simen bawah kotak surat pun dia boleh survive begitu...

Yg dlm longkang pun hidup berbaris. Tapi tak sampai hati nak amek gambar. Nak makan tak sampai hati, nak buang pun tak sampai hati. Adeh... duduklah kat longkang tu dulu ya Bayam Brazil, sehingga dimuktamadkan keputusannya nanti :-)


#ourminigreen
#bayambrazil
#brogard
#terapijiwa

OMG - 'Lady Gaga'

Pegaga @ dlm BI, pennyworth ni atr ulam yg saya suka. Dulu di GOMAFO, tiap kali lunch dgn Kak Anis, ulam pegaga ni wajib ada dlm pinggan dia. Patut dia sentiasa nmpk comel walau dah senior. Hu hu...

Setompok pegaga, ihsan Kebun Komuniti S20 jadi experiment saya di OMG. 

Main source pegaga OMG. Dah byk kali petik buat ulam. Happy sgt tgk dia subur dlm pot Eco ni di side-verandah.


Yg ini pic terbaharu main source pegaga. Tiba2 nampak bayam brazil sesat di tengah2 tu.








Dari sepasu pegaga utama tu, pecahkan kpd pot & bekas lain utk biakkan. Tanam dlm satu polibag & tumpang kat section cili. Sbbnya sblm tu ada jiran kata nnt nak minta sikit pegaga utk tanam di rumah. So, tanamkan dulu dlm polibag siap2. 

Tanam juga dlm bekas yg Pa gantung di dinding. Pa kata tanam kat situ, nnt bila jatuh melayut nmpk cantik. Baiklah. Tak brp hari letak di situ dah nmpk tunas2 baru. Mudah hidup pegaga Thailand ni. Musim panas ni, mati pulak.. sbb dah tak terjaga & kekadang lupa siram.

Pegaga yg 1st di OMG ialah Pegaga China ni. Ihsan owner nursery di Shah Alam, sbb saya tgk pegaganya penuh melitup di tanah sampai dipijak2. Kesiannya, saya minta sepotong dua utk jaga kat rumah.

Dah berbunga & ada yg kuning. Maknanya dah tua la kot. Tak pernah lagi petik buat makan pun. Google kata Pegaga China ni buat hiasan je. Kalau makan pun tak berapa sedap. Nanti saya try.  



2nd pegaga di OMG, jenis pegaga kampung. Yg ni Bik Mah bagi keratannya. Mcm agak susah tanam pegaga kampung ni. Ada yg mati gitu je. Tinggal sebekas ni. Itupun mcm musykil sbb dedaunnya jadi kuning. Dah kenapa la pulak awak ni che lady gaga oi?

Ini gambar bbrp bulan dulu, dah buang hampir semua daun yg berwarna kuning. 
Nak try tengok kalau tumbuh daun baru, warna apa pulak...

Ini pasu pegaga kampung yg sama, gambar bbrp hari lepas. Dah ditumpang pokok cili. Punyelah  tak sempat nak alih. Besar & berbuah dlm pasu pegaga. Tak berapa meriah tumbuhnya pegaga kampung ni. Kenapa ntah.. sedih pulak. Nak dimakan pun tak sampai hati.


Pegaga dlm bekas kecil ni pula Baby yg tanam.
La ni dah melarat pindah ke pasu Sri Rejeki di kiri-kanan.
Dlm pasu bunga Dahlia pun Che Lady Gaga ni pi lompat. Aish!


Yg ni agak merisaukan. Dah mula menjalar ke tanah.
Sdg fikir nak buat cemana dgn awak ni Che Lady Gaga...

Pegaga @ nama binomialnya Centella Asiatica ni tumbuhan herba bersifat antibakteria, antikuman & antiradang. Elok makan mentah untuk bantu baiki masalah penghadaman & buasir. Ramai juga blend buat jus. Minum sbg tonik dikatakan boleh bantu sihat & sejukkan badan, sembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit berdarah & masalah buah pinggang. Air perahan pegaga dikatakan digunakan utk bersihkan & sembuhkan kudis, luka, ulser dll masalah kulit scr rawatan luaran.

Katanya Chinese suka minum air pegaga sbgi penyejuk badan. Indians pula minum air pegaga sbg tonik utk otak. Kalau orang Melayu... errr.. dulu saya ingat pegaga ni utk awet muda je... :-)

Tapi Pa tak mkn pegaga Thailand @ pegaga gajah tu. Dia kata scary tgk daunnya gemuk sgt. Alahai Pa ni...

Baby pula awal dulu suka. Asyik petik makan mentah2. Tapi lately dia dah tak suka. Katanya pahit. Erk?! Masa mula2 makan dulu tak pahit ke baby? Ke sbb dah mix dgn pokok2 pasu lain, rasanya jadi lain?


#ourminigreen
#OMG
#pegaga
#ladygaga

Tuesday, March 26, 2019

OMG : Oregano, Bangun-Bangun!

Sebelum ada OMG, saya cuma kenal oregano yg kita guna bila nak masak spageti. Tu pun oregano kering yg dlm bekas comel tu. Bila ada OMG, jiran sebelah beri keratan setinggi ibu jari pokok oregano. That was my 1st time lihat oregano depan mata. Saya cucuk je dlm pasu kecil. Sekarang sudah sebesar ini... alhamdulillah.


Ini jenis Cuban Oregano (Plectranthus amboinicus). Google kata jenis ni byk & mudah  tumbuh di Malaysia. Saya tak berapa suka baunya. Macam bau maruku tapi bau yg lebih keras. Mula2 dulu rasa nak pengsan dengan baunya.

Sejenis tanaman sukulen (succulent) dari keluarga Lamiaceae. Google kata ia dikenali juga sbgi Spanish Thyme, Indian Borage & Mexicant Mint. And it is said not a true oregano in the Origanum family. Erk!? Cuma katanya baunya je mcm oregano asli. Cuban Oregano ni byk digunakan untuk makanan Carribean, African & India.

Pernah cuba hiris 2-3 helai daunnya campur dlm kuah spageti. Perhaps, sikit sgt... tak de pula rasa beza pd kuahnya.

2nd pokok oregano di OMG, rupa macam ni. Cantik lah sikit...


Most local blogs kata pokok oregano batik. Tapi search articles mcm tak jumpa pulak. Kamu ni kacuk dengan siapa la agaknya ye....? Ni pun tanam dari keratan kecik yg saya kutip kat nursery. Lebihan atau yg dah nak mati agaknya dibuang hu hu... saya kesian, ambillah dia bawa balik. Sekarang dah lebih kurang begini. Bau lebih kurang Cuban Oregano, cuma kurang keras baunya.

Latest di OMG... yang ini...


Haa... yang ini pd saya lebih comel. Dan saya suka baunya. Bau mcm ada lemonish sikit. Tak la busuk (my terms) mcm Cuban & Batik Oregano tu hu hu.

Pokok ni asalnya dari 3 keratan yg Kak Gee (office) beri pd Rosniza & dia pula beri pd saya utk tolong tanamkan hu hu. Satu keratan jadi hitam lgsg mati. Tinggal 2 keratan. Tanamkan utk bbrp bulan. Cepat naik. Saya patahkan sedikit & tanam dlm pasu asing. Sepasu yg asal dah serahkan pd tuannya, while sepasu baru saya minta izin untuk ambil jadi 'upah' hu hu. Cantik dia sekarang...

Kak Gee kata ini oregano. Dan kalau tgk dari few pics di google, mmg mcm ni kebanyakan rupanya. I hope this is the true oregano la kot atau nama binomialnya Origanum vulgare. 

Oregano asalnya dari Eurasia Barat & Barat Daya yg beriklim sedang & juga kwsn Mediterranean. Tumbuh juga di Eropag serta Selatan & Tengah Asia.

Kalau baca di google ada bermacam jenis oregano.  Greek Oregano, Khirgistan Oregano, Sweet marjoram, Cretan Oregano, Culinary Oregano, Italian Oregano & Sicilian Oregano.

And I strongly believe yg latest edition di OMG ni oregano yg lebih betul la kot hu hu...

Orang kita panggil oregano ni bangun-bangun. Katanya mujarab ubati selsema & batuk. Dicadangkan ambil 5 helai daun, bersihkan & tuang dgn air panas. Tunggu sejuk @ suam. Minum pagi & petang hingga reda.

Walaupun skrg kami sekeluarga baru nak mula batuk, tapi mcm belum berani nak cuba minum air oregano ni. Pun tak tau nak try oregano yg mana dulu. Cuban & Batik tu saya tak suka baunya, kalau nak minum pun mcm berat. 

Yang si oregano comel tu pulak... alahai.. mumi sayang nak petik kamu la pulak...

Hah, lagi satu katanya nyamuk tak suka pokok oregano. Boleh jadi penghalau nyamuk juga. 

Walk to remember :


Cuti sekolah ni utk few days, baby kena ikut pi office. Bik Mah, Paman & bang Chik dijemput Allah kerjakan umrah. Moga dipermudah urusan ibadah. Tumpangkan kami dlm doa ya...


#ourminigreen
#oregano
#schoolholiday
#bibikpergiumrah


Wednesday, March 20, 2019

Dari Padang ke Rimba

Since Feb, weekends are for pre-MDC activities. Boys suka. Saya dok ingat kerja rumah. Nak iron baju, lipat-susun baju, nak kemas itu ini. Mmg berkubur la agaknya mss yg half way semua tu. Pencen.

Last few weeks, stress with pre-01/2019 U investment  meeting. Sbb tu tak boleh tangguh kerja, RAN. Tak boleh juga layan 'tak de mood nak siapkan paper work'. Mungkin kena 'paksa' keupayaan & mood siapkan kerja tu.

Now, preparation towards meeting Jumaat ni dah 95% done, maka semua kerja lain pun dpt jalan dgn teratur. Bila meja kurang serabut, lunch break yg tersisa dptlah tulis diari :-)

Rebut peluang minggu ni yg agak tenang utk simpan diari Feb. As a memory juga sempena bulan birthday Baby MAHAN. Sorry sayang... PaMi belum berkesempatan & berkeupayaan utk selalu bawa kamu outdoor spt mana sebelumnya dgn Babang & Didik. InsyaAllah... sampai waktunya nnt kita get back on our track ya.

23/02/19 1st session training pre-MDC. As usual, Pa angkut kami bersama. Atas request Pa, saya sediakan sebekas sandwich sardin berbayam brazil utk team mereka jajankan di padang. Malamnya, tak larat balik. Konon juga nak reward anak-anak outdoor mandi-manda. Plus nak motivate baby supaya bersemangat semula pergi sekolah...:-) 

Overnite di The Heritage Business Hotel, dekat dgn padang diorang main. Affordable room, utk tumpang tidur je.

Pagi2 lepas sarapan di warung, cari tempat mandi. Since Teratak Tok Wan tutup, kami singgah di Kanching je la. Teringat moments masa kerja di TSSB... sebab taman2 eco rimba di sini bawah seliaan TSSB.

To be honest, saya lebih suka swimming pool. Taman rimba ni walaupun nature cantik, tapi penat nak memanjat satu hal. Sgt crowded pun ya juga (makin berusia makin tak suka tempat crowded). Plus, kekadang agak bahaya utk anak2 kecil. Dlm pasir kadang2 jumpa serpihan kaca, adeh...

Tak apalah... 1st experience utk babyDari padang...


... ke Rimba...


Panasnya cuaca... tapi alhamdulillah, mampu climb ke bahagian air terjun yg agak ke atas. Such an improvement, RAN... :-)


credit: Instrumental of Manohari (Bahubali)

Bila nampak bebatu & air terjun, budak2 ni mulalah nak jadi Siva @ Mahendra Bahubali.
Tidak la sesekali dibenarkan...


#MDC
#friendlymatch
#bahubali

Monday, March 18, 2019

Insaf


Baby jika nak tidur malam, wajib  Ummi kena baring sebelah dia. Dari kecil begitu. Selalunya, ikut je kehendak dia. Baring sebelah, nyanyi2, nasyid2, bacakan doa… peluk & tepuk2. Kadang2, tertidur sekali sebelum sempat Isya’. Alhamdulillah, nanti jam 4 lebih mesti terbangun sbb kewajipan belum ditunai. Automatik tersedar, sekali langsaikan Isya’, terus rutinkan tahajud.

Lama2 jadi terbiasa. Konon nak manipulasi diri supaya boleh bangun utk tahajud secara konsisten bila wajib bangun kerjakan yg fardu.

Selalunya juga bila dah settle solat jam 4 lebih tu, saya akan ubah tempat tidur ke dalam bilik. Dan baby di ruang tamu (tidur dgn Pa & Babang Didik - rutin mereka) akan langsung sedar. Follow suit la dia sambil merungut kononnya Ummi lari tinggalkan dia. 

Malam tadi…

B : Ummi, baringlah sebelah baby… baby nak tido dah ni.
U : Baby baringlah dulu… Ummi nak solat Isya’ sekejap lagi.

Masa berlalu.

B : Cepatlah Ummi.. baby ngantuk ni. Cepatlah baring sebelah baby.
U : Ya lah.. 
B : (pandang saya di sebelahnya)
B : Ummi dah solat ke belum?
U : Belum… tak pe.. Ummi tidokan baby dulu.
U : Nanti kul 4 lebih Ummi bangun…
B : Tak nak… Ummi pegi solat dulu lah.
U : Tak apa… Ummi teman baby tidur dulu. Nnt Ummi solat…
B : Tak nak… baby tak mau tido kalau Ummi tak solat dulu.
U : (terus berderau darah)

Kot-kot la itu peringatan.
Kot-kot la itu malam terakhir malah Isya’ terakhir saya...

Usai solat, lihat baby sudah lena…
Alhamdulillah.
Insafnya saya.




Sekitar rutin d'boys bbrp hujung minggu Mac ini utk pre-MDC. Teringin nak lari seround-dua kot2 terbakar lemak... tapi akhirnya habiskan online movie sepanjang tunggu mereka. Cane nak kurus sudahnya...?



Walks to remember :

#happybirthdayAbah@150319

#prayforPasirGudang
Moga Allah sentiasa melindungi.

#masjid@christchurchnewzealand   
Moga berbahagia di sisi Pencipta dgn pengakhiran hari, tempat & ibadah yg ditakdirkan.

#istiadatpemahsyurancanselor@190319

PAGEVIEWS