Monday, December 10, 2018

Kebun Komuniti Seksyen 20

11 November 2018

Pagi, boys ada program di Al Amin. Selesai sign report card Didik di Al Amin, mereka nak stay di sekolah utk Kanival hujung tahun. Masih berbaki 2 jam sblm mula kenduri kahwin anak boss di Taman Botani. 

"Pa... tak ada kebun sayur ke nursery bunga ke kat area sini?"
Pa dial kawannya... :-)


Aktiviti biasa dlm kapasiti yg mampu... 
kita cari tempat yg boleh beri terapi mata, hati & jiwa sekejap! :-)

Mereka dlm proses re-plant sbb musim hujan menyebabkan kebanyakan batas tanaman terjejas.


Geramnya tengok batas Pegaga Jepun ni! Gemuk-gemuk! Majmuk dgn pokok bayam brazil. Mungkin tak boleh campur begitu kot, sbb bayam brazil nya jadi kekecil daunnya. Mungkin kalah.

Feeling mcm naik kebun sayur di CH walaupun masa tu panas teriknya ampun...
Hari tu mereka sdg buat clearance batas. Nak buang je pegaga (saya panggil pegaga gajah sbb gemuk) & bayam brazil tu. Kami disuruh ambil je brp byk yg mahu. Selain ambil sedikit pegaga utk buat ulam kat rumah, Pa minta izin utk cangkul setompok pegaga dgn tanahnya sekali. Kita tanam kat dlm pasu di rumah ye! Happynya!

Seorg kakak tu dikatakan pakar menyemai tumbuhan & pakar menyediakan medium tanah utk semaian. Waktu tu dia sdg semai pokok kesum :-)


Katanya Pokok Ginseng. Rasa dlm satu polibag kat rumah ada pokok cenggini. Tunggu dia besar sikit, baru compare dgn gambar ni, sama tak nanti...





Sebelum balik tu, sekumpulan pelajar UiTM dtg buat interview & kajian :-) 
Bestnya zaman belajar...

Sayur2 di sini boleh dibeli. Nanti mereka timbang utk tentukan harga. Tapi jauh lebih baik dari harga pasar n kedai rasanya. Kami hari tu sekadar dianggap pelawat. Ambil pegaga & belalai gajah diberi FOC. Byk batas lain sdg dlm proses replant. Utk hargai penat lelah mereka, beli seplastik asam keping buatan mereka sendiri. Bakinya yg kecil kami 'wakafkan' je utk kebun. Itu saja kemampuan kami... 

Semoga Kebun Komuniti Sek 20 semakin murah rezeki, hijau & subur & semakin maju!

Haish, lain sungguh direction hidup kebelakangan ni.
Tak apalah... janji direction tu tak susahkan & tak mudharatkan orang lain...

Last week, jiran cum kawan sekerja datang ambil bunga matahari utk anaknya. Excited dia lihat pokok kesum yg comel di tepi pagar. Katanya tanam belum pernah berjaya. Mujur ada bbrp polibag pokok kesum bawah pokok ubi. Hadiahkan buat dia.

Beri juga benih kacang panjang renek & sepasu pokok terung antik. Bahagianya saya bila lihat dia gembira sgt2. Dia pula bersungguh membalas dgn bbrp keping belacan & keropok yg dibeli suaminya ketika outstationed ke Terengganu. Alhamdulillah, dptlah isi perut smtr tunggu Pa & boys sampai dari kampung mlm tu :-)

Org berbudi kita berbahasa. Org memberi dptlah juga kita merasa. Kegembiraan org, kalau betul caranya biarlah juga jadi bahagia kita. Begitulah sepatutnya nilai murni Islam yg dibawa. Adakala tak boleh jadi Melayu sgt...  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS