Pegaga @ dlm BI, pennyworth ni atr ulam yg saya suka. Dulu di GOMAFO, tiap kali lunch dgn Kak Anis, ulam pegaga ni wajib ada dlm pinggan dia. Patut dia sentiasa nmpk comel walau dah senior. Hu hu...
Setompok pegaga, ihsan Kebun Komuniti S20 jadi experiment saya di OMG.
Main source pegaga OMG. Dah byk kali petik buat ulam. Happy sgt tgk dia subur dlm pot Eco ni di side-verandah. Yg ini pic terbaharu main source pegaga. Tiba2 nampak bayam brazil sesat di tengah2 tu. |
Dari sepasu pegaga utama tu, pecahkan kpd pot & bekas lain utk biakkan. Tanam dlm satu polibag & tumpang kat section cili. Sbbnya sblm tu ada jiran kata nnt nak minta sikit pegaga utk tanam di rumah. So, tanamkan dulu dlm polibag siap2.
Tanam juga dlm bekas yg Pa gantung di dinding. Pa kata tanam kat situ, nnt bila jatuh melayut nmpk cantik. Baiklah. Tak brp hari letak di situ dah nmpk tunas2 baru. Mudah hidup pegaga Thailand ni. Musim panas ni, mati pulak.. sbb dah tak terjaga & kekadang lupa siram.
Pegaga yg 1st di OMG ialah Pegaga China ni. Ihsan owner nursery di Shah Alam, sbb saya tgk pegaganya penuh melitup di tanah sampai dipijak2. Kesiannya, saya minta sepotong dua utk jaga kat rumah.
Dah berbunga & ada yg kuning. Maknanya dah tua la kot. Tak pernah lagi petik buat makan pun. Google kata Pegaga China ni buat hiasan je. Kalau makan pun tak berapa sedap. Nanti saya try.
2nd pegaga di OMG, jenis pegaga kampung. Yg ni Bik Mah bagi keratannya. Mcm agak susah tanam pegaga kampung ni. Ada yg mati gitu je. Tinggal sebekas ni. Itupun mcm musykil sbb dedaunnya jadi kuning. Dah kenapa la pulak awak ni che lady gaga oi?
Ini gambar bbrp bulan dulu, dah buang hampir semua daun yg berwarna kuning.
Nak try tengok kalau tumbuh daun baru, warna apa pulak...
Ini pasu pegaga kampung yg sama, gambar bbrp hari lepas. Dah ditumpang pokok cili. Punyelah tak sempat nak alih. Besar & berbuah dlm pasu pegaga. Tak berapa meriah tumbuhnya pegaga kampung ni. Kenapa ntah.. sedih pulak. Nak dimakan pun tak sampai hati.
Pegaga dlm bekas kecil ni pula Baby yg tanam.
La ni dah melarat pindah ke pasu Sri Rejeki di kiri-kanan.
Dlm pasu bunga Dahlia pun Che Lady Gaga ni pi lompat. Aish!
Yg ni agak merisaukan. Dah mula menjalar ke tanah.
Sdg fikir nak buat cemana dgn awak ni Che Lady Gaga...
Pegaga @ nama binomialnya Centella Asiatica ni tumbuhan herba bersifat antibakteria, antikuman & antiradang. Elok makan mentah untuk bantu baiki masalah penghadaman & buasir. Ramai juga blend buat jus. Minum sbg tonik dikatakan boleh bantu sihat & sejukkan badan, sembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit berdarah & masalah buah pinggang. Air perahan pegaga dikatakan digunakan utk bersihkan & sembuhkan kudis, luka, ulser dll masalah kulit scr rawatan luaran.
Katanya Chinese suka minum air pegaga sbgi penyejuk badan. Indians pula minum air pegaga sbg tonik utk otak. Kalau orang Melayu... errr.. dulu saya ingat pegaga ni utk awet muda je... :-)
Tapi Pa tak mkn pegaga Thailand @ pegaga gajah tu. Dia kata scary tgk daunnya gemuk sgt. Alahai Pa ni...
Baby pula awal dulu suka. Asyik petik makan mentah2. Tapi lately dia dah tak suka. Katanya pahit. Erk?! Masa mula2 makan dulu tak pahit ke baby? Ke sbb dah mix dgn pokok2 pasu lain, rasanya jadi lain?
#ourminigreen
#OMG
#pegaga
#ladygaga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.