Friday, May 31, 2019

Jumaat Akhir Ramadhan Ini

26 Ramadhan dah hari ni.
Jumaat depan, jika masih dipinjam usia, berada di 3 Syawal.
Senyumlah & berbahagialah.
Walau tiap tahun sejak detik itu, Syawal tak pernah serupa.

Ramadhan & Syawal ni sepertinya Tuhan mengirim hikmah
Ujian & cubaan. Sama tapi tak serupa.

Masih tenang bila mendengar. Sendiripun pernah lalui.
Alhamdulillah, Allah masih bersama.
Saat harung getir hingga hari ini apa adanya.
Bersyukurlah. Bukan kita pemegang watak antagonis.

Sudah diduga lama.
Hebatnya arwah abah 'membaca'.
Hebatnya ibu yg memandang.
Teguran buat kita. Ujian buat mereka.

Memang pedih. Memang hancur
Perlu iman luar biasa utk redha harungi.
Perlu keyakinan & strategi akal utk hadapi
Usah tewas dgn hati yg dipermain perasaan dusta.

Kita, orang yg Tuhan sayang barangkali.
Samada Allah mahu menambahbaik.
Atau hendak singkirkan yg fasik & munafik.
Allah letih lihat kita terus menzalimi diri sendiri demi manusia.

Bukan mudah membina.
Perlu impian, masa, usaha, doa & pengorbanan.
Tak sukar meruntuhkan.
Hanya dengan sepatah kata, sekelip mata.

Tergamaknya menghiris hati setia di bulan mulia
Tergamaknya melukakan org yg sama susah mendukung hidup
Tergamaknya menitiskan airmata org menjelang hari bahagia
Tergamaknya menghapus senyum ria wajah-wajah kecil tak berdosa

Klise punya cerita
Begitulah apa adanya dunia & manusia.
Kalau tidak, masakan ada syurga & neraka.

Apalah daya upaya.
Di akhir Ramadhan yg tersisa, mintalah dari Tuhan.
Jika baik, moga diselamatkan.
Jika tidak, biarlah dipermudahkan jalan keluar.
Yang melukakan, akan tetap ada balasan.
Yang menzalimi, lambat laun akan terlantar kesal.
Roda tu berputar. Tuhan tak pernah pejam.
Yakin saja dengan Dia.

Pelihara harga & nilai dirimu.
Jangan jadi alas kaki manusia bukan insan.
Jangan hinakan diri depan manusia yg insyaAllah akan hilang rahmatNYA.
Bangunlah, terima apa adanya ketentuan Tuhan
Jika masih kuat, laluilah demi wajah2 kecil yg tak mengerti.
Rebah? Bawalah diri.

Usah bimbang upayamu utk melangkah dlm hidup.
Kami ada. Tuhan juga.
Percaya padaku
Aku sudah lalui lebih dulu darimu

Sayang,
Sembunyikanlah dulu lukamu
Jika kau bimbang ia buat aku berdarah sama
Doaku tetap akan berusaha memanjat ke langit Tuhan
Menagih ehsan-Nya utk kamu
Utk kita semua.


Walk to remember
Alhamdulillah, selesai dgn As Sofi Resources pagi ini. Moga rezekimu sentiasa Dia murah & mudahkan. Asal saja kau taat kpd Tuhan & setia pd kejujuran. Lainnya Allah akan uruskan. Back in office, this caught my eyes.... entah kenapa hati tersentuh.


Terima kasih utk yg tinggalkan duit raya dlm bentuk sedekah Ramadhan yg mulia.
Moga yg memberi & yg meletakkan ia di situ itu dirahmati Tuhan selalu.
Sampul & isinya itu sudah sgt biasa.
Yg luar biasa, cara ia tersusun begitu, menyentuh jiwa.
Atau aku saja yg terlebih rasa?
Apapun, moga begitu juga hidup kita.
Sentiasa Allah hadirkan lingkungan suasana & para insan yg baik-baik jua.
Laungan bacaan doa solat di masjid sudah senyap.
Jom Al Kahfi sebentar kita, kemudian dirikan Zuhur
Sebelum menyambung semula tanggungjawab mencari rezeki utk hidup.



Wednesday, May 15, 2019

OMG : Spider Plant

Bermula dari seketul spiderettes yg saya cuba tanam di OMG, skrg dah jadi Spider Plant (Cholophytum Comosum) cenggini.  Google kata SP yg berasal dari South Africa ni dikenali dgn nama lain spt airplane plant, ribbon plant & spider ivy. Byknya spesis 'ivy'!?

Baby SP masa dah besar sikit dlm pasu kecil...

Spider Plant ni tumbuhan kegemaran era Victorian. Nampak cantik kalau tanam dlm pasu gantung sbb tiny baby spiders @ pups @ spiderettes tumbuh di hujung2nya. Spiderettes ni tergantung dgn akar mereka. Spiderettes ni la yg kita ambil utk tanam dlm pot lain.

Hanging Spider Plant. Sbnrnya nak ambil gambar matahari tu, sbb pagi tu hujan turun. I was very desperate to dry all the washes. Maka saya ulang teknik pujuk matahari. Alhamdulillah, teknik pujuk matahari saya so far masih berjaya!
 Angah pun kata dia tiru teknik saya juga kadang2. :-)
Rupa baby spider @ pups @ spiderettes. Cecomey diorang tergantung cenggitu :-)
Spiderettes ni bila dah besar dlm 2 cm boleh dah alih ke pasu lain jika nak biakkan.  Di OMG cuma ada sepasu ni je. Pun tak terpindah lagi. 

Spiderettes ni tak boleh biar lama2 bergantungan dgn Mommy SP. Nnt mrk serap energy, mati pulak tumbuhan induknya. Tak pa, weekend ni kalau sempat Mumi alih kamu ya. Kita gantung dlm @ belakang rumah la kot sbb SP ni tak suka direct sunlight. Kang terbakar pulak. Ada songehnya juga ya kamu ni SP. Haish!

Variasi SP - Bonnie, Hawaiian, Variegated Bonnie & Zebra Grass. Rasanya yg ada di OMG ni jenis Zebra Grass Spider Plant (Cholophytum laxum 'Zebra Grass') sbb daunnya ada line putih ditepinya.

Dan SP ni pun ada bunga. Kecik je, warna putih.



Seriously, love to see this iconic spider. Plus, tumbuhan ni boleh bantu bersihkan udara (kena ada byk la kot). Setakat sepasu tu kesian pulak dia sensorang dgn anak2 spidernya nak telan udara tercemar di sekeliling hu hu.

Selain jadi champion cleanser of air, SP dikatakan boleh serap bauan & kekalkan kadar oksigen dlm udara persekitaran. 

Durable plant. Hard to kill, kata che google. Pokok ni tak kuat air. Siram bila tanahnya dah hampir kering. Make sure pasu & tanah tak menakung air. Tak siram bbrp lama pun blh survive. So nak tinggalkan utk cuti raya sehari dua ni, tak la risau sgt kot. Kecuali che cili, che daisy n che bayam brazil tu la kot... cemana la gegaya nanti ni. 

Suka bright light. Artificial light pun boleh. Sbb tu blh letak dlm rumah. Ada lampu! Cuma tanpa cahaya semulajadi (matahari) mungkin dia tak brp happy nak berbaby byk. 

And one more thing, kalau akar mother plant tu dah sampai terkeluar pot, tandanya dia minta rumah (pasu) yg lebih besar. Take note, RAN!

Mcm nak letak sepasu spider plant kat atas meja office. Boleh kurangkan indoor pollutants :-)

#spiderplant
#spiderettes
#tinyspiderbaby
#airpurifier
#10hariramadhan

Tuesday, May 14, 2019

Basikal Warisan

Your precious & memorable childhood moment, baby...
Bila dah boleh tanggalkan support wheel pd basikal.
Dan dah boleh kayuh basikal roda dua since April'19.
Good job, sayang!



Baby masih guna basikal legasi Babang & Didik. Byk kali dah repair tu.
Kita guna selagi boleh la ya Baby...
Nanti PaMi menabung lagi utk belikan basikal baru Baby ya...

Walk to remember
Didik sepatutnya ada appointment hari ni di OCCT, HSA. Minta tangguh - school exam.


#belajarnaikbasikalduaroda
#ramadhanharike9
#tangguhOCCT

Monday, May 13, 2019

Ratu

Salam 8 Ramadhan 1440H, FRAN.
Hari ni RAN nak simpan memori Hari Ibu... sbb kebetulan Ibu ada di rumah ketika Hari Ibu :-)

Angah hantar ibu utk berpuasa dgn kami last Friday. Kebetulan juga mereka balik Muar. Ibu makin kurus... sedihnya hati. Kesian Ibu... ke sana-sini ikut anak2. Tahu dia lebih prefer duduk di rumah sendiri. Tapi dgn keadaan kesihatannya, kami tak berani. 

Kekadang dia sebut ttg Bibik Mega. Ya, kami pun rindu Bibik Mega. Utk ambil maid baru, entahkan sama spt Bibik Mega menjaga abah dulu. Risiko yg kami tak sanggup ambil. Maka pujuk juga Ibu tinggal dgn kami bergilir2.

Di rumah kami, inilah atr yg buat Ibu bahagia. Our Mini Green (OMG). She really loves bayam brazil :-)

Nenek petik bayam brazil utk buat lauk buka puasa, ditemani cucunya si Untung :-)

Since being diagnosed with degenerative nerve disease, kesihatan Ibu semakin merosot.  Makan pun tak selera sebelum ini hingga jadi terlalu kurus & tak berdaya. Ibu jalani spine injection di HPJ. 1st time tak berjaya, sebab bP ibu suddenly naik tinggi. Tahu dia takut masuk OT.

2nd time, 20/12/2018... saya temani dia.


Alhamdulillah, the operation went smooth that day. Tapi, spt yg diperjelaskan Doc, ia tak berjaya utk pemulihan. Ibu msh rasa panas & msh tak berdaya.

Macam2 cara dah cuba. Macam2 alternatif dah diusahakan. Keadaan masih sama. Bila mengenangkan improvement Babang guna Vivix, saya consult a friend about the idea of having Vivix for Ibu.

Alhamdulillah, dgn botol pertama je Ibu kata badannya rasa kuat sikit. Selera pun ada. Sakit pinggang & belakang yg selama ni membatasi pergerakan, tak boleh duduk lama, dah kurang. Hinggalah skrg dah hampir masuk botol ke-4. Masalah panas msh ada, which saya kira apa yg berundur dgn masa & ketentuan Tuhan, tak mgkn dpt dikembalikan. Sedikit improvement pd situasi kesihatan Ibu pun saya dah terlalu bersyukur.

Keserasian Ibu dgn Vivix, sama spt Herbal Blend. Sebelum ni Ibu ada masalah alergy pd kulit kakinya. Sudah bbrp kali dibawa ke specialist, ubat & krim itu ini tak juga pulihkan keadaannya. Satu petang usai saya solat Asar, Ibu gesa minta dibawa ke hospital. Tak tahan dgn alergy di kakinya yg merah & berair. 

Terdiam sekejap. Minta izin selesaikan doa kemudian susul Ibu di biliknya dgn setiub Herbal Blend yg mmg diguna utk rawat PLC Bbg. Sapukan perlahan ke kulit Ibu. Berdoa sgt Allah bantu.

Mlmnya Ibu kata kulitnya kering. Kali kedua sapu, hilang merah. Seterusnya saya bekalkan Ibu dgn Herbal Blend. Sampai skrg alergy tu tak pernah jadi. Makanlah seafood @ belacan, ibu kata alergy tak pernah berulang lagi. Alhamdulillah. Setiap penyakit ada ubatnya dengan izin Allah.

Sejak consume Vivix, mmg kelihatan Ibu agak bertenaga. Angah & Dik Sah pun notice. Berselera makan (Ibu kata lebih selera makan kalau di rumah saya krn saya masak beza. Apa ntah bezanya, campak2 ikut dan je Bu...), bertenaga (boleh dukung cucu barunya Ammar berbanding bila Abeer lahir) & lebih cergas.

Kalau di rumah Dik Sah, ini atr kesukaan Ibu... mengemas kawasan :-)

Apapun, Alhamdulillah masih diberi pinjaman waktu utk berRamadhan dgn Ibu. Moga juga dipinjamkan Syawal bersama tahun ini dan tahun2 seterusnya. 

Semoga Allah masih pinjamkan Ibu dan kita semua kesihatan yg baik dlm usia yg ada ni supaya dpt jalani kehidupan seadanya.. beribadah dgn semampu dan sebaik yg kita boleh lakukan…

Ibu...
Selamat Hari Ibu...
Setiap hari, selalu dan sampai bila-bila...



#selamathariibu
#degenarativenervedisease
#vivix
#herbalblend
#shaklee

Friday, May 3, 2019

I See Myself In You

Sejak sekolah, sgt adore dgn TKD. Pernah register utk kelab. Bila kena beli uniform & lain2 fee, saya berkira. Tak tanya abah & ibu, I decided to discontinued. Terbenamlah cecita nak jadi ‘kungfu girl’. I guess that’s my ‘bad side’ sampai hari ni. Sllu letak tepi kemahuan diri utk sesuatu yg lain.

RAN, Tuhan tak suka tau kalau kita terlalu menzalimi diri sendiri.

Tak… bukanlah menzalimi diri sendiri. Cuma, saya kira ada perkara lain yg perlu diutamakan berbanding apa yg saya inginkan. Nanti-nanti kalau ada rezeki, adalah…

Mcm skrg, rezeki saya bila boys yg so much in love with TKD too. Registerkan mereka sejak umur 7 tahun. Latihan di rumah Master Fauzan, tapi disekalikan utk penilaian markah koko sekolah. Tahun lepas, kami slowkan aktiviti utk UPSR & PSRA Babang. Tahun ni aktifkan semula.

Why not silat & others? Ada bertanya begitu. Tak tahulah... mgkn saya lebih suka ketangkasan & kepantasan steps dlm Korean Martial Art ni. Pd saya, TKD latih utk fokus & berfikir pantas. Lebih taktikal. Sentiasa waspada. Tak meleret 'bunga2'. Atau dlm bahasa arwah abah dulu ‘buat karangan utk apa yg akan terjadi supaya lebih bersedia utk bertindak’.

To grab the steps, need discipline. Perlu dengar & ikut arahan yg diberi. Fokus & disiplin yg diterapkan dlm TKD boleh bantu application in other situation – academic & social.

TKD applies combating sport. Bagaimana nak lompat, pusing, balancing, elak & serang dgn cara pukul @ tendang bantu kuatkan otot & motoric system supaya lebih pantas & tangkas bertindakbalas. Baik utk kecergasan & kesihatan. Dpt bina postur badan yg baik, tingkatkan reflex & stamina. Sekali gus sokong daya metabolism & daya tahan tubuh. Darah lancar, jantung pun sihat. Pendek kata bantu jalani gaya hidup lebih sihat.

Bila sihat, otak pun moga lebih cergas. TKD juga boleh jadi satu bentuk terapi utk lepaskan energi negatif. Kalau hari tu anak2 ada simpan rasa marah, kecewa ke… masa training tu bolehlah buat kuat2 (jgn tumbuk orng kuat2 ms latihan udah…) utk salur keluar emosi tu. Good to release stress. Yg penting juga TKD boleh bantu anak2 rasa percaya diri & hargai diri mereka sendiri. Mungkin dlm waktu2 tertentu dapat bantu mereka yg memerlukan juga.

Pendek kata TKD adalah koordinasi atr fizikal & disiplin mental. Makanya, I always hope my boys will be able to gain the good things from TKD. Paling penting, bila melihat mereka dlm seragam TKD, seolah-olah saya melihat diri saya sendiri.

27 April lepas (my birthdate), grading Didik utk naik Blue 2 & Babang utk Poom Belt (Junior Black Belt - black over red belt). Substitute kpd tali pinggang hitam dewasa bagi student yang lepas semua latihan & penilaian asas Martial Art tapi belum cecah umur 15. Bbg cuma boleh naik ke Black Belt masa umur 16 nnt.


Sama mcm saya, boys pun berhantu tgk cerita kungfu & martial arts
And, Pa... thank you for always being the strongest supporter to the boys in their TKD.


Seronok baby dapat kawan baru waktu menunggu. Sabar ye baby.. tunggu baby umur 7 tahun nanti ya...

Didik, my 2nd child yg sering buat saya rasa tak tentu arah. Looking at him, today... bersyukurnya Allah masih pinjamkan usia. Lihat kamu membesar hari demi hari. Lakukan apa yg dulu Ummi tak dpt lakukan. Tq syg for being my sweet child...

Walaupun Didik ada sedikit limitasi pd kaki/lutut kiri, alhamdulillah so far tak membatasi pergerakan aktifnya. Next week akan ada follow up lagi di Orthopedic HSA. Setakat pemeriksaan I & II tak nampak tanda2 abnormal. Masa diurut lagi mgu lepas, lega sedikit katanya. Moga tak ada apa2... 

Hari tu Grand Master (GM) garang sgt. Dia stress sampai kena pakai sunglass hu hu. Tapi alhamdulillah GM praised Babang for being such a good TKD student. Spt tahu saya ibunya, he showed his thumb up to me. Worth it la ya bang, beli equipment utk berlatih kat rumah... hmm... tu uniform tu pun dah wajib ganti. Cepat betul Babang meninggi.


Met GM again during late lunch. Saya kebuluran waktu tunggu boys. Bila dah sampai kedai makan, terus sebu. GM stressed it again that Babang is such a good student. 'Save sikit la ha, investment for him', pesannya. Adeh... investment utk apa tu agaknya GM?

InsyaAllah seadanya, semampu kami mengadakan apa yg perlu dan apa yang baik utk anak2...


Walk to remember 
Anak-anak,
Hari ni, 27 Syaaban 1440H, Jumaat terakhir sebelum kita bertemu Ramadhan, Isnin depan (jika ada usia). Stay together this way, love & support each other even when PaMi is no longer with you in this world. Nasab bukan hanya bermakna pd hubungan darah daging. Tapi bagaimana kamu menyokong yg benar & menegur kesalahan sesama kalian. Jika terbukti salah, tegur & betulkan, tanpa menyusahkan, menzalimi @ mengkhianati orang lain biarpun 'orang luar' (memori yg tak akan pernah padam...).

#TKD
#kungfuboys
#linqiunan

PAGEVIEWS