Wednesday, May 15, 2019

OMG : Spider Plant

Bermula dari seketul spiderettes yg saya cuba tanam di OMG, skrg dah jadi Spider Plant (Cholophytum Comosum) cenggini.  Google kata SP yg berasal dari South Africa ni dikenali dgn nama lain spt airplane plant, ribbon plant & spider ivy. Byknya spesis 'ivy'!?

Baby SP masa dah besar sikit dlm pasu kecil...

Spider Plant ni tumbuhan kegemaran era Victorian. Nampak cantik kalau tanam dlm pasu gantung sbb tiny baby spiders @ pups @ spiderettes tumbuh di hujung2nya. Spiderettes ni tergantung dgn akar mereka. Spiderettes ni la yg kita ambil utk tanam dlm pot lain.

Hanging Spider Plant. Sbnrnya nak ambil gambar matahari tu, sbb pagi tu hujan turun. I was very desperate to dry all the washes. Maka saya ulang teknik pujuk matahari. Alhamdulillah, teknik pujuk matahari saya so far masih berjaya!
 Angah pun kata dia tiru teknik saya juga kadang2. :-)
Rupa baby spider @ pups @ spiderettes. Cecomey diorang tergantung cenggitu :-)
Spiderettes ni bila dah besar dlm 2 cm boleh dah alih ke pasu lain jika nak biakkan.  Di OMG cuma ada sepasu ni je. Pun tak terpindah lagi. 

Spiderettes ni tak boleh biar lama2 bergantungan dgn Mommy SP. Nnt mrk serap energy, mati pulak tumbuhan induknya. Tak pa, weekend ni kalau sempat Mumi alih kamu ya. Kita gantung dlm @ belakang rumah la kot sbb SP ni tak suka direct sunlight. Kang terbakar pulak. Ada songehnya juga ya kamu ni SP. Haish!

Variasi SP - Bonnie, Hawaiian, Variegated Bonnie & Zebra Grass. Rasanya yg ada di OMG ni jenis Zebra Grass Spider Plant (Cholophytum laxum 'Zebra Grass') sbb daunnya ada line putih ditepinya.

Dan SP ni pun ada bunga. Kecik je, warna putih.



Seriously, love to see this iconic spider. Plus, tumbuhan ni boleh bantu bersihkan udara (kena ada byk la kot). Setakat sepasu tu kesian pulak dia sensorang dgn anak2 spidernya nak telan udara tercemar di sekeliling hu hu.

Selain jadi champion cleanser of air, SP dikatakan boleh serap bauan & kekalkan kadar oksigen dlm udara persekitaran. 

Durable plant. Hard to kill, kata che google. Pokok ni tak kuat air. Siram bila tanahnya dah hampir kering. Make sure pasu & tanah tak menakung air. Tak siram bbrp lama pun blh survive. So nak tinggalkan utk cuti raya sehari dua ni, tak la risau sgt kot. Kecuali che cili, che daisy n che bayam brazil tu la kot... cemana la gegaya nanti ni. 

Suka bright light. Artificial light pun boleh. Sbb tu blh letak dlm rumah. Ada lampu! Cuma tanpa cahaya semulajadi (matahari) mungkin dia tak brp happy nak berbaby byk. 

And one more thing, kalau akar mother plant tu dah sampai terkeluar pot, tandanya dia minta rumah (pasu) yg lebih besar. Take note, RAN!

Mcm nak letak sepasu spider plant kat atas meja office. Boleh kurangkan indoor pollutants :-)

#spiderplant
#spiderettes
#tinyspiderbaby
#airpurifier
#10hariramadhan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS