Friday, May 3, 2019

I See Myself In You

Sejak sekolah, sgt adore dgn TKD. Pernah register utk kelab. Bila kena beli uniform & lain2 fee, saya berkira. Tak tanya abah & ibu, I decided to discontinued. Terbenamlah cecita nak jadi ‘kungfu girl’. I guess that’s my ‘bad side’ sampai hari ni. Sllu letak tepi kemahuan diri utk sesuatu yg lain.

RAN, Tuhan tak suka tau kalau kita terlalu menzalimi diri sendiri.

Tak… bukanlah menzalimi diri sendiri. Cuma, saya kira ada perkara lain yg perlu diutamakan berbanding apa yg saya inginkan. Nanti-nanti kalau ada rezeki, adalah…

Mcm skrg, rezeki saya bila boys yg so much in love with TKD too. Registerkan mereka sejak umur 7 tahun. Latihan di rumah Master Fauzan, tapi disekalikan utk penilaian markah koko sekolah. Tahun lepas, kami slowkan aktiviti utk UPSR & PSRA Babang. Tahun ni aktifkan semula.

Why not silat & others? Ada bertanya begitu. Tak tahulah... mgkn saya lebih suka ketangkasan & kepantasan steps dlm Korean Martial Art ni. Pd saya, TKD latih utk fokus & berfikir pantas. Lebih taktikal. Sentiasa waspada. Tak meleret 'bunga2'. Atau dlm bahasa arwah abah dulu ‘buat karangan utk apa yg akan terjadi supaya lebih bersedia utk bertindak’.

To grab the steps, need discipline. Perlu dengar & ikut arahan yg diberi. Fokus & disiplin yg diterapkan dlm TKD boleh bantu application in other situation – academic & social.

TKD applies combating sport. Bagaimana nak lompat, pusing, balancing, elak & serang dgn cara pukul @ tendang bantu kuatkan otot & motoric system supaya lebih pantas & tangkas bertindakbalas. Baik utk kecergasan & kesihatan. Dpt bina postur badan yg baik, tingkatkan reflex & stamina. Sekali gus sokong daya metabolism & daya tahan tubuh. Darah lancar, jantung pun sihat. Pendek kata bantu jalani gaya hidup lebih sihat.

Bila sihat, otak pun moga lebih cergas. TKD juga boleh jadi satu bentuk terapi utk lepaskan energi negatif. Kalau hari tu anak2 ada simpan rasa marah, kecewa ke… masa training tu bolehlah buat kuat2 (jgn tumbuk orng kuat2 ms latihan udah…) utk salur keluar emosi tu. Good to release stress. Yg penting juga TKD boleh bantu anak2 rasa percaya diri & hargai diri mereka sendiri. Mungkin dlm waktu2 tertentu dapat bantu mereka yg memerlukan juga.

Pendek kata TKD adalah koordinasi atr fizikal & disiplin mental. Makanya, I always hope my boys will be able to gain the good things from TKD. Paling penting, bila melihat mereka dlm seragam TKD, seolah-olah saya melihat diri saya sendiri.

27 April lepas (my birthdate), grading Didik utk naik Blue 2 & Babang utk Poom Belt (Junior Black Belt - black over red belt). Substitute kpd tali pinggang hitam dewasa bagi student yang lepas semua latihan & penilaian asas Martial Art tapi belum cecah umur 15. Bbg cuma boleh naik ke Black Belt masa umur 16 nnt.


Sama mcm saya, boys pun berhantu tgk cerita kungfu & martial arts
And, Pa... thank you for always being the strongest supporter to the boys in their TKD.


Seronok baby dapat kawan baru waktu menunggu. Sabar ye baby.. tunggu baby umur 7 tahun nanti ya...

Didik, my 2nd child yg sering buat saya rasa tak tentu arah. Looking at him, today... bersyukurnya Allah masih pinjamkan usia. Lihat kamu membesar hari demi hari. Lakukan apa yg dulu Ummi tak dpt lakukan. Tq syg for being my sweet child...

Walaupun Didik ada sedikit limitasi pd kaki/lutut kiri, alhamdulillah so far tak membatasi pergerakan aktifnya. Next week akan ada follow up lagi di Orthopedic HSA. Setakat pemeriksaan I & II tak nampak tanda2 abnormal. Masa diurut lagi mgu lepas, lega sedikit katanya. Moga tak ada apa2... 

Hari tu Grand Master (GM) garang sgt. Dia stress sampai kena pakai sunglass hu hu. Tapi alhamdulillah GM praised Babang for being such a good TKD student. Spt tahu saya ibunya, he showed his thumb up to me. Worth it la ya bang, beli equipment utk berlatih kat rumah... hmm... tu uniform tu pun dah wajib ganti. Cepat betul Babang meninggi.


Met GM again during late lunch. Saya kebuluran waktu tunggu boys. Bila dah sampai kedai makan, terus sebu. GM stressed it again that Babang is such a good student. 'Save sikit la ha, investment for him', pesannya. Adeh... investment utk apa tu agaknya GM?

InsyaAllah seadanya, semampu kami mengadakan apa yg perlu dan apa yang baik utk anak2...


Walk to remember 
Anak-anak,
Hari ni, 27 Syaaban 1440H, Jumaat terakhir sebelum kita bertemu Ramadhan, Isnin depan (jika ada usia). Stay together this way, love & support each other even when PaMi is no longer with you in this world. Nasab bukan hanya bermakna pd hubungan darah daging. Tapi bagaimana kamu menyokong yg benar & menegur kesalahan sesama kalian. Jika terbukti salah, tegur & betulkan, tanpa menyusahkan, menzalimi @ mengkhianati orang lain biarpun 'orang luar' (memori yg tak akan pernah padam...).

#TKD
#kungfuboys
#linqiunan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS