Wednesday, July 24, 2019

LAUNCHING OF BIMB UITM-ALUMNI VISA DEBIT CARD

Alhamdulillah, 15 Julai lalu kami selesai seadanya menyempurnakan majlis perasmian pelancaran kad debit Visa BIMB UiTM-Alumni. Kad debit BIMB di bawah jenama UiTM.

Itu pertama kalinya jabatan kami organized & conducted A-Z for the event. Dan alhamdulillah dibantu juga oleh jabatan & lain2 staff pengiring. It's our boss’s project & we're proud to be considered as the good team for him J

Alhamdulillah juga, my 1st experience to draft & prepare the launching speech delivered by VC. Sebolehnya tak mahu ulang lagi… huhu. Dah lama tak keluar baby book baru (sepertinya dah pencen menulis), maka bila lihat ayat ucapan VC yg ditulis tu quoted in the printed news, senyum happy semacam je sorang-sorang. Ntah apa-apa lah kau RAN...

Kad ini khusus utk warga UiTM. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah oleh BIMB, warga UiTM (students, staff & alumni) juga berpeluang ‘memberi & menyumbang’ kpd UiTM semula. We make it from UiTM to UiTM ya…

Juga dibuka kpd orang awam jika mahu bertukar kpd kad debit Al-Awfar ini. Peluang menjadi atr yg  menyumbang kpd UiTM utk membantu anak-anak Bumiputera seterusnya J

FRAN, tumpangkan diari Mumi ni ya…


VC UITM & CEO BIMB, diiringi oleh Bendahari UiTM dan pegawai2 utama BIMB di pentas pelancaran...

Okay, esok-esok kalau sempat saya pi bank, tukar debit card Kepala Rimau kepada UiTM di hatiku... :-)

Former staff of our dept became the beauty face for debit card promotion. Tq dear Zety! 


Sunday, July 7, 2019

Kenapalah Engkau Tercipta?

Baru notice draft ni di FRAN. Dah berbulan rupanya dia terperap kat situ huhu. Tertinggal rupanya tak buat diary sharing. 

Okaylah kita simpan diary ttg nowadays trend ni dlm FRAN.
Beyblade yg jadi kegilaan hampir kesemua kanak2 & budak2. Bapak budak pun ada!

Awal2 dulu, Pa order online beyblade ni utk boys. Sabar je la!
Dah tu habis diturunkan segala besen, dulang... sampai pecah.
Kemudian minta kuali pulak.
A big NO lah nak oi!

Mahal kot benda ni (pd saya unnecessary mahal). Kalau mahal tapi ada faedah, kot la boleh ku tutup mata je. Ni, mcm tak berapa boleh brain apa faedahnya. Kecuali divert attention bebudak ni dari gajet la kot sekejap.

Beli barang dapur di EON Big weekend bbrp bulan lalu... ada booth jualan kat area luar. Sekali terjumpa booth berhantu nih! Naik hantu je maknya dlm hati. Tapi relakan lah juga. Dgn syarat! Sila guna duit tabung sendiri ye! Supaya tahu menghargai apa yg kamu beli.



Brp byk nak simpan buat koleksi daaa Dik, Baby? Kalau laku jual kat kedai barang 2nd hand, tak pe lah juga...

Kalau time weekend @ peptg bila awal sampai dari keje... keje bebudak ni bentang tikar depan rumah n main beyblade dgn kawan2. Adeh... tak pe lah. At least ada depan rumah, ada depan mata. At least main benda2  yg kita nampak & tahu.

Skrg ni je agak kurang sikit bunyi dentang dentungnya. Tu mesti smd beyblade nya dah hilang @ dah pecah @ launcher dah rosak. Hmm.... jgnlah minta beli baru hendaknya...

Hai lah beyblade...
Mengapalah ko tak diciptakan menjadi ala-ala kuih tepung pelita ke, ayam goreng ke, pokok bunga rose ke, pokok buah cukanan ke, pokok bunga sedap malam ke... ada lah juga faedahnya.

Atau sbnrnya dah tak nampak beyblade sbb kehendak diorang dah terpenuhkan dek Papanya. Homewifi dah masuk awal Syawal. Maka, kembalilah mereka menekun TV & laptop & handphone. Alahai... ada, salah. Tak ada, salah. Semua pun serba salah. Pandai-pandailah anak oi, bahagikan masa utk kebaikan diri sendiri ya. Umi boleh doa n bebelkan je la...

Hai lah anak...

Friday, July 5, 2019

Ala Cowboy Cari Strawberry

Awal tahun agak hectic. Entah kenapa selalu rasa sgt burnt out & mood tak selesa. Tak sihat, penat & segala rasa. Like desperately need a break. Rasa nak pi bulan dok diam sorang2. Tapi saya tak suka ke mana2 tanpa Pa & boys. Bahkan kalau ke mana2 selalu fikir nak bawa whole family dgn anak2 saudara bersama. Tapi biasanya, trip yg dirancang jarang menjadi. 

2nd week April tu, masing2 tak sihat. Sabtu 13/4, Baby & Babang ada hari Sukan & hari Kokay sekolah masing2. Usai program Baby & Bbg, tghari semua pengsan. Bangun utk Zuhur yg agak lewat...

'Pa, jom jejalan CH esok, nak? Rasa stress sgt la. Kita pi day-trip je. Lagipun Baby tak sampai lagi CH... sian dia...'

And he said (+-), "OK, pi packing... kita jalan pelan2. Mlm ni cari mana2 available budget place to overnite. Esok pagi baru naik CH." 

Scr terperanjatnya kejutkan anak2 utk bersiap. Pack ala cowboy. Bismillah... lps Asar kami gerak dlm gerimis hujan... dan dlm keadaan yg msg2 msh dlm energy & health-recovery :-) 


Baby, that trip was 4 U dear. Babang & Didik dah pernah sampai few times. Umi rasa ralat kalau kami msh blm dpt bawa kamu jalan2 ke CH. Sbb... sama mcm Didik, Baby pun hantu strawberry.

Maka, PaMi bawa kamu petik strawberry kat Cameron Highland ya.
Nak tunggu pokok2 strawberry kita berbuah kat OMG tu... hmmm.... hu hu...



Rancak menyulur berkeluarga pokok2 strawberry tu. Tapi belum nak berbuah. Tak sempat lagi nak google ilmu utk suh strawberry berbuah... 


Walk to remember :
Jika kau rasa mampu membeli bahagia, belilah dik...
tapi jika harganya kau bayar dengan airmata orang2
yg kau aniaya hatinya... percayalah, akan sampai
nanti kiriman 'kasih sayang' Allah. (RAN 050719)


#cameronhighland
#strawberry


Thursday, July 4, 2019

FISHMONGER

Semlm hari akhir Syawal. Hari ni Zulkaedah menyapa. Berdebar rasa tunggu Rabiulakhir jika ada izin Allah.

Dlm tawa & airmata, selamat juga jalani Syawal. Bulan yg saya geruni dlm hidup. Ada saja dugaan atr Ramadhan-Syawal. Tak apalah.... kiriman kasih sayang Allah.

Anyway, Syawal tahun ni msh pahatkan memori manis. Especially bila mampu buat sesi minum kopi Aidilfitri 22 Jun lalu. Atr main menu, nasi putih dgn kari daging berkerisik, sambal bilis Pa & sambal belacan, ulam bayam brazil, ayam goreng crispy & juga sweet sour siakap & bawal.

Ramai yg sebut ikan2 tu rasa fresh sgt. Ya kot, sbb ikan2 tu stok pancing Pa. Tak spt ikan di pasar yg ada pengawet barangkali. Saya je tak tau bezakan. Bagi saya sama je kot rasanya. Ikan juga :-)

Honestly, since being married to him, jarang beli ikan. Beli pun utk buat umpan pancing Pa. Stok jenahak/bawal/kaci/siakap & adakala kerapu sentiasa ada dlm freezer. Kalau ada jejiran yg request, kurang lah sikit bebanan si freezer tua tu :-)

Officemates pun asking about the fishes. Saya cerita je yg Pa ni atr hobinya bila selesai satu2 job, akan 'spend time' di kolam pancing as a reward for himself. Ada kala ke laut dgn Ayah Man. Kalau ada rezeki, berekor-ekor la ikan simpan dlm freezer. Tapi byk kalinya Pa akan jual semula di kolam sbb di rumah pun stok dah penuh.

Maka, excited la officemates & even boss request dari jual ke kolam, offerlah kpd mereka dulu. Erk!? Adeh... nampak nya saya kena jadi peraih ikan la ni dari Pa deliver ke office. Hu hu...

Minggu lepas je dah fulfill few requests. Kaci, bawal, kerapu & siakap sold out. Simpan memori ikan2 yg sold out tu kat FRAN huhu. Tapi bagi harga yg lebih rendah dari pasaran. Bukan niat nak jadi pure fishmonger pun. Saya bahagia bila lihat officemates happy dpt ikan yg dihajatkan dgn harga yg mereka kata murah dari pasar. Pa pun ambil kesempatan la dia asik berdating dgn ikan di kolam. Ya lah.. sambil buat orang happy, sambil sedekah sambil contra sedikit kos kolam pancing Pa juga. Alhamdulillah...

Msh pending few request utk kaci, bawal & jenahak. Dan Pa pula minggu ni dah habis cuti rayanya. Dah busy semula dgn tuntutan kerja cari rezeki utk keluarga. Tak ada masa luang utk ke kolam pancing. Nanti ye kekawan.. ada rezeki, adalah ikan-ikannya utk kalian... :-)

Dan semlm juga selesai update CV Pa (I'm his sec, PA n everything huhu). Masa makan2 22hb, former-boss nya Mr & Mrs Ng dtg ziarah. Sambil2 offer Pa to joint him. Huhu.. org yg dah biasa freelance bertahun, bila offered for office hours, mgkn ada keberatan hati kat situ. Tambah pula dah selesa dgn PMnya, wall & ceiling decorationnya, fishmongernya & now As Sofi Resources sdg bermula.

Apapun, rezeki Allah nak beri tu kita tak tau. Ikutlah pertimbangan & keselesaan. Dari dulu saya tak pernah bantah, halang @ memaksa. Kecuali perkara2 yg akal rasional saya tahu bakal mendtgkan keruntuhan & mudharat, pasti saya suarakan isi hati.




1 Julai kelmarin, boys called their Nek Yam. Nyanyi lagu birthday & wish doa. Ibu was so happy.  Happy birthday Ibu. Semoga Allah sentiasa merahmati Ibu, kurniakan sejahtera, bahagia dan ketenangan hati. 

Alhamdulillah... lega bila she sounded happy & healthy. Despite what happens in our family, we are now able to tolerate things easily. Semua pun takdir & kehendak Allah. Lalu je lah dgn pergantungan kpd Dia sepenuhnya.

InsyaAllah, moga ada rahmat Allah untuk kita dlm meniti perjalanan ke alam abadi.

Angah & Naha bawa Ibu ziarah Ibunya (Wan Awa)... 
tak tau nak kata apa rasa dlm hati
cuma yg ku tahu... 
dari dalam hati, kau takkan terganti sampai nanti aku mati...
Ibu... Happy belated birthday... 
Along sayang Ibu walaupun Along tak pandai tunjuk kasih sayang...
Ampunkan Along utk semua kelemahan, kekurangan & ketakupayaan Along ye bu...



Walk to remember
Alamak, terlupa nak cerita kat ibu keje sampingan terbaru jadi fishmonger
Dan terlupa nak cerita cucunya si Untung dpt no 6 je periksa :-)
Kalau cerita, dah terbayang gelaknya bagaimana :-)

PAGEVIEWS