Sunday, July 7, 2019

Kenapalah Engkau Tercipta?

Baru notice draft ni di FRAN. Dah berbulan rupanya dia terperap kat situ huhu. Tertinggal rupanya tak buat diary sharing. 

Okaylah kita simpan diary ttg nowadays trend ni dlm FRAN.
Beyblade yg jadi kegilaan hampir kesemua kanak2 & budak2. Bapak budak pun ada!

Awal2 dulu, Pa order online beyblade ni utk boys. Sabar je la!
Dah tu habis diturunkan segala besen, dulang... sampai pecah.
Kemudian minta kuali pulak.
A big NO lah nak oi!

Mahal kot benda ni (pd saya unnecessary mahal). Kalau mahal tapi ada faedah, kot la boleh ku tutup mata je. Ni, mcm tak berapa boleh brain apa faedahnya. Kecuali divert attention bebudak ni dari gajet la kot sekejap.

Beli barang dapur di EON Big weekend bbrp bulan lalu... ada booth jualan kat area luar. Sekali terjumpa booth berhantu nih! Naik hantu je maknya dlm hati. Tapi relakan lah juga. Dgn syarat! Sila guna duit tabung sendiri ye! Supaya tahu menghargai apa yg kamu beli.



Brp byk nak simpan buat koleksi daaa Dik, Baby? Kalau laku jual kat kedai barang 2nd hand, tak pe lah juga...

Kalau time weekend @ peptg bila awal sampai dari keje... keje bebudak ni bentang tikar depan rumah n main beyblade dgn kawan2. Adeh... tak pe lah. At least ada depan rumah, ada depan mata. At least main benda2  yg kita nampak & tahu.

Skrg ni je agak kurang sikit bunyi dentang dentungnya. Tu mesti smd beyblade nya dah hilang @ dah pecah @ launcher dah rosak. Hmm.... jgnlah minta beli baru hendaknya...

Hai lah beyblade...
Mengapalah ko tak diciptakan menjadi ala-ala kuih tepung pelita ke, ayam goreng ke, pokok bunga rose ke, pokok buah cukanan ke, pokok bunga sedap malam ke... ada lah juga faedahnya.

Atau sbnrnya dah tak nampak beyblade sbb kehendak diorang dah terpenuhkan dek Papanya. Homewifi dah masuk awal Syawal. Maka, kembalilah mereka menekun TV & laptop & handphone. Alahai... ada, salah. Tak ada, salah. Semua pun serba salah. Pandai-pandailah anak oi, bahagikan masa utk kebaikan diri sendiri ya. Umi boleh doa n bebelkan je la...

Hai lah anak...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS