Friday, November 29, 2019

Keropok Bayam Brazil OMG

Weekend terakhir sebelum kami berangkat bermusafir, we went back hometown. Mujur Ibu di Sekinchan, maka sekali jalan bertemu dua bonda.

Balik bermalam di SB dahulu... dan alhamdulillah Mak ikut balik Klang. Tak apalah... saya pun dah start bercuti musafir mulai 25th Oct. Itu saja masa yg ada untuk siapkan kelengkapan musafir kami. Sangat2 last minute...

Disebabkan ada berpasu2 bayam brazil di rumah.... mak kata nak buat keropok. Huhu... honestly sampai hari ni pun saya belum goreng sendiri lagi si bayam brazil tu jadi keropok.

Dah siap mak buat bancuhan tepungnya... bila dah digoreng, wah... memang sedap rupanya.

Terima kasih mak!


Simpan dlm bekas kedap udara, letak kat rak TV. Sambil menonton baring-baring, boleh buat kudap-kudapan.


Simpan memori mak goreng keropok bayam brazil di rumah kami di sini... 
someday, this will be the moment we cherish & miss so much....

Banyak yg kami bualkan selama 2-3 hari mak di rumah. Walaupun bukan saya yang memulakan perbualan... sebab nak pergi musafir dah waktu tu, nanti termembawang pulak :-). Takut nanti bila sampai Haramain terhijab kaabah, mau saya rebah... 

Tak pa Mak... apa yg kita clarify & justify, semuanya mmg saya tahu & saya sudah duga. Cuma kadang2 clarification session itu perlu sbb selama ini masing2 berdiam menjaga satu sama lain tanpa masing2 menyedari. Dan saya... bawa diri.

What's there to worry? Kebenaran akan muncul juga lambat launnya. Fitnah yg ditabur akan kembali kpd penaburnya juga. 

Saya sudah lama maafkan mereka. Meskipun mungkin mereka masih carry habit & attitude yg sama, itu urusan & hak Allah ke atas mereka. Saya tak ada masa nak ambil tahu apatah lagi utk 'uruskan' mereka. Saya ada banyak sgt kerja nak buat. One of it nak siapkan diari Hatiku Di Haramain :-)

Saya cuma pegang konsep, '... tak perlu benci orang yg menyakitimu, cuma perlu ada batas agar dia tidak lagi dekat denganmu untuk menyakitimu lagi...". 

Pada Jumaat yg barokah ini, 2 Rabiulakhir 1441H, moga Allah perkenankan permintaan kita agar sentiasa dilindungi & dirahmati serta dikurniakan hidayah ke jalan yg lurus oleh Allah.


#bayambrazil
#brazillianspinach
#keropokbayambrazil
#bondingtimewithmil

Thursday, November 28, 2019

Flat Feet Boy

Tapak kaki org normal ada lengkung @ arches. Tapi bagi segelintir org istimewa, tapak kaki mereka rata @ dipanggil flat feet @ fallen arches. Smd mmg tapak kakinya rata @ otot  di tapak kaki tidak kuat / rendah.

Waktu Didik darjah 1 rasanya, Mumi noticed cara dia berjalan agak lain. Jarang kelihatan tapi as a mom, of course I can detect it. Tapi ramai org termasuklah Pa sendiri, denied it. Okay, fine...

Makin lama, obvious sgt Didik berjalan dgn gaya yg Mumi tak selesa lihat. Pernah marah dia. Suruh jalan elok2. Lama2 dia complaint lututnya sakit. Especially waktu pagi, bila nak ke sekolah Didik akan ambil masa utk luruskan kaki. Dan dia mula jalan obviously dengkot-dengkot. Menjelang siang @ petang, agak normal.

He can run, he can climb, he can walk fast. Mcm kanak2 biasa. Cuma akan complaint sakit waktu pagi. Dan adakala jalannya tak cantik.

Pernah bawa ke An-Nas Fisioterapi. Bila bandage lutut, dia kata selesa sikit. Lepas tu, mula ketakselesaannya dtg semula.

As a mom, of course tak puas hati. Mcm2 teori & kebimbangan. Mumi tekad buat appointment dgn pakar. Semua ujian darah, X-Ray & lain2 ujian doktor buat, negatif. Tak ada retak @ patah. Tak ada kejanggalan @ luarbiasa pada ujian darah. At least, itu buat Mumi lega & bersyukur amat. But still, it didn't solve the problem.

Pd satu sesi rawatan, 3 specialists duduk pandang didik. Diam. Semua keputusan ujian tak membantu agaknya utk mereka jwb pertanyaan saya ttg knp Didik masih sakit kaki.

Finally, specialist lelaki tu suruh Didik jalan ulang-alik lagi. Then he said, "Flat feet."

That was my 1st time heard about flat feet. Dr said, "Bukan cacat... tapi istimewa. Jangan risau..."

Tak risau. Terima kurniaan Tuhan sbb Allah lebih mengetahui. Cuma perlu tahu lebih supaya ada persediaan dalam hidup... Allah suruh hamba-Nya berusaha kan...


Kenapa Didik sakit kaki?

Kaki manusia ada 33 joints yg pegang 26 tulang yg berbeza. Ia ada lebih dari 100 muscles, tendons & ligamen. Lengkungan kaki @ arches berfungsi sbg spring pd tapak kaki & agih beban berat badan ke seluruh kaki & tapak kaki supaya seimbang. Struktur arches ni yg tentukan bagaimana seseorang itu berjalan.

Org flat feet, tapak kakinya masuk ke bhgn dlm bila berdiri @ berjalan. Situasi ni di panggil overpronation. (Pronation adalah respons badan kpd daya permukaan lantai yg dipijak akibat hentakan ketika berlari / berjalan. Bila kaki kena lantai, arch jadi memanjang & flat seterusnya menyebabnya kaki masuk ke bhgn dlm. Keadaan ini bantu badan serap hentakan. )

Maka, flat feet menyebabkan agihan berat badan yg tak seimbang & ketegangan pd muscle & ligamen. Kesakitan pd joints kaki akan beri tekanan pd lutut & punggung. OK, that's explain why Didik selalu kata lututnya sakit....

Dan bermulalah bbrp sesi rawatan susulan. Up to the last appointment, Dr discaj Didik. Didik cuma perlu guna selipar/kasut khas @ at least dgn pelapik kaki khas seumur hidup yg boleh bantu masalah kesan dari flat feet nya.

And... kasut/selipar khas tu harganya pun 'istimewa'. Tak apalah... PaMi redha. InsyaAllah PaMi akan usaha cari rezeki lebih lagi utk tampung keperluan 'istimewa' ni...


Keadaan ni boleh dibantu, dirawat & diatasi  sebelum usia 14 tahun, ia usia maksima lengkungan jadi kekal.

Apa punca flat feet?

Mungkin pewarisan keluarga, masalah dgn proses tumbesaran tulang kaki sblm kelahiran (this made Mumi teringat semula difficulty ketika mengandungkan Didik... maafkan Mumi ya Dik kalau kesihatan Mumi dulu puncanya :-( ), tisu longgar, masalah saraf eg serebral palsy, kerosakan @ kecederaan kpd tisu konektif yg disbbkan oleh penuaan, over usage, kecederaan (this reminds me d' 1st time Didik said kakinya mula rasa sakit sbb jatuh ditolak kawan di sekolah), obesiti , artritis reumatoid @ pakai kasut yg tak well support kaki.

Semakin meningkat dewasa, semakin bertambah berat badan & menjelang usia tua... jika tidak dibantu-atasi, mgkn akan beri cabaran dlm hidup.

Mumi skrg pun sdg monitor kaki Baby. Risau juga... sbb situasi ni hanya boleh dilihat slps umur 5 tahun. Moga baik2 saja lah hendaknya...

Selain guna kasut/selipar khas, boleh juga guna alat bantu / sokongan kaki : 


Yg ini mmg dari awal dulu ada dlm kepala Mumi. Nanti kita cari stripe ni ya Dik... at least boleh buat kaki Didik selesa sedikit...

Situasi flat feet ni juga boleh dibantu melalui latihan @ senaman. At least, bantu kurangkan bebanan kaki & kesakitan insyaAllah...

http://www.myhealth.gov.my/perawatan-fisioterapi-untuk-flat-foot-pes-planus/
Mumi compiled few exercises ni utk kita buat sama-sama ya Dik...



Tak apalah ya Dik... Allah dah kurniakan begini, pasti ada hikmahnya. Bak kata Uncle Coach Jejai, "Org tua kata, budak kaki rata ni insyaAllah akan menyenangkan hati mak ayahnya di kemudian hari..."

Aaamiin Ya Robb...


#flatfeet
#fallenarches
#myspecialflatfeetboy

Wednesday, November 27, 2019

Yang Mana Satu?

Assalammualaikum,
Lamanya tak jumpa FRAN.

Mumi baru getting better dari AEBA sejak balik dari musafir a forthnight ago. Pun baru report duty sepenuhnya di pejabat hari ini. Lots to catch up. Especially mood… sbb hati masih di Haramain.

Masih tak boleh berkuat lebih2. Masih jaga makan, takut batuk.

Cuma chest tak tight as before. Infection almost cleared after 2 batches of antibiotics. Alhamdulillah. semakin pulih. Kalau tak, memang kena marah dengan doktor sbb earlier menolak utk being hospitalized.

InsyaAllah, pelan2 heading to recovery and hopefully can get back to normal routine. With better vision in life, insyaAllah. Nak jadi hamba yang dibelas-kasihani dan disayangi Allah.

Cuti sekolah pun dah bermula. InsyaAllah ada banyak masa utk 'me time' simpan diari dalam FRAN afterward. Hopefully la... sbb ini bulan2 menjelang akhir tahun. Spt biasa prosedur closing di pejabat. 

Apapun.. insyaAllah akan cuba lapangkan waktu. Matlamat sediada yang terus diperbaharui, tak mau stress dalam hidup.

What I can't do, I'll put down for a while. What I can't change or fixed, I'll try to buang. Erk!?


Layman mcm saya panggil kek nescafe. Rupanya Kek Tiramisu. Sedap sgt di tekak orng yg kurang sihat seperti saya. Setupperware ni Aunty Wawa suruh bawa balik utk Baby :-)
Lebihan dari majlis farewell rakan pejabat yg akan bertukar ke KPG. Happy new journey, Nisa.

versus,


And after sooooo long tidak lagi dapat makan sambal taun di tempatnya... last weekend for the 1st time... turning point.
Ya, what can't kill you, insyaAllah will make you even better and stronger. 
Biarlah orang buat kita, janji bukan kita buat orang...

Datanglah apa jua, jika Tuhan masih bersama... akan ku teruskan langkah sedaya upaya.


PAGEVIEWS