Weekend terakhir sebelum kami berangkat bermusafir, we went back hometown. Mujur Ibu di Sekinchan, maka sekali jalan bertemu dua bonda.
Balik bermalam di SB dahulu... dan alhamdulillah Mak ikut balik Klang. Tak apalah... saya pun dah start bercuti musafir mulai 25th Oct. Itu saja masa yg ada untuk siapkan kelengkapan musafir kami. Sangat2 last minute...
Disebabkan ada berpasu2 bayam brazil di rumah.... mak kata nak buat keropok. Huhu... honestly sampai hari ni pun saya belum goreng sendiri lagi si bayam brazil tu jadi keropok.
Dah siap mak buat bancuhan tepungnya... bila dah digoreng, wah... memang sedap rupanya.
Terima kasih mak!
Simpan dlm bekas kedap udara, letak kat rak TV. Sambil menonton baring-baring, boleh buat kudap-kudapan.
Simpan memori mak goreng keropok bayam brazil di rumah kami di sini...
someday, this will be the moment we cherish & miss so much....
Banyak yg kami bualkan selama 2-3 hari mak di rumah. Walaupun bukan saya yang memulakan perbualan... sebab nak pergi musafir dah waktu tu, nanti termembawang pulak :-). Takut nanti bila sampai Haramain terhijab kaabah, mau saya rebah...
Tak pa Mak... apa yg kita clarify & justify, semuanya mmg saya tahu & saya sudah duga. Cuma kadang2 clarification session itu perlu sbb selama ini masing2 berdiam menjaga satu sama lain tanpa masing2 menyedari. Dan saya... bawa diri.
What's there to worry? Kebenaran akan muncul juga lambat launnya. Fitnah yg ditabur akan kembali kpd penaburnya juga.
Saya sudah lama maafkan mereka. Meskipun mungkin mereka masih carry habit & attitude yg sama, itu urusan & hak Allah ke atas mereka. Saya tak ada masa nak ambil tahu apatah lagi utk 'uruskan' mereka. Saya ada banyak sgt kerja nak buat. One of it nak siapkan diari Hatiku Di Haramain :-)
Saya cuma pegang konsep, '... tak perlu benci orang yg menyakitimu, cuma perlu ada batas agar dia tidak lagi dekat denganmu untuk menyakitimu lagi...".
Pada Jumaat yg barokah ini, 2 Rabiulakhir 1441H, moga Allah perkenankan permintaan kita agar sentiasa dilindungi & dirahmati serta dikurniakan hidayah ke jalan yg lurus oleh Allah.
#bayambrazil
#brazillianspinach
#keropokbayambrazil
#bondingtimewithmil
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.