Mlm tadi, Pa tidur awal. Keletihan dari ceiling projectnya. Anak2 pun msg2 ada port & urusan sendiri. Tinggallah Mumi sorang2 dpn TV. Tengok telemovie Ahad malam. Walaupun Papa happy sbb nampak V kat TV tapi dia tetap menuju bedroom & lost in alice n wonderland. V ni Pa's favourite look, rasanya Pa suka kat Mumi dulu kot2 Mumi kulit ala2 V, tang muka tu confirmed jauh langit dgn bumi la...
Memula Mumi tergelak sbb TV3 tayang semula cerita 'Mak Tak Bagi Balik' ni, sbb PKP, shooting tak leh buat maka tak de cerita baru. Sejak dua menjak Mumi dah belajar kat KBMS ni & ada dlm whatssapp grup 'scriptwriters & scriptwriters to be', maka Mumi pun tau la sikit2 benda2 dlm industri :-)
Mumi skrg tiap kali tgk drama mesti nak tgk siapa swriptwriter. Mumi sdg belajar2. Mumi harap satu hari nnt Allah makbulkan cita2 Mumi yg ni pula..
Along the way menonton Mak Tak Bagi Balik, Mumi keriau berjejeh airmata. Sampai Baby keluar dari bilik few times, mungkin hairan sbb dgr Mumi keriau. Bkn kali pertama tgk, tapi Mumi nangis juga. Hanya yg pernah susah akan rasa dlmnya perasaan bila tengok cerita ni.
Mumi dulu tak la sesusah ni. Kami msh sentiasa ada mknn kat dapur. Abah ada je kerja & pendapatan tetap walaupun Ibu sejak kahwin hanya jadi fulltime housewife. Cuma tak mewah & adakala tak cukup seadanya.
Mumi dari mula bersekolah dah biasa bawa bekal. Sampai dah kerja pun Ibu akan bawakan Mumi bekal. Tapi Mumi tak pernah rasa weird @ alone, sbb nnt kengkawan Mumi kat sekolah pun mengikut bawa bekal semata2 nak rehat dgn Mumi bwh pokok. Dan bila di pejabat, nnt kengkawan office pun mengikut bawa bekal masing2. I miss the moments...
Mumi tak de la pnh rasa susah sbb tak de duit belanja ke, tak bayar duit periksa ke... sentiasa dipenuhi sekadarnya oleh abah & ibu. Tapi, 1st time in life bila Mumi dgr sendiri dari abah menyebut ttg kesusahan, Mumi luluh. Masa tu di MRSM. Pun sbnrnya dah tak ingat sgt what actually happened that time. Yg Mumi aware, Mumi tak pernah perlu minta duit belanja dr abah sbb Mumi ada allowance dari MARA walaupun tak la byk mana pun. Tapi sbb Mumi bukan jenis kaki outing, maka duit bkn keperluan mendesak pun utk Mumi masa tu.
Tapi hari tu, masa called abah guna public phone, abah kata 'guna duit baik2 ye long, abah tgh susah skrg, tak sihat sgt. Adik2 pun nak pakai duit...'. Abah tak pernah cakap begitu sebelumnya. Sbb tu bila sekali dgr perutusan mcm tu, hati luluh. Sejak tu mmg lagilah Mumi tuju satu hala, nak belajar baik2 nak bantu abah ibu.
Dan ditakdirkan juga masa Mumi di U, abah dah tak kerja. Cuma bawa teksi kot rasanya masa tu. Angah pula ketika itu ujian hidupnya belajar di kolej swasta. Sedikit tergelincir dlm SPM & tak dpt masuk U. Angah kerja dulu kumpul duit sikit kemudian sambung study. Mumi ingat lagi, duit yg MARA bagi, Mumi akan selalu kirim balik pd Ibu. Kdg Mumi bagi pd Angah utk keperluan dia.
Dgn duit MARA juga, Mumi kumpul & belajar memandu hingga dpt lesen tanpa pengetahuan abah. Dia tahu bila Mumi dah dapat lesen je. Itupun abah agak terkilan sbb Mumi tak amek lesen motor. Knp tak amek lesen motor? Sbb Mumi sampai skrg mmg tak reti naik motor. Mumi tak reti nak manage handle motor tu utk buat zigzag & pusingan bentuk 8 tu. Tangan Mumi keras kejung. Mumi tahu jalan lurus je sampai masuk longkang.
Di U Mumi struggle sbnrnya. Bila share duit allowance dari MARA dgn adik2, bermakna Mumi perlu berdikit dlm berbelanja. Mumi makan sehari sekali je pun ketika study di U dulu. Most of d'times beli nasi sebungkus, put aside half utk mlm. Dan most of d'days, lauk yg Mumi ambil adalah lauk yg sama je hari2 coz it's d'only affordable lauk hu hu.
Lagipun Mumi bukan cerewet makan. Janji ada nasi & telur @ sayur, sampai hari ni itu je pun lauk Mumi. Kalau masak ikan2 besar Pa pancing @ ayam tu, Mumi akan tgk je la depa ni melantak makan. Semua tu tak tangkap selera Mumi pun. Melainkan kalau ada budu & petai, Mumi boleh tambah sampai 4 pinggan.
Tapi, dlm pd berdikit beli nasi, Mumi tetap ada
allocation utk coklat. Mumi dulu hantu coklat! Sentiasa ada bekal coklat. Selalu
roomate marah sbb Mumi makan coklat sambil
study lepas tu terus tido tanpa gosok gigi. Lagi satu
roomate Mumi sgt jaga bentuk badan dia & dia tak moh Mumi gemuk. Dia larang Mumi mkn coklat mlm2. Tapi dia tak tahu Mumi mkn coklat dlm selimut :-)
Dan Allah pun selalu syg Mumi. Dpt kawan2 yg baik2. Tiap kali pun akan ada kawan yg ketuk pintu & ajak turun bilik mereka. Kdg depa angkut mknn berkampung dlm bilik Mumi. Sampai roomate Mumi pun dah faham sgt.
Balik outing depa beli mcm2 tak pernah lupa panggil Mumi mkn bsm. Kawan2 yg rumah mereka dekat @ setiap minggu balik rumah, bila balik kampus semula mesti bawa bekalan. Mesti panggil Mumi makan juga. Mumi... balik tiap kali cuti sem je. Nnt Ibu akan bekalkan sebalang besar sambal ikan bilis kering, tapi Mumi kena bahagi dua. Sbb satu bhgn bila kawan2 Mumi ngadap, sat2 tu habis huhu. Satu bhgn lagi Mumi berdikit buat lauk throughout d'semester :-)
Pnh sekali Mumi tak balik sbb masa tu tak ada duit ke @ Mumi sbrnya kumpul duit utk some reason. Tak sampai hati pula minta duit dgn Abah, maka Mumi spent raya haji di kampus. Mujur ada kawan pun kebetulan tak balik KL, dia paksa join beraya rumah nenek dia di Kedah tu. Adeh...
Kdg, kami yg duduk di 'penthouse' TNB tu... akan tongtong msk nasi & goreng ikan kekecik. Kemudian mkn dgn budu. Mumi rasa itulah permulaannya yg Mumi gila dgn budu. Menyelerakan! Satu lagi dulu Mumi suka beli lobak asin. Bila nak makan je, Mumi celur sikit jadikan lauk tambahan, actually as ulam :-) Ntah apa2...
Bila Mumi mula kerja, abah dah sakit. Dgn gaji permulaan yg kecil, Mumi ambil alih tanggungjawab ketua keluarga. Sekolahkan adik2 hingga tamat pengajian & adakan sgl keperluan hidup keluarga. Mumi berdikit dlm berbelanja utk diri sendiri. Setiap bulan, semua gaji serah pd Ibu. Walaupun dh besar pjg mcm tu, urusan diri Mumi ttp Ibu yg urus. Apa Mumi pakai dlm & luar semua Ibu yg belikan. Mumi tau pakai je. Kalau bab dapur hingga hias rumah, semua kerja angah. Mumi tahu pi kerja cari duit je.
Hingga hari ni, Pa yg ambil alih tugas abah & ibu. Pa yg lebih tahu apa yg sesuai Mumi pakai. Tapi adakalanya citarasa Pa tak masuk dgn Mumi, akhirnya Mumi tak pakai pun. Kereta, Mumi tahu bawa je, minyak n segala hal Pa urus. Mumi tau msk je, sgl kat dapur Pa ensure ada. Kdg apa yg tak de, Mumi diam je sampai kena marah dgn Pa. Sbb Mumi rasa guna je apa yg msh ada. Bil rumah semua Pa yg settlekan. Mumi tahu pi balik keje & buat benda yg Mumi suka je. Byknya nikmat Allah. Kak Anis pernah kata Mumi ni mcm mak dia. Semua ayah dia yg urus. Bila ayah dia meninggal dunia, maknya jadi so alone. Sedihnya. Tapi, sbnrnya Mumi tahu diri Mumi. InsyaAllah Mumi boleh je berdikari, cuma bila ada org yg kita sayang tu, biarlah mereka enjoy doing their part :-)
Allah mmg syg Mumi. Bosses adored my skills, willingness, hardwork & trustworth. Mumi cepat naik gaji. Alhamdulillah. Dpt beli 1st car utk abah, then tukar beli kereta baru. Dpt simpankan duit utk tabung haji Abah Ibu. Dpt bantu angah selesaikan studynya. Dua adik kami selesai pengajian peringkat tinggi mereka. Dpt renovate rumah bagi selesa seadanya. Byknya nikmat Allah.
Sbb, mmg niat Mumi nak bantu keluarga. Apa yg mereka tak pernah ada @ rasa Mumi nak adakan utk mereka. Mumi ingat lagi, satu hari masa pergi kedai, Dik Us (arwah) nampak toys. Lori. Dia nak. Tapi abah kata tak cukup duit. Msh tak lupa expression wajah dia. Mumi kata dlm hati satu hari nnt nak belikan dia mcm2 yg dia nak. Tapi bila masa Mumi dah kerja dia pun dah besar, takkan dia nak main toys lagi kot. Apparently, his ambition was beyond that...
Itulah yg dia tuju. Mahu cari kesenangan di dunia, mgkn tak mahu lagi hidup seadanya. Dia dpt apa yg dia cari & usahakan. Dan dia sgt sygkan apa yg dia punya. Kami... lihat dari jauh saja. Lumrah dunia... tapi kami redha & ikhlaskan. Yg penting dia tak pernah lupa Ibu dia. Yg penting juga, Mumi dah lunaskan tggjwb Mumi bantu abah ibu besarkan dia & tggjwb terakhir uruskan & iringi dia ke pusaranya sedang apa yg dia lebih sayang tidak bersamanya waktu itu. Yg penting juga jika ditanya di akhirat, di akhirnya juga telah Mumi usahakan utk kembalikan apa yg pernah pudar & sirna. Apakan daya... jika itu jwpn kpd doa Mumi agar dia keluar dari jln tak bercahaya, Mumi pulangkan saja semua urusan pd Allah. Dia lebih tahu.
Sampai hari ni, Mumi elak topik itu. Walaupun ada org2 @ officemate yg cuba bgtau, tapi Mumi buat bodoh je. Apa yg sdg berlaku, tak ada urusan & kaitan dgn Mumi. For our side, a chapter is closed. Apa yg mereka nak buat Mumi anggap itu mereka punye bisnes marketing saja lebihnya. Sorry, Mumi tak pernah ada interest dgn keempunyaan & urusan org lain. Biar lah org nak anggap apapun, Mumi just doesn't want anymore trouble & pain.
|
Telemovie Mak Tak Bagi Balik @ script by Mazelan Manan (sifu to my sifu) |
Mumi nangis sgt teruk lihat scene ni. Mumi rindu... rindu zaman kecil. Zaman adik2 masih perlukan Mumi. Zaman adik2 msh bergantung dgn Mumi. Bila masing2 sudah ada kehidupan & berjaya. Mumi happy. Mumi tau Mumi dah lakukan tggjwb Mumi sebaik daya. Tapi yg pedih, bila ada yg sdg diuji, tapi masih meninggi diri. Tiada ibubapa yg mahu anak-anaknya hancur. Dan tiada seorang kakak pun yg mahu adik2nya musnah...
|
...dan tinggallah kita berdua.. |
Satu rindu sudah dibawa ke liang lahad
Satu lagi rindu dibuang sepi tanpa ehsan
We're getting smaller...
Menumpang kasih pd yg masih sudi & ada
Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Tahu... Allah tak pernah tak sayang...
#maktakbagibalik
#hatilukaseorangkakaktua
#mumipergibilatidakdiperlukan
#doakankamudarijauh
#mumikenajagahatisendiri