Thursday, June 7, 2012

Room-mate

Manuskrip ke-3 saya, MDH selesai dengan rombakan kecil saat akhir. Sudah saya majukan kepada penerbit pada 30 Jun 2012 lalu sebelum berekspedisi ke Marang. Masih penerbit yang sama, kerana saya ini seorang yang setia hu hu!

Entah bila ia akan jadi versi cetak. Setahun? 2 tahun? Atau tidak? Terpulanglah. Semoga tiba waktu ia diizinkan terbit, saya masih mampu melihatnya dengan mata ini.

Waktu yang terluang hari ini saya cuba menyambung Maafkan Cintaku yang sudah separuh jalan pembikinannya. Papa Nasir soal "Kata tak mahu letak perkataan cinta kat tajuk manuskrip?" Memanglah... nanti saya tukar la. Dah dapat pun tajuk baru on the way balik dari T'ganu.

Sukar untuk proceed MC kerana Pedu sudah tiada. Papa suruh tukar destinasi lain. Tapi hati masih belum rela. Sebab itu saya buka album-album lama. Kenangan boleh jadi momentum yang baik. Melihat gambar-gambar lama, kembali terpandang wajah-wajah teman sama sekolah, sama kuliah, sama hostel, sama bilik, sama segala. Ada yang masih berhubungan via FB, email, telefon. Thank's to the technology yang mengutuhkan ukhwah insan. 

Sekeping gambar ini mencuri tatapan. Terasa rindu kepadanya. Lama rasanya tidak bersua. Kerana gambar ini, pertama kalinya saya belajar menggunakan scanner milik Papa itu hu hu...


Ini roomate saya sewaktu di UUM. Orang Perlis, ayu dan lemah lembut. We share a lot in commons. We are Ros Yati n Rozarismar. We've been called Rossen and Roza, shared Rys n Ris as our initial. Kami lahir dalam tahun dan bulan April yang sama cuma dia few days older than me. Kami selalu tukar-tukar baju kalau nak outing atau dating (dating ni dia je lah hu hu). 

Bezanya saya ambil Accounts dan dia ambil Business. Dia suka mekap especially lipstik warna ala-ala coklat tapi saya pula paling tak suka colour muka. Dia suka diet dan saya suka makan. Dialah orang yang selalu nagging saya tiap malam kerana tak benarkan saya makan coklat sorok-sorok dalam selimut dan gesa saya supaya gosok gigi sebelum tidur (yang ini saya kurang ingat roomate yang mana satu hu hu, ke si Mai?). Bila saya merajuk dan marah, dia selalu cool. Kerana perbezaan dan persamaan itu kami serasi bersama. 

Years back, saya mendapat SMS daripadanya...

"Mate... Fandi dah tak ada..." kami bahasakan diri masing-masing as mate (singkatan roomate).

Jantung saya sejujurnya berhenti. Fandi adalah kekasih dan bapa kepada anak-anaknya. Tapi saya cuba bersangka baik. "Hu hu.. pi mana pulak? Outstation ka? Sat-sat nanti baliklah... hish, tinggal sat pun dah teriak aih!"

"Fandi dah tinggalkan orang... Fandi dah meninggal tadi..."

Lama jari saya terhenti pada handphone. Sungguhkah ini? Saya tenung suami saya ketika itu. Meletakkan diri saya di tempatnya. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. 

Sejak itu kami lebih kerap berhubung tru phone. I knew she need a shoulder to cry on. Kita wanita... kita ada hati yang sangat fragile. Ditinggalkan orang tercinta di dunia fana, aduhai... Saya beri dia kata-kata penguat semangat walaupun sebenarnya sendiri sangsi kalau saya mampu jadi kuat if I were in her shoes.

Tabahlah mate... hanya doa mampu saya kirim semoga awak kuat melalui kehidupan membesarkan anak-anak. Pertemuan kami selepas itu ketika dia turun ke Shah Alam dan ketika saya ke Pulau Pinang dengan keluarga untuk sesi pertama Seandainya bersama pembaca. Dia masih room-mate yang saya kenali. Kami tetap senyum ketawa meski dalam hati hanya Tuhan yang mengetahui...

Mate, dia sentiasa bersama kita, dalam hati dan sanubari... meski zahirnya jasad tidak hadir bersama.

Err... mate... aci tak kalau orang tulis cerita awak?  Mate... I miss you! Hopefully you are doing well, and very well...

"There are many types of ships. There are wooden ships, plastic ships and metal ships. But the best and most important types of ships are FRIENDSHIPS."
- OLD IRISH QUOTE -

because...

"The only unsinkable ship is FRIENDSHIP." 

1 comment:

  1. saya pun ada kawan mcm ni...
    nama saya.. nurfazila bt mohd jalis bin mad amin, nama kawan saya norfazlin bt mohd yusof bin md aman.. birthday saya 28.07.1983 dan kawan saya 8.7.1983. kami berkawan sampai skrg!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS