Dah Julai. Fasa kedua tahun 2020.
Mumi baru sempat jumpa FRAN hari ni. Apalah yg Mumi busy with sgt pun tak tahulah.
Hari ni, Pa terpilih menunaikan solat Jumaat pertamanya sejak PKP was launched on 18/03/2020. Awal minggu Pa kata, kalau tak dpt tempat di Klang hari ni, dia nak lari ke Putrajaya.
Sebak pula hati tgk pic ni. Ya, tahu... dia sgt rindu. Ramai yg hakikatnya merindui Solat Jumaat & pelbagai lagi rutin yg tersekat krn usaha pembendungan C-19. Bak kata kawan office, dpt izin/jemputan solat Jumaat tu rasa mcm dpt jemputan pergi syurga! Haish... begitu berharganya erti sebuah 'kebebasan'.
Mumi ada byk nak simpan dlm diari. Ist nak simpan, tentang Baby yg dah selamat jadi Abang Baby pd 15 Jun 2020 lalu @ Klinik Ajwa, S7 Shah Alam. Pheww... selesai. Mumi dah tak de anak kecik lagi. Semua dah bujang!
Baby berkhatan style biasa, laser. Tak clamp. Dia sendiri yg offer diri. Biasanya Bbg Ddk berkhatan masa cuti sekolah hujung tahun sebelum masuk Tahun 1. Tapi bila musim PKP yg tak berapa boleh agak kesudahannya hari tu, PaMi decided to get it done awal je. Cuma agak sedih kita tak dapat buat kenduri untuk raikan Baby like what we did during Babang & Didik's time. Tak apalah... insyaAllah ada rezeki lain di lain masa.
Dlm suasana C-19, klinik pun agak lengang & aman. Ini moment awal. Baby nampak okay je. Walaupun sesekali nampak raut cuaknya tu. Tak boleh u-turn dah ye baby. Atok Jamalinya excited ikut sekali pi klinik.
Keluar dari OT, he was smiling. Alhamdulillah. Siap cakap, tak sakitpun, rasa geli-geli je. Atok kasi duit sunat sbb nak jadi org pertama. Tapi sbnrnya Nek Non dah jadi org pertama bagi duit sunat kat Baby masa balik kg pertama kalinya tu :-)
B : Mi! Baby sakit sgt ni!
M: Tahan sikit ye, nnt sampai rumah kita rehat.
B: Sakit... kenapa kena sunat?
M: Allah yg suruh (tak boleh fikir alasan lain dah)
B : Sakitnya... Baby tak nak sunat...
M : Dah terlambat dah... baby dah sunat dah pon...
Saat-saat yg 'bahagia' utk Abang Baby. Ala... sekejap je kan baby?
Pic taken by his Abah Zaem during their ad hoc visit. Happy sgt dia main sana sini.
Tapi lepas tu dia tanya perlahan 'Mi, bila diorang ni nak balik?'
Bila ditanya knp, jwbnya 'Baby nak buka kain ni...'
Ada kawan kata anak depa hari ke-3 dah pakai seluar. Anak2ku...idaklah... ntah apa yg diorang seriaukan. Baby pakai seluar perfectly pada hari ke-12. Huhu...
Dan Nenek Enonnya susah hati bila dikhabarkan Baby refused to bangun dr tilam. Maka sampailah Neknonnya pd 22 June tu :-)
Baby...
Baby dah besar tau....
Kena jaga solat... jaga akhlak, jaga diri.. jaga peribadi.
PaMi, Babang Didik dan semua orang pun sayang baby..
sampai syurga!
Baru notice Mumi tak ada diari ttg Didik masuk jawi. Ya, Didik berkhatan tahun 2015. Tahun yg perit utk kita... especially utk Pa-Mi. Nanti Mumi cari semula gambar Didik berkhatan, Mumi simpan kan dlm FRAN ye.. maafkan Mumi tau Dik. I love you juga sampai syurga.
Semoga Allah selalu pelihara kita sekeluarga dan kita semua.
Walk to remember
#pa's1stfridayprayduringc19season
#abangbabyberkhatan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.