Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas untuk meniti hari-hari awal di tahun baru 2021. Masih dipinjamkan segala kurniaan dan kasih sayang untuk melewati halaman-halaman baru kehidupan.
2020, dah berlalu pergi. Ada banyak cerita di dalamnya. Ada banyak kisah sedih, pedih, air mata di dalamnya. Tapi, bersamanya juga ada banyak rahmat Allah. Ada banyak kasih sayang Allah. Mumi mahu berusaha tanggap yang baik2 je... ambil yang baik2 saja...
2021, 3 hari dah hari ni. Sudah mukasurat ketiga kehidupan dalam tahun ini yang kita coretkan kisah hidup.
Benar, kehidupan dan ujian setiap manusia tu tak sama. Benar juga, mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul. Tapi... itu bahagian kita masing2. Yang berbeza cuma bahagian, tapi Allah berikan ikut kemampuan setiap dari kita yang pastinya berbeza. Dan yang pentingnya, bagaimana penerimaan dan tindak balas kita terhadap bahagian kita yang ditakdirkan-Nya.
Hari ni Mumi akan mula revise 2 draft proposals Mumi untuk try RTM. Coach dah share Need Statement RTM utk keperluan content TV 2022. Mumi cuma mahu try... cari ilmu dan pengalaman. Keberhasilan dan kemenjadian tu, atas izin Allah.
Sebelum Mumi lost in my world, Mumi nak simpan sini rakaman kehidupan untuk mukasurat awal kehidupan tahun baru... :-)
Page 1/365 @ 1 Januari 2021
Mumi mmg selalu rindu Tanah Suci & moments yang pernah ada di sana. End of 2020, teringin nak makan Nasi Arab padahal Mumi tak berapa makan nasi lain selain nasi putih. Pa orderkan #nasiarabmandy dari sepupunya #daporbaba @ www.wassap.my/60193613067. Maka on new year @ Jumaat yang barokah, Nasi Mandy pun sampai di rumah.
Walaupun tentu lain feelnya makan di Tanah Suci, tapi alhamdulillah anak2 happy dan kenyang. Mumi kata, nanti kita kumpul duit... kita pergi Tanah Suci sama2 lepas ni. Kita buat umrah sama-sama dan makan nasi Arab di Tanah Arab pula :-) InsyaAllah... aaamiiin...
New Year, Mumi gantung kuali. Malamnya, anak-anak took over the kitchen. PaMi belikan bebahan je, Kakak-Babang-Didik berganding bahu siapkan homemade-burger. Dan baby, dia seorang saja pun dah makan 2 ketul burger. Adeh... kuat makan sungguh baby sekarang ni.
Page 2/365 @ 2 Januari 2021
Sabtu, Pa insisted nak pergi fishing but Mumi made him stay at home. Next week onwards, PVC Ceiling works nya dah mulai busy semula. Please have enough rest ya Pa...
So, kami selesaikan kerja-kerja di rumah je. Pa seperti biasa akan layan baby bonsai kelapanya. Nampak serius Pa dgn hobi barunya ni sbb siap dah beli T'Shirt Akademi Bonsai Kelapa lagi. Adeh...
Mumi pula selesaikan tanam pokok telang pemberian Bik Mah tu ke tanah. Dah, senang hati Mumi. Kalau ada rezeki pokok tu besar dan berbunga nanti, bolehlah Mumi masak nasi kerabu :-)
Dan seperti biasa, hanya Baby yg interested dgn kerja2 di OMG. Sampai memanjat tembok dia nak ambil keratan sbb nak replant RJ. Pa & Didik pula sangkutkan pasu2 di atas tembok luar. Mahu tak mahu Mumi pun kenalah isi tanah dan replant RJ dalamnya. Nanti kalau dah cantik berbunga waktu panas mentari bersinar nanti Mumi simpan gambar. Sekarang ni musim hujan dan cuaca redup hingga sejuk teramat.
Kakak & Babang pula Mumi kerah pasangkan glass wallpaper utk tingkap dapur. Sebabnya... Mumi malas nak pasang langsir kat situ hu hu. Bab2 pasang langsir dalam rumah ni, Mumi mmg dari dulu tak berapa gemar. Mumi rasa semak pulak. Petang, Mumi & kids varniskan rak bunga pula. Begitulah cara we spend our new year. Sbb tak de keperluan & x de hati untuk berada di luar apatah lagi ketika kes baharu C19 sgt meningkat ribu2 kes ni. Kita usaha jaga diri, sbb azam Mumi tahun ni 'tak moh susahkan orang'. So dgn tagline tak mau susahkan orang tu, banyak perkara baik kita boleh latih diri kita untuk ikut dan patuh.
PKPP seluruh negara extends hingga 31 Mac 2021 kecuali Selangor, KL dan Sabah. Selangor masih on PKPB hingga 14 Januari 2021. Sekolah pula, setakat ni masih dikatakan akan mengikut takwim yang dah dikeluarkan sebelum ni. So, minggu depan akan start beli uniform sekolah Baby dan lain2 keperluan Babang & Didik.
Kat luar mendung dan hujan. Cuaca sangat sejuk. Rumah tak on kipas. Aircond pun dah lama direhatkan. Teringat pada saudara2 kita di Syria, struggle dengan keterbatasan kehidupan dalam musim sejuk. Semoga Allah melindungi kita dan mereka. Mumi pun agak kerap dgn inhaler. Agak short breath sbb tak tahan sejuk.
Page 3/365 - Ya Allah, sejuk sangat cuaca hari ni. Boys yang jenis tak pakai baju walau tidur dalam aircond pun hari ni berbaju tebal. Mumi lagilah... kaki dan tangan dan rasa nak beku.
Okay, Mumi zuhur dulu ya...
Doakan Mumi berjaya rework on proposals sebelum masuk online discussion GM malam esok dgn kawan2 & coach SSAG.
Take care dear all...
#needstatementRTM
#PKPBextendstill14012021
#nasiarabmandy
#homemadeburgerbykids
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.