Wednesday, January 27, 2021

Hatiku di Haramain : GPS Cinta Kita @ 27 Januari

Ketika tulis tentang Kaabah & Jabal Rahmah di dlm GPS Cinta, Mumi bayangkan ia dari apa yg pernah dibaca. Dan 'peraturan'nya Mumi confirmkan dgn MIL.

5 tahun slps GPS Cinta lahir, Allah izinkan PaMi, berdua realisasikan hasrat yg berbelas tahun nak jejak Haramain sebagai tanda syukur disatukan. Waktu baca semula pages ttg Kaabah & Jabal Rahmah di dlm GPS Cinta bila ia dah dicetak, pernah terdetik hati nak bawa naik naskhah ini ke puncak Jabal Rahmah jika ada izin Tuhan ke sana.

Alhamdulillah, Allah izin ke sana. Cuma terlupa utk bawa naskhah GPS Cinta bersama. Mumi minta maaf ya GPS Cinta. Atau sbnrnya Mumi lebih suka tajuk asalnya 'Kerana Taufiq Vs Hidayah' :-)

Walau tak berpeluang dukung GPSC naik ke Jabal Rahmah, Mumi letak dia bersama kat sini dlm FRAN ya... memori Mumi selamanya.


Tiap kali sempurna tawaf, PaMi akan usaha utk dpt tempat solat & berdoa di sini. Berdepan dgn Multazam, Maqam Ibrahim & Hijr Ismail. Tak tahu bagaimana nak ucap dgn kata2 tentang perasaan bila duduk di situ renung kebesaran Allah yg satu ini. 

Hati rasa sebak sgt. Airmata turun tak henti. Fitrahnya keadaan insan yg byk dosa, rasa takut bila terkenang balasan & hukuman Allah. Lebih takut & hiba krn dlm keadaan yg berdosa ini, Allah yg Maha Pengasih & Penyayang masih sudi terima sebagai tetamu-Nya.

Satu momen yg akan Mumi bawa hingga hujung nyawa. Usai solat sunat di sini, rasanya di sudut yg sama dari mana Mumi ambil foto ini, kami saling pandang & menangis. Bila Mumi pegang tangannya (berlapik) utk ucap terima kasih & mohon ampun utk kesekian kali lagi & lagi... with his teary eyes, he whispered...

"Jangan tinggalkan abang sendirian lagi. Be with me... sentiasa ada dengan abang..."

Ayat tu mcm ayat buku hu hu. Tapi hanya Allah & kami berdua je yg mampu mengerti apa tersirat dlm maksudnya. Ujian & dugaan itu Allah beri memang ada tujuannya. Moga kita mampu ambil yg baik2 saja darinya.

Mumi selalu mohon Allah izinkan Mumi jadi sandaran Pa & harap Pa akan sentiasa kuat untuk terus jadi bahu tempat Mumi sandarkan keletihan jiwa. Kerana laluan kita selalunya tak pernah mudah walaupun taklah begitu payah.


Mumi yakin tak ada seorang pun yg diikat dgn akad pernikahan itu nak lalui kehidupan pahit & pedih dlm kehidupan berumahtangga hingga berpisah. Tapi, adakalanya ujian yg Allah beri itu tak terduga & terjangkau oleh kita. Kita manusia yg sgt biasa.

Kadang memang sgt berat. Kadang sgt melukakan. Hanya mampu memaafkan (mungkin dlm keterpaksaan) tapi entahkan dpt melupakan. Tapi yg berat & melukakan itulah yg mungkin jadi penyelamat akhir kehidupan kita di dunia demi akhirat. Redha, tak redha. Tahan tak tahan je lah. Wallahualam...



Apa yg termampu Mumi usahakan, hanya jadi diri sendiri, jaga iman & jaga hati. 

Apa yg selalu Mumi bisik pd Allah, andai Mumi adalah yg baik utk agama, dunia & akhirat Pa, maka izinkanlah kita terus bersama. Begitu juga jika Pa memang yg baik untuk agama, dunia & akhirat Mumi, moga awak jugalah orangnya yg akan cari Mumi serta anak-anak kita & pimpin kami ke syurga.

Moga jua, GPS Cinta kita sentiasa dipandu Allah agar selalu di atas redha & restu-Nya. Takdir Allah itu, rahsia-Nya. Apapun yg mendatang, apapun yg ada di jalan hadapan, moga yg baik-baik juga hikmahnya buat setiap kita. Aaamiin...

Sometimes Mumi wonder how you put  up with me... but then I remember that I put up a lot with you too Pa, so I guess that makes us even.

Happy 15th anniversary NASHRYS.... Alhamdulilah.

latest memory Mumi jot down di hari Jumaat yg mulia, 29012021...

Lewat petang 27012021, Syuhada (jiran lama @ TPR3 / UKZ23) & Ucop (partner PVC Ceiling job Pa) dtg hantar kek. Memula rasa pelik. Then baru teringat. Tq Syu & husband... bantu konspirasi Pa :-)

Tq Pa... it's lovely. Mumi appreciates. Tapi, bukan kek @ material yg Mumi nak sgt pun... cuma harap Pa sentiasa ada dlm susah senang, terima & tolerate dgn Mumi seadanya Mumi... jujur & ikhlas, sama2 selesaikan tanggungjawab & amanah kita di dunia demi akhirat kita bersama...

Tq for the You're My Everything song sung for our day... 
(Pa dah lama tak karaoke... rindula nak nyanyi la tu... :-)


#gpscinta
#jabalrahmah
#jodohiturahsiaAllah
#taufiqdanhidayah
#happy15thanniversary

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS