All these while, selalu ignore kes2 maut penderaan anak2 kecil oleh keluarga & ibubapa. Buat buta pekak tuli. Takut jantung Mumi berhenti berdegup. Apa pula jadi dgn anak-anak sendiri. Pun, takut tambah dosa. Nanti terkeluar segala butir perkataan yang tak sepatutnya. Fitnah & dosa mencela.
Tapi… yang ini entah bagaimana tertengok. Cuba tahan juga asalnya sejak Jumaat tu. Buat bodoh, scroll up scroll down. Tapi Allah jugalah yang mendorong & membolak balikkan hati. Jumaat malam, terbaca sedikit. Kesannya airmata tak boleh berhenti. Sehingga ke Subuh tak mampu lelapkan mata. Mungkin apa yg diviral & diperkatakan di media sosial tu bukan kebenaran mutlak. Nafikan pun, airmata tetap tak moh berhenti. Nafikan pun, mata tetap tak pejam. Nafikan pun, hati tetap luluh remuk redam.
Sampai skrg tetap tak tergamak lihat video perpisahan Amir dgn keluarga angkatnya. Mumi elak lihat gambar2nya. Satu gambar dia menung di jendela tu pun Mumi rasa sampai hujung nyawa Mumi akan tetap wujud di ruang mata. Kalaulah… Ya Allah…
Mumi yang tak kenal, tak tahu menahu… hidup sengsara dua hari ni. Bagaimanalah pula kesengsaraan keluarga angkatnya. Terutama Ummi yg menatang sejak bayi, 2 bulan umurnya hingga 6 tahun. Haish…
Amir anak Ummi…
This life story is so close to me. Namanya ada initial Amir. Nama anak2 Mumi pun dgn initial Amir. Anak Ummi… ya, Mumi mmg dipanggil Ummi oleh anak2. Cuma Mumi tukar panggilan tersebut sebagai Mumi dlm diari atau status penulisan. Rawang, tempat tinggal Ummi Amir sekeluarga, juga tempat Amir membesar melihat dunia… adalah juga tempat Mumi. Dan orang-orang tersayang Mumi ada disemadikan di Rawang. Abah & Dik Us...
Dan ketika melihat kereta Avanza yg Ummi sekeluarga naik saat selesai mengiringi perjalanan akhir Amir, Mumi terbayang Avanza kami yg sedang parkir di luar pagar rumah. Amir disemadikan di Jasin, juga pernah jadi tempat Mumi menimba ilmu dulu. Everything is so close…
Awalnya Mumi marah sangat, benci sangat pd yg disyaki melakukannya. Tapi rasa marah & benci tu buat Mumi lagi sengsara. Sudahnya pagi tadi Mumi cari apa yg ditulis oleh Asiah Abd Jalil (AAJ) dlm FBnya ttg isu ini. Selalu mmg begitu, Mumi selalu refer ulasan peguam ini utk sebarang isu yg berlaku. I don’t know why… tapi dari dulu Mumi selalu akan baca ulasan AAJ compared to opinion & views of others.

Bila dah baca, baru airmata Mumi berhenti pelan2. Baru hati Mumi lapang pelan2. Betullah tu kata AAJ… ye lah… Mumi berlapang dada. Tak mengapa, yg mengkhianati sebuah keinsanan apatah lagi tanggungjawab & amanahnya, akan tidak pernah mampu lari dari hukuman & pembalasan di dunia & akhirat. That, I have faith...
Lagipun, Alhamdulillah… dah selamat berangkat anak kesayangan hampir seluruh masyarakat di Malaysia ini… anak Ummi…. anak Mumi…
Tiap kali pandang my 3 Amir, especially baby yang sebaya dengannya… airmata bergenang juga. Terkenang alangkah ruginya ibubapanya mempersia-siakan dia. Tahu ini takdir Allah. Tahu dah sampai janji usianya. Tapi… Mumi bukan angel. Mumi manusia biasa yg banyak dosa, kelemahan, kekurangan. Hati Mumi sgt fragile, iman Mumi sgt nipis, lebih nipis kot dari kulit bawang.
Tetap terkilan… dia tak sempat rasai alam persekolahan seperti baby & kawan2 lain. Tak apa Amir... ilmu utk kekal bahagia di akhirat itu sudah kau miliki, sayang. Tak sempat rasai kebahagiaan & lalui cabaran kehidupan di alam dewasa. Tak apa juga Amir... dunia ini mmg sementara, banyak pancarobanya, Mumi sendiri bimbang bagaimana kami yg hidup ini dapat melepasinya tanpa kehilangan rahmat & kasih sayang Allah. Tak sempat merasai lebih lagi kasih sayang Ummi seluruh keluarga, apatah lagi belum sempat rasanya utk menyesuaikan jiwa dalam keluarga kandungnya. Tak apa... dari alam rahimmu sudah kau diberitakan tentang itu dan kau tetap rela melaluinya. Wallahualam.
Hak yang dinafikan… tak mengapalah anakku Amir…
Sesingkat usiamu di dunia, kau sudah menikmati bahagia itu dalam dakapan Ummi yang mengasihimu sepenuh jiwa raga. Anggaplah sedikit saja kau bertahan semampu kudrat kecilmu dlm tempoh ujianmu di dunia bersama waris yg ‘berhak’. Dan kini, selamat sudah perjalanan terakhirmu kembali ke dalam dakapan Pencipta, kekasihmu yg awal & akhir. Yang lebih mencintai kamu, anakku Amir.
Kamu melihat... kamu merasakan… insyaAllah kamu mengetahui. Doakan kesejahteraan keluarga Ummimu, doakan mereka kuat lalui baki kehidupan tanpa kamu. Dan moga juga seluruh warismu, beroleh hikmah dan hidayah andai benar mereka khilaf.
Mumi ajar hati untuk tidak judge. Tahu setiap insan ada takdir dan bahagian cerita serta ujian masing-masing. Mumi seperti yg lain, hanya orang luar yang masih dipinjamkan Allah sedikit nilai insan dan hati yang belas. Alhamdulillah, moga Amir lihat dan rasakan hati kami yang menangis mengiringi kamu...
Beruntunglah kamu anakku Amir, lepas & bebas ke taman syurga yg kami masih idam. Terlepas & bebas dari ujian akhir zaman & fitnah dajjal yang kami semua sangat takutkan & berdoa agar dipelihara dalam lindungan.
Amir Qusyairi…
Mumi akan selalu bisik pada anak2 Mumi yang ada ini… Amir Sofi, Amir Zafri dan Amir Hazmi…. untuk bawa mimpi, harapan & keinginan kamu yang tak tercapai di dunia. Mumi akan cuba realisasikan untuk kamu… insyaAllah.
Amir Qusyairi…
Kamu juga anak Mumi…
Bersemadilah kamu dengan tenang…
Dan kekal abadilah di taman syurga menunggu orang2 yang akan kau nantikan kehadirannya untuk kau sambut tangan mereka ke pintu Firdausi…
Untuk seorang Ummi Norlida, terima kasih dari seorang Mumi ini yang bukan siapa2 kerana telah memberikan kebahagiaan selama usia yang dikurniakan Tuhan buat anakku jua, Amir Qusyairi… kuatlah & berlapang dadalah melepaskan dia pergi.

Diari ini untuk pedoman kehidupan Mumi... untuk melegakan perasaan Mumi yang sengsara beberapa hari ni... agar airmata Mumi ni dapat berhenti. Dan Mumi harap dapat melupakan trauma ini juga...
Mumi hanya mampu kirimkan doa & Al-Fatihah dari jauh untuk allahyarham Amir Qusyairi. Moga2 ada sedikit waktu di akhirat nanti Mumi dapat bertemu kamu juga sebagai hamba Allah dengan hamba Allahnya yang lain...
#amir
#amirqusyairi
#amiranakummi
#selamatberangkatamirkusayang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.