Friday, March 19, 2021

Pitching RTM (2022) : Telemovie

Tuesday, 16th March petang...  coach SSAG hantar text panggilan pitching ni. Terkedu Mumi sekejap. Sebab tarikh pitching tu Khamis, 18 March 2021. Dekat sgt... nak prepare apa & mcm mana dgn kerja yg heavy dan uruskan anak2 bersekolah. Pengsan la Mumi....

Coach kata, mmg tahun ni semua diberi short notice. In fact, ada perubahan method juga. Kalau previous years, every title registered akan dapat tarikh pitching. That's the reason why coach encourage kami submit proposal to gain pitching experience .

Tapi tahun ni katanya, mungkin atas faktor SOP pandemic juga... RTM dah siap2 saring proposal. Filtered, then only called for pitching. Maka, Mumi terkedu juga bila HSK ni lepas saringan awal. Means, tanggungjawab tu lebih besar. Pergi pitching bukan sekadar utk dapatkan pengalaman & ilmu, tapi pun dengan 'harapan' to be selected.


Udahlah sejak Baby & Didik dah bersekolah fizikal ni, Mumi keletihan yg amat. Malam je Mumi lunyai awal. FRAN pun baru ni buka. Banyak diari pending nak simpan dalam FRAN. Nanti pelan2 Mumi usahakan...

Tried to study & practice... tapi tak boleh. Papa pun suka menyakat... time nak practice, time tu dia bawa si bobo bonsai kelapa tu utk tanya idea design :-)



Mumi harap coach boleh masuk bersama waktu pitching. Tapi tahun ni hanya seorang pembentang & seorang wakil penerbit saja boleh masuk sesi, plus coach sendiri berderet proposalsnya utk dia pitch juga. Maka Mumi kenalah kuatkan semangat & berdikari.

Dahlah 1st time jejak kaki ke Angkasapuri tu... dengan on time je sampai ke tempat pitching, rasa nak tercabut lutut dengan jantung Mumi. Mujur juga Ren, wakil producer ada sesi pitch lain & belum sampai ke tempat kami. Dapatlah Mumi rehatkan jantung yg laju tu sekejap. Phewww...

Dari atas, Mumi nampak Papa sabar je tunggu kat bawah. Thank you Pa... Mumi hargai dokongan & sokongan Pa... Terima kasih Allah pinjamkan Mumi seorang kawan, partner, boss, punching bag dan suami yg walaupun tidak sempurna tapi sudah memadai bagi Mumi seadanya dia.

Mumi pitch di Tingkat 4, Wisma TV. Mumi pasrah je sbb bila tahu limit masa 8 minit, Mumi blur. Nak cakap apa 8 minit? Mumi practice kat depan Pa, pitching senafas pun dah makan lebih 10 minit. 

Walaupun Mumi pernah buat lecture, buat presentation kerja... tapi yg ni lain perasaannya. Hu hu...

Alhamdulillah, Ren kata Mumi pitch okay je, walaupun Mumi tau semua yg Mumi practice jadi total berbeza dgn apa yg Mumi pitch. Awal2 pun Mumi dah nampak signal psiko panel, tapi Mumi tried to ignore. Yg penting, misi Mumi masa tu, Mumi mesti habiskan pitch sebaik mungkin dlm waktu yg diberikan. Tak moh kecewakan coach & producer.

Cuma belum sempat Mumi nak masuk ending, panel dah interupt walaupun bell penamat belum bunyi. Then bermulalah Q&A dan sesi psiko. Pheww... adalah few incidents yg buat Mumi berderau. Tapi pun betul juga panel tu kata... tak apalah Mumi ambil pelajaran darinya.

And... now I know how the pitching session goes on. Biasa dengar masa kelas, dan masa coach suh rehearse pitching dalam kelas, tapi be in the real pitching... okaylah Mumi mengerti dah. Hu hu...

Malamnya, hot topic script writers adalah #pitchingtingkat4 di RTM. Panel viral katanya... psiko. Bilik2 & level2 yg lain, okay je panelnya kata mereka. Tapi entah kenapa, Mumi tolerate. Sampai ke malam tu, Mumi tergelak bila teringat sesi psiko Mumi tu. Mumi boleh je terima cara panel tu, ada kebenaran juga apa yg dia kata. Mungkin sbb Mumi anggap ini 1st lesson Mumi kot... 

Makanya, berbekalkan naskhah proposal Hanya Seorang Khadeeja ni, Mumi dapat sampai ke tahap filtered by RTM dan pitch sekali. Alhamdulillah...

Apapun keputusannya, Mumi tawakal je. Mumi dah happy sgt2 dapat sampai ke tahap ni. Mumi appreciate tunjuk ajar coach SSAG dan juga SP. 

Sabar ya, Khadeeja... :-)


#pitchingrtm
#pitchingtingkat4
#hanyaseorangkhadeeja
#strangefilmsdnbhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS