Thursday, April 1, 2021

Feb met Mac

Since berhujan waktu ambil Didik & Baby dari sekolah last Friday (hujan sgt lebat di Shah Alam), Mumi akhirnya kalah juga. Maka, straight dari Monday - Wednesday Mumi bed rest sbb rasa nak demam, suara dah hilang, selsema & wheezing dah datang.

Boys pun begitu. Didik demam, selsema & batuk. Baby selsema & batuk. Babang selsema. Berjemaah anak-beranak bed rest :-)

Today, Mumi gagahkan juga masuk pejabat. Lama sgt tinggal office, nnt tugasan banyak pending. Kat rumah tak boleh nak focus sgt, sbb ada mcm2 benda je yg Mumi rasa nak urus di rumah tu :-) 

Since boys cuti sekolah, Mumi nak utilize lunch break simpan diary birthday budak 2 orang tu. Si Baby yg genap 7yo @ 13 Februari 2021 & Didik 12yo @ 28 Mac 2021. Dan sebenarnya juga... birthday arwah Abah pd 15 Mac juga pemergian Dik Us @ 26 Mac. Haish... 

Tak apalah... Mumi tak moh sesedih. Kita simpan dan kenang yang baik2, manis2...



Bbrp hari sblm tarikh, Baby kept asking about his birthday. Bila sampai waktu, dia tak aware. Persiapan kami hari Sabtu, 13/2/2021 tu bila dia tanya, kami jawab as TQ Party utk Atok Nenek. Sebabnya, tahun ini dia dah mula Darjah 1, means selesailah tugas babysitting Paman & Bik Mah. This time, his sisters siap pasangkan belon HAPPY BIRTHDAY kat dinding. Selalu kami koboi je pun. 

Bila sampai waktu nak celebrate, Bik Mah pun letak kek birthday Baby atas meja. Nek Imah sponsored. Baby masih tak perasan. Bila disuruh baca apa yg tertulis atas kek, he read it. Habis je baca, Baby terdiam. Tergamam kot. Bila semua orang gelak, Baby lari masuk bilik. Alahai... kalau sempat rakam reaksinya tu, mesti jadi sweet memory. Dia tak expect hari tu birthday dia. Menjadilah juga kiranya surprise kami utk Baby.

Dan kemudian bila Baby bawa keluar kek Pandan utk Atok Nenek, giliran Atok Nenek pula surpised & terharu. Kiranya Baby & Atok-Nenek, sama2 kena surprise :-)



Dan Didik, pun tanya tentang birthday nya. Tapi dia kata, 'Alah... Didik dah tau dah surprise-surprise tu...'

Hu hu... Didik dah lali dgn pattern birthday surprise kami. Didik kata dia tak moh kek. Dia request nak headphone macam Babang. Maka, Jumaat 26/3 tu waktu lunch break sementara tunggu sekolah petang, Mumi pun bawa Didik & Baby ke kedai gajet tu. Dia beli hadiah birthdaynya dengan duit tabung sendiri. Baby pun dapat juga tapi guna duit tabung sendiri la ye :-)

Tapi tak ada la sampai hati sangat PaMi nak kecualikan Didik. Kalau pun PaMi tak moh order kek, Nek Imah nya tetap akan buatkan. Sekali lagi, Atok Nek Imah sponsor kek birthday. Kebetulan pula tema biru sama dgn baju bebudak tu.

Kebetulan juga, family Aishah datang paginya utk ziarah Ibu. Petang pula Angah sekeluarga datang & bermalam di Klang. Sbb pepagi Isnin nak bawa Ibu balik ke Sepang selepas sebulan dipinjamkan dek Yaya kepada Baby :-)

Kita sambut ala kadar je la... janji bahagia tu kita syukuri sama-sama. Alhamdulillah...

Happy birthday my dear Baby & Didik.

PaMi sayang kamu sampai syurga.

PaMi sentiasa redha atas kamu sampai syurga.

PaMi berdoa kamu berdua juga Babang & kakak2 sentiasa jadi anak soleh solehah, dirahmati Allah sampai syurga Al-Jannah.


You are our greatest pride and joy
You are the sunshine in our soul
Our little angels, always & forever
Happy birthday dear sons.. Didik & Baby yang manja...

(from your chubby Mumi)


Walk to remember :

Mumi sentiasa akan senyum bila ingat moment tiba-tiba Baby datang & hug Mumi, said, "Kenapalah Baby sayang Mumi ni sangat-sangat?"

Sebab... kamu syurga Mumi, dan Mumi adalah syurga kamu! :-)


#birthday
#baby's7th
#didik's12th

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS