Friday, March 26, 2021

Pitching RTM (II) : Drama Bersiri Adaptasi

Untuk Need Statement RTM (Perolehan 2022) Mumi cuma sempat hantar 2 proposals je pd coach SSAG. Both are telemovies. HSK & SA. Yg berjaya lepas 1st saringan utk dpt panggilan pitching cuma HSK. I guess SA tak berjaya sbb pitching telemovie dah lepas. Baru2 ni pun dah masuk fasa pitching drama bersiri & adaptasi.

Mumi bersyukur HSK buka peluang Mumi utk pengalaman pitching. Walaupun pengalaman #pitchingtingkat4 tu agak scary, tapi apa yg panel tu katakan betul je. Tak apa... dah lepas. Mumi seronok je dgn pengalaman pertama Mumi tu. Lulus tak lulus, itu rezeki & izin Tuhan je. 

Next time, Mumi dah ada idea sikit how to improve my proposal :-)

Sunday, 21/3 sdg otw balik dari bawa kids & ibu jalan2 di Pantai Remis, coach texted me to represent her utk pitching proposal adaptasi on 24/3. Erk!? Udahlah Pa masuk site 23-24 tu... cane Mumi nak pi RTM? Drive sendiri, tidaklah Mumi sanggup menapak jejauh mendaki Angkasapuri tu. Belum sampai kot kang ambulan yg kena fecth Mumi ke hospital. Hu hu...

Tapi Mumi tetap nak pergi! My 2nd experience. Telemovie dah pitch. Now peluang pitch adaptasi pula. Coincidence novel ni Mumi yg suggest pd coach bila diminta. Last minute, adhocly... yg Mumi terfikir hanyalah rakan writer, si adik cantik yg dah berniqab, #eijakhadeeja.

Mumi & Eija Khadeeja kenal ketika sama2 attend kursus penulisan skrip bwh bimbingan En Zabidi Mohamed. Mumi's 1st ever scriptwriting class. Tapi masa tu tak tergerak hati langsung nak try & teruskan usaha tulis skrip tu. Now, dah tua-tua baru nak bertatih. Tapi tak apa... orang putih kata 'it's never too late to follow your dreams, and there's no time like the present to start'. :-)

Mumi minta Eija beri sinopsis & Mumi edit sikit. Bila nak buat proposal penuh utk Coach, tiba2 kami dpt berita kematian ayah saudara Pa (Che Haris) di Teluk Intan. Coach pula masa tu dah rushing nak balik Penang sbb announcement PKP2.0 yg sekat pergerakan rentas negeri dah dikeluarkan. Aiyo...

Maka Mumi cuma beri sinopsis & coach did the rest. Sian dia...


Bila kena pergi pitch cerita orang lain, Mumi nervous lain mcm. Tak sempat dah nak baca novelnya. Dgn urusan sekolah anak2 & 'stress' kat pejabat... Mumi blur. Alih2 Mumi minta tolong Eija send me her voice note. Tu dia! Eija pitch 32 minit full story nak kasi Mumi faham :-) And I have to compressed it into 10 minutes real pitching time. Tapi kenapa Mumi rasa masa Mumi dlm bilik pitching tu lebih lama dari 10 minit ek?

Dan Mumi pun dgn blur-blur, berbekalkan izin Tuhan, dgn doa penulis novelnya, dgn harapan coach, dgn blessing Pa & anak2, dgn doa & bantuan Bob - UiTM mate @ jiran yg 'Grab'kan Mumi ke RTM, sanggup tunggu & htr Mumi balik ke pejabat semula... maka Mumi pun pitch la dgn penuh tawakal tapi excited. :-)

Sebelum & selepas pitch, Mumi minta maaf dgn Eija, coach, even dgn En Fakri (wakil Producer) utk semua weakness Mumi. Che Fakri kata Mumi did my best dah kot & managed to answer all the questions from panels. Bak kata coach, jawab je... janji confident :-) Tapi Mumi dah study juga sikit2 sbgi bekal utk defend pitching MDS. 

Kali ni, Mumi dpt panel yg 'all-ladies'. Tak scary or psiko, cuma baaaaanyaaaak soalan. Tapi Mumi suka bila orang tanya. At least Mumi boleh keluarkan apa yg Mumi rasa nak sampaikan.

Dan Mumi juga jumpa Sifu kpd sifu-sifu Mumi iaitu Tuan Mazelan Manan. Mulanya Mumi segan, sbb MM scriptwriter tersohor. Mumi ni pulak menyibuk je hu hu... Tapi as to pay respect, nak balik tu Mumi sapa juga. Mumi terharu sbb MM sgt humble & fatherly. Ada nasihat2 & panduan juga dia beri pd Mumi selain berkirim salam pd Sifu Mumi, coach SSAG :-)

So, that was it. My 2nd pitching experience. :-) 

Mumi mcm ni je lah... slow motion je walaupun Mumi ni nampak kelam kabut mcm the Chipmunks. :-)

Hopefully tahun depan, ada lagi umur Mumi n peluang nak pitching di RTM lagi. InsyaAllah... Aaamiin...


Walk to remember :

26/03/2020 - 26/03/2021 Setahun Dia Pergi #24/1056
25/03/2021 @ 6.05pm Tok Chu (Pak Usu Hamdan) passed away @ HTAR
26/03/2021 Pak Usu sempurna dikebumikan


#missdivasemput
#eijakhadeeja
#pitchingdramaadaptasidirtm
#rtm
#tqayongurusboysbersekolah
#fridaymetime


2 comments:

  1. Mohon tanya, bilakan dan bagaimana hendak dapatkan senarai keperluan penerbitan (cadangan skrip) RTM akan datang? Adakah cadangan memajukan skrip ke Production House tertakluk kepada keperluan semasa atau terbuka sepanjang tahun?

    ReplyDelete
  2. Need Statement RTM boleh check di website RTM, biasanya awal atau hujung tahun... Untuk TV channel lain ada yg on demand, ada juga yg open. Boleh submit kepada Production House yg tuan/puan hubungi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS