His eldest shares the same date of birth with him. 13/8. Sweetnya anak sulung berkongsi tarikh lahir dengan Papanya. Sometimes Mumi bila terpandang Pa & kakak... terfikir... jika apa yg pernah terjadi dalam kehidupan mereka dulu tu tak terjadi, they might have their life tanpa Mumi seperti sekarang. Mungkin yg berada di sini bukan Mumi. Tapi... setiap yg berlaku adalah apa yang ditentukan dan dikehendaki oleh Allah.
I was there dulu, terima ketentuan Tuhan walaupun dihadirkan dengan alternatif yg lain. Entah mengapa walaupun ada yang cuba menghalang malah ada juga yg mengatakan laluan hidup Mumi tak akan mudah, tapi terdorong hati hanya untuk kehidupan yg sedang Mumi lalui sekarang. Mumi terima apa yg orang lain tidak perlukan dlm hidupnya. Dgn niat utk jadi pendokong semangat & pembina hidupnya, kerana Allah. Phewww... it's hard... indeed.
Benarlah... laluan kehidupan kami tak mudah. Pernah dalam jiwa bergenang airmata darah walaupun kononnya Mumi boleh jadi kuat macam Kenny Remy Martin nyanyi, '...ku petik bintang-bintang, biarpun banyak halangan, rela tempuhi segalanya, onak yang ku pijak bagai tak terasa...'
Tapi tahun2 kebelakangan ni, Mumi bersyukur sangat dengan kehidupan kami. Mungkin benar kot, time heals... dan kita hamba Allah ni, jika tak mampu nak buat semuanya sendiri, tak mampu membela diri disaat disalah-erti, disakiti & teraniaya, mengadu doa sajalah yang termampu oleh daya. Akan tiba saatnya Allah beri izin pada apa yang kita harap dan pinta...
....ku sedar sejak mula, tiada jalan yang mudah,
tapi ku yakin di dalam hati, akhirnya terkota jua sumpah dan janji...
Happy birthday Pa & Kakak...
semoga terus bahagia dan sejahtera dalam rahmat dan kasih sayang Allah,
bertambah iman dan taqwa dalam jiwa.
Sama-sama kita cari jalan ke syurga Allah...
Ampun ya, Mumi tak pandai nak buat majlis, nak plan surprises... ni je la yang mampu Mumi buat... :-)
Malamnya Abby datang bawa kek & makanan. Udahlah penuh meja & dapur kecil kami. Cepat2 Mumi agih2 & edar ke rumah jiran2 terdekat sblm malam meningkat waktu. Ampunlah... makanan bebanyak mcm tu takut tak termakan, berdosa je kalau membazir huhu.
Tq juga Kakak Najihah atas ingatan... order delivery Popis utk Pa & Ayong.
Mumi tahu Pa happy kalau anak2nya semua berkumpul mcm ni...
tapi tak boleh selalu2, kita masih dlm situasi berjaga2 dgn C-19 huhu...
Menjelang midnite nak masuk 13 Ogos tu kami 3 beranak naik ke rooftop. Ikut berita, katanya ada fenomena pancuran meteor Perseids @ tahi bintang bermula lewat malam Khamis 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021. Wah! PaMi pun excited la sangat, kot2 boleh jadi hadiah harijadi Papa kan... huhu... padahal Mumi mata dah segaris dah nak lelap :-)
Mumi baru tau fenomena meteor Perseids ni berlaku setiap tahun antara 17 Julai hingga 24 Ogos bola bumi beredar mengelilingi matahari merentas laluan orbit komet Swift-Tuttle. Baby je yg interested nak tengok. Babang-Didik-Kakak tak kuasa :-)
Tapi... tidaklah Mumi mampu bertahan. Mumi keletihan. Memang selalunya Mumi dah lama ikut Alice to Wonderland kalau waktu2 begini huhu. Dah lepas midnite pun tak nampak juga. Ada cuma... sebutir bintang nun jauh tu je. Bintang apa pon Mumi tak tau huhu. Agaknya bucu buruj Perseus yg belum lengkap kot. Nama Meteor Perseids tu kan merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di kawasan buruj Perseus di langit...
...walau sukar bagi kita, sayang
perjalanan menyakitkan
tapi hadapilah dengan kesabaran
akan tiba kebahagiaan... insyaALLAH...
...tiada batasannya usia ataupun rupa
KITA BERSAMA MEMULAKANNYA
SEHINGGA KE AKHIR KITA TERUS BERJUANG (BERDUA)...
#13ogos
#happybirthdaypapaayong
#meteorperseids
#kupetikbintangbintang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.