Tuesday, August 31, 2021

Prihatin & Vaksin

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-64, wahai negaraku Malaysia yg Prihatin! 

Apapun berlaku, sedang berlaku... atau yg akan menunggu untuk berlaku... doa masih sama semoga Allah terus pelihara Islam di Malaysia & juga melindungi negara kita dari segala mara bahaya. 

Tak pandai nak ulas pasal politik. Kabinet dapur Mumi yg dah lama roboh dimakan anai2 pun belum berganti. Mumi ingat tak moh letak kabinet yg sama atau ala-alanya kat situ. Sbb lagi tambah kabinet lagi tambah isinya yang bila belek2 entah apa2. Andai cukup tabungan nanti Mumi nak bodek Pa beli TV gantung kat wall tu. Baru lah ada TV sorang satu. Pa kat depan, boys kat tengah, Mumi kat dapur :-)

Apapun Mumi lega KJ masih ada :-) 

Ya... ya... Mumi manusia biasa. Selain Tun M yg forever ever di hati, Mumi adores KJ juga huhuhu. Ala... bagi chance la... Mumi bukan jenis yg mudah suka orang (hati & instinct Mumi ni yg memilih). Tapi Mumi tak kuasa nak benci-benci especially bila umur dah tepi-tepi air terjun ni. For me, you buat you hadap. You tanggung you jawab. 

Lepas mengaji Subuh tadi, sambil tunggu matahari naik, PaMi duduk kat porch depan. Dengar 'perjalanan mimpi terakhir Masyitah'. 'Seram' Mumi dgr & lihat. Tak mengapalah... Mumi pegang satu faith je. Moga2 Mumi yg jahil & banyak dosa ni masih Allah kasihan. Moga kami sekeluarga & semua umat Islam dipelihara dari fitnah, hasutan, pengaruh & penyimpangan akidah. Hmm... Mimpi Masyitah. Best juga tu kalau jadi tajuk proposal content TV :-)

Pun letih baca debate atr pro & anti. I'm not antivax. Mumi dari kecik lengkap imunisasi. Anak2 Mumi pun lengkap buku imunisasi depa. Alhamdulillah, so far ia merupakan alternatif perlindungan kesihatan yg baik, insyaAllah. Mumi sbnrnya tak de masalah sgt pun dengan yg pro choice @ anti ni. My only BIL pun insist on refusing vaccine C-19 dgn pelbagai teori dajjalnya. Kadang tak mampu nak fikir my secular BIL tu tiba2 drastik jadi begitu. Angah pun masih pening dlm dilemanya. Yang mana satu, suami ke vaksin ke. Mumi dah beri semua views, terpulanglah. Masing2 berhak & bertanggungjawab atas pendapat, pilihan & keputusan sendiri.

Semalam, salah seorang anak buah Mumi di pejabat positif C-19 pd 3rd swab test @ 17th days of quarantine. Walaupun earlier ada gejala, tapi both swab tests negative. Bila hilang deria rasa & bau, buat lagi 3rd swab test & today she's confirmed positive. Fortunatly, she has earlier completed her vaccination. Moga itu jadi ikhtiar utk dia bertahan & segera pulih tanpa kemudharatan, insyaAllah.

Di taman kami pula dah masuk rumah ke-4 yg positif C-19. Sana-sini dgr berita org positif C-19, passed away due to C-19 & many things related to C19. Dah nak habis tahun 2021. Time passed by just like that... sama macam 2020. Tak tahu apa di hadapan kita menjelang 2022 nanti :-(

Hari ni mcm nak marathon simpan diari yg banyak tertinggal. 1st ni Mumi nak simpan diary pengalaman vaksin C19. 

Pa daftar vaksin di mysejahtera March lalu. Tapi Mumi refused. Walaupun bukn antivax, tapi honestly Mumi agak hesitate dengan vaksin C-19 ni. Later je, baru Mumi rela selepas considered every information, views & data. Apatah lagi dgn keperluan herd immunity dalam persekitaran kerja, Mumi berserah pd Allah.


1st dose tu Mumi punya takut Allah je tahu. Lepas ke tidak ke Mumi ni. Survive ke tak ke nyawa Mumi ni. Walaupun dah tawakal, tapi... Mumi manusia biasa. Mumi punye sejuk & pucat tu hingga Pa dibenarkan masuk teman, kot2 la collapse sbb over sgt rasa takutnya kan :-)

Alhamdulillah. 1st dose, Mumi rasa lenguh tangan, kemudian rasa mcm tak de tangan, pening kepala & nak muntah. Petangnya mula nak demam, tapi Pa beri ubat. Kebah. Cuma pening kepala Mumi slps itu berpanjangan on off hingga menjelang 2nd dose. Dan yg kelakar, majoriti orang rasa lapar lepas ambil vaksin, tapi Mumi terbalik. Kenyang memanjang... :-)

2nd dose, Mumi dah berani sikit. Kesan 2nd dose ni, sehari tu je la rasa lapar teramat. Lepas tu dah back to basic. Cuma pada tempat suntikan Mumi tu mcm ada parut mcm kulit terbakar. Agaknya sebab Mumi tergaru dia masa mandi. Adeh... scary je. Alhamdulillah Mumi selesai 2nd dose on 16 Julai 2021. Orang kata Sinovac kurang post effect tapi itupun Mumi dah rasa teruk sangat dah. Apapun alhamdulillah dgn segala kebaikan dari Allah. Moga yg baik2 juga selepas ini...


Pa ni pulak kemain banyak la gambar dia kat PPV. Perhaps dia gembira sbb wish dia mmg nak vaksin Sinovac. Logiknya kata Pa, Sinovac dah lama ada, and proven. Ya lah.. ya lah... alhamdulillah. 

Mumi simpan je la sini ye buat buat kenangan. Untuk 1st dose, Pa kata lenguh sikiiiiit je tangan. Tapi tak ada post-effect lain. Entah ya, entah dia tak moh cerita, Wallahualam. Orang lelaki ni kekadang mana nak mengaku kalau sakit ke apa ke.  Mumi monitor juga Pa, alhamdulillah... so far so good.


Masa Pa ambil 2nd dose ni, dibenarkan ambil video. Sebab berlaku kes yg viral bila petugas suntik picagari kosong. Adeh... macam2. Tapi Mumi tak moh la upload video yg Pa amek hu hu. Untuk 2nd dose ni, pun mcm biasa Pa kata lenguh sikiiiit je tangan. Demam ke pening ke dia tak mengaku. Tapi yg kelakar tu, lepas seminggu lebih ambil 2nd dose, dia mula jadi asyik lapar je. Lambatnya awak punye post-effect Pa?! :-) Alhamdulillah, Pa complete on 30th July 2021. Moga baik2 juga seterusnya...

Kakak Ayong pun alhamdulillah dah selesai juga di PPV DATC UiTM. Mulanya dia pun bertegas tak moh ambil vaksin. Katanya biar sampai org KKM datang umah sendiri suntik dia. Amboi... amboi anak oii...

Bila turn anak2 staff age above 18 kena register, Mumi suh Pa cakap dgn kakak. Tapi dia tetap tak moh. BF nya cakap pun, dia buat dek. Adeh... Papa surrendered. Pa suh Mumi pulak... adeh...

Malamnya, lepas solat Maghrib berjemaah seperti biasa, bila kakak salam Mumi, terus Mumi cakap pelan2, "Anak2 staff kena panggil dah... kakak ambil ya?"

Entah dia tak berani lawan stepmom @ speechless @ Allah buka hatinya... dia kata 'okay Mi...' je. Alhamdulillah... Kakak settle juga. Moga baik2 juga seterusnya...


Walaupun kami bertiga dah lengkap vaksin, kami tetap tak keluar suka2 ke mana tanpa keperluan. Tetap jaga SOP, tetap extra hati2. Brg2 delivery kami jemur & spray dgn sanitizer sebelum pegang & bawa masuk. Barang2 grocery @ dari kedai, Mumi basuh dulu bungkusannya hatta roti. Boys pun Mumi masih tak benarkan mix dgn kanak2 lain di luar. Sbb pada Mumi, berlainan bumbung tetap berisiko. Sbb kita tak tau aktiviti & pergerakan mereka. Jiran Mumi ni, husband & wife... punya la hati2 tapi anak menantunya balik bawa jangkitan sbb sebelumnya pi rumah mertua & mertuanya demam (tapi tak cakap). Sudahnya jiran Mumi yg memang ada sejarah penyakit, terpaksa dibawa ke pusat kuarantin. Berpisah dgn suami utk sementara... sedih Mumi...

Ya, masih perlu hati2 sebab boys belum vaksin, hanya PaMi bekalkan dgn vitamin & sikit2 supplement semulajadi seperti lemon & fruits utk kuatkan antibodi. Cikgu2 sekolah boys dah hantar link untuk persetujuan vaksin. PaMi tak ada bantahan & memang dah registerkan pun.. cuma as a mother, masih ada hesitation juga sikit. Ya lah... vaksin baru kot... proven ke utk kanak2 etc etc... mcm2 la imaginasi Mumi ni. Kadang terfikir, boleh tak jika nak request vaksin Sinovac juga utk boys... kalau mmg kena bayar kalau special request di klinik swasta pun Mumi usahakan la juga kot... janji sama dgn PaMi. Apa daa Mumi ni... 

Apapun, Mumi yakin Allah itu Maha Mendengar, Maha Memahami... sebaik2 penentu & pembantu.
Tolonglah Ya Allah... lindungilah kami semua.... peliharalah kami dalam keselamatan dan kuatkan kami mengharungi momen-momen ini sehingga semuanya berlalu dengan baik.

Being vaccinated, doesn't mean Mumi have faith dgn vaksin tu. Ia adalah lillahitaala, ikhtiar menjaga keselamatan diri, keluarga & juga tanda Mumi ingin ambil bahagian dalam usaha keprihatinan demi melindungi sesama kita semua. 

Apapun, segala yg berlaku atau tak berlaku adalah dgn ketentuan Allah. Mumi ikhtiar... Mumi berdoa. Jika boleh mohon sangat agar tidak diduga lagi dgn COVID-19. Cukuplah... dan cukuplah apa yg kami lalui pd March 2020. Tak tahu hati Mumi kuat lagi @ tidak jika perlu harungi... tolonglah ya Allah...

Alamak... dah pukul 1pm. Mumi tak masak lagi ni... tak tau nak masak apa... Mumi masih kenyang lagi makan sarapan tadi. Tapi sat lagi Pa mesti lapar tu. Kesan vaksin Pa ni lapar memanjang & panjang sampai hari ni... adeh....

4 AMIRs yang Merdeka hari ni... :-)


#64tahunmerdeka
#malaysiaprihatin
#vaksincovid19
#ppvdatcuitm
#sinovac
#lindungdirilindungsemua

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS