Semalam balik kerja, jalan agak lengang. Cepat je Mumi sampai rumah. Hari ni office pun lengang. Mungkin dah rama yg rentas negeri balik jumpa ibubapa yg lama tak jumpa. Ya, rentas negeri dah dibenarkan hu hu. So... lunch break ni Mumi rentas masa sekejap jumpa FRAN la :-)
As for us, we're Selangorian. Maka tak de lah excited mana nak rentas negeri. Tapi, walaupun sama negeri, sebelah Pa baru last weekend semua berkumpul di rumah mak di SB bila semua age 18 above dah lengkap vaksin. Itupun Mak requested utk semua balik, masak2 macam sambut raya. Dan pakai baju raya...
Sbnrnya waktu grup wasap family Pa sebut ttg request Mak utk semua balik beraya, Pa worry ttg Mak... tapi... insyaAllah tak ada apa2. Semua atas ketentuan takdir Allah. Dah lama sgt semua tak berkumpul di kampung, raya bersama pun tak, sebab tu la Mak request begitu...
Ibu pula bila tahu kami nak balik 'beraya' ke SB, dia pun nangis nak ikut. Sebab nak minta kami drop kan di rumah Dik Sah di Sekinchan. Ya, Ibu dah rindu cucu2nya di Sekinchan tu. Makanya Sabtu pagi 9 Oktober tu Naha sampai bawa Ibu ke rumah kami. Tak boleh nak halang atau tangguh dah keinginannya nak ke rumah Dik Sah. Ya lah.. kami sampaikan je hajat Ibu :-)
Sabtu tghari potong seekor kambing, sponsored by family Bang Em, perhaps juga sempena promotion K.Mah :-) Kami tak sempat sampai utk lihat sembelihan. Pa ada appointment dgn client pagi tu, bukan salah Mumi ye :-)
Sbnrnya pun Mumi pagi tu sibuk uruskan Atot ke hotelnya :-)
Barbeque malamnya sambil kids main bunga api & mercun.
Sambil sambut birthday Decemberians juga. Rasa mcm bebaru ni pun dah potong kek juga, berapa kali mau jamak birthday pun tak tau hu hu. Bertuah sbb baker & bakery mmg in d'house :-)
Panas lit-lit tghari tu nak susun kedudukan photoshoot raya :-)
Mumi dah peluh-peluh... redhokan je la... huhu...
Photoshoot ikut keluarga :-)
Dah besar anak-anak. Tak sangka Mumi dapat sampai ke umur mcm ni & dapat tgk momen begini,
tak lama lagi Mumi tumpang sambut menantu2, insyaAllah huhu...
We're all there... doa bertahun yg mcm jadi nyata... Alhamdulillah...
Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu2 menantu, cicit Mak @ 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri ft Hari raya Aidil Adha 2021
yang 'diqada & dijamakkan' di bulan Rabiul Awal 1443H :-)
Lama tangguh bagi duit raya demi nak tunggu raya bersemuka juga huhu...
- Remember d'moment, cheris d'story & celebrate this life coz life is a collection of happy moments -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.