Salam Jumaat 22 Rabiul'Awal 1443H.
Me time Mumi skrg ni di pejabat sbb long lunch break :-) Maka Mumi pun jumpa lah FRAN after so long busy yg amat dgn kerja2 di pejabat & kehidupan.
Oh ya, Mumi terjatuh di dapur 20/10/21 petang. Pipe leaking dlm konkrit kat kawasan sinki tu. Meresap ke pengalas kaki. Udahlah lutut Mumi belah kiri ni mmg bengkak & sakit dah seminggu. Tambah pulak jatuh tergelincir, terhentak pula di lantai tiles tu pd lutut kiri juga. Aduhai... sudahnya 2 hari Mumi be away from office. Effect pinggang n urat leher terus.
Coincidence 21hb tu hantar boys utk 2nd dose, maka Jumaat tu terus cuti je la sbb kebetulan Mak pun ada di rumah since Rabu sbb Muzila balik Melaka. Dapatlah spent masa dgn MIL. Bukan selalu... kalau tak sebab jatuh tu, agaknya Mumi susah juga nak tinggalkan office. Nanti kesian pulak Mak boring di rumah.
5 hari mak di rumah kami. Biasanya akan bergilir dgn my SIL. Tapi since SIL demam n selsema, we didn't allow mak ke sana. Langkah berjaga2 walaupun her test kendiri result negative C19 hu hu. 5 hari tu walaupun kaki n badan semua sakit, alhamdulillah Allah beri Mumi kemudahan uruskan Mak yg kebetulannya kedua2 kakinya pun bengkak. Spend lots of time dengar Mak bercerita. Banyak Mak bercerita seolah2 nak keluarkan semua cerita dlm dadanya... tapi Mumi rasa puas entertain dia begitu.
Esok lusa, kalau Mumi diizin Tuhan bermenantu... harap2 menantu Mumi akan sayang n jaga Mumi juga. Mumi sayang MIL, tapi Mumi ni penakut. Mumi rasa kecil n rasa diri ni menantu yg serba serbi kurang, ya la.. Mumi ni dah la mokmok tak comey, tak pandai masak segala, sebab tu Mumi jadi segan & be more reserved. Tapi kalau MIL di rumah Mumi, Mumi akan pastikan dlm keupayaan Mumi, MIL sentiasa terurus, selesa & tenang hati.
Didik pula genap berumur 12 tahun pada March 28, 2021. Tapi disebabkan PKP after PKP after PKP, sudahnya lambat lah PaMi ke JPN utk daftarkan kad pengenalan Didik.
Ketika ketidaktentuan PKP few months ago, Mumi godek-godek juga website JPN dlm bulan July ke Ogos ke, lupa dah. Buat janjitemu di UTC Shah Alam je. Pheww masa tu semua tarikh dekat2 dah fully book. Kesiannya Mumi...
1s time Mumi dpt tarikh Oktober end. Jauhnya tarikh... tapi Mumi tersalah tarikh beri pada Papa & Didik n mereka pergi awal dari tarikh sebenar. Makanya Mumi dah tak moh tarikh tu. Mumi pun batalkan & isi semula. Dapat tarikh awal 28 September 2021. Alhamdulillah...
Settle dah Didik menjadi warganegara Malaysia yg ada kad pengenalan :-)
Dah besar dah anak Mumi ni.... dah ada IC ni, dah boleh kahwin ke Dik? :-)
Didik sekarang dah tinggi menggalah. Rasanya dah separas Mumi je dia. Tengok anak2 yg dah lebih besar dari PaMi ni... Mumi rasa.. adoi... waktu Mumi kat dunia ni tinggal sikit sangat lagi...
Ya Allah... jaga anak2 Mumi ya... Babang Didik Baby... kurniakanlah segala kebaikan, kasih sayang dan keberkatan-Mu buat anak2 Mumi ya Allah. Selamatkanlah anak2 Mumi di dunia & di akhirat. Sesungguhnya Mumi sentiasa reda dengan anak2 Mumi...
#didikdapatkadpengenalan
#jatuhdidapur
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.