Monday, March 14, 2022

Demi Sebuah Memori

Mumi ada problem tapak kaki kanan. Kalau ikut doktor, disebabkan weight gain. Sejak Mumi hypo, makan tak banyak mana pun, tapi berat susah turun. Kaki Mumi yg kecil ni mungkin dah tak boleh tampung berat badan. Sakit sangat nak pijak, sampai ke betis cramp dan lutut. Tapi Mumi gagahkan jugala...

Bila rumah abah ibu banjir lagi 7/3/2022 tu, even worst sebab benteng sungai di bahagian selepas rumah abah ibu tu dah runtuh. Sangat bahaya. Pa ajak pi basuh rumah juga 8/3 sebab kalau nak tunggu weekend, nanti selut kering lagi seksa nak basuh. Mumi pun ambil 1/2 day la.

8/3 tu basuh rumah utama je. Kaki Mumi jadi lebih sakit. Doctor diagnosed as plantar fasciitis. Maka, MC la Mumi sehingga Khamis. Doktor suruh beli bola buat exercise tapak kaki. Or else, kalau keadaan jadi lagi teruk, kena operate. Serius lah?

Sabtu, 12/03/2022 sepatutnya Mumi ada online course untuk penulisan artikel surat khabar. Tapi terpaksa let go, sebab nak kena balik Kundang lagi, basuh rumah kedua pula. Selutnya... alahai... boleh nangis.

Abah dah tak de.. Dik Us pun dah tak de... 

Dik Sah dan anak2 nya termasuk Ibu baru lepas kuarantin COVID-19. Ibu pun masih belum sihat sangat. Angah pula waktu tu warded kerana stage 4 COVID-19 di Hospital Putrajaya, Naha dan anak-anak kuarantin di rumah mereka. 

Maka... seperti biasa... bila berlaku banjir, hanya PaMi dan boys saja yang masih gagah kudrat untuk basuh. Tak apalah... Mumi redha je, demi memori yang pernah tercipta di rumah abah dan ibu ni. 

Mumi tak reti dah nak tulis apa... tak daya nak fikir. Mumi simpan gambar2 je la sebagai memori...






Tq Pa, Tq boys... sanggup susah payah sama Mumi. In fact Pa & Boys yang banyak habiskan tenaga... Mumi bukan terdaya sangat pun...


Yang ini waktu kami ambil ibu dari Sekinchan dan balik ke Sri Kundang. Waktu ni Ibu dah berkali-kali ajak balik Kundang. Mumi jadi tak sampai hati... takut nanti jadi apa2, tak sampai hasrat Ibu. Mumi tahu... ini rumahnya. Rumah ini banyak menyimpan memori Ibu bersama Arwah Abah dan kami, anak-anaknya.

Waktu ni kami basuh porch depan dan belakang yang kena air banjir. Dan masa ni keliling rumah kami dah clearkan rumput rampai dan lalang yang tinggi sebab sebelum tu mmg kami dah balik settlekan.

Bila tengok ibu pandang keliling rumahnya tu... sayu sangat hati Mumi. Maafkan Along ye Ibu...




Yang ni waktu kami balik 16 Januari 2022 tu, memang tujuannya nak kemas rumah. Sebab dah lama tak jenguk... plus kemas dulu sebab Ibu dah banyak kali sebut nak balik tengok rumah dia.

Baby suka tengok buah rambutan tu. Pokok rambutan tu abah yang tanam. Terima kasih abah...

Mumi rasa bersyukur sangat... walaupun hidup Mumi ni tak la sempurna, walau rumahtangga pun mgkn ada pasang surutnya... tapi Allah masih kurniakan kami ehsan-Nya, dipermudahkan jua jalan setiap kali melalui ujian.

Thank you, Pa... thank you Boys... kamulah antara hadiah Allah yang paling besar buat Mumi. Terima kasih sudi susah payah dengan Mumi... rumah ini tempat Mumi membesar dalam kasih sayang abah dan ibu bersama adik-adik Mumi. Tempat Mumi dinikahkan dengan Pa. Walau tak sempurna, ia tetap menyimpan memori kehidupan Mumi...


#banjir08032022
#banjirjanuari2022
#kemasrumahkundang
#iburindurumahnya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS