Tuesday, March 1, 2022

Harapan & Doa di hari Israk Mikraj

Salam Israk Mikraj, 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H.

Peristiwa luarbiasa yang dianugerahkan Allah untuk dilalui Rasulullah saw pada tahun ke-11 kerasulan Baginda ini, berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab kira-kira 18 bulan sebelum Hijrah. Peristiwa perjalanan dalam satu malam ini dilalui selepas hati baginda Rasulullah saw dibersihkan dengan air suci Zam-Zam oleh Malaikat Jibril as.

ISRAK - Perjalanan dari Masjidil-Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin)

MIKRAJ - Perjalanan dari Masjidil Aqsa merentas 7 lapis langit naik ke Hadhratul-Wudus (hingga ke Sidratul Muntaha & Mustawa) untuk menemui Allah.


Peristiwa inilah menjadi titik tolak perintah Solat 5 waktu kepada umat Islam bila baginda pulang ke Masjidil Haram seusai Mikraj dan menyampaikan wahyu perintah Allah berkaitan perkara ini.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Dan hari ini juga, sebenarnya hari ke-3 Ibu tidak sihat. Bermula 17 Feb lalu, Dik Sah sekeluarga kuarantin di rumah. Kak Dhiah, Dik Sah dan Fafa positif Covid. Ibu pula positif pada 18/2. Susahnya hati Mumi, Allah je tau.

Tapi sepanjang kuarantin, mereka baik2 je. Cuma batuk sikit2 sehinggalah selesai kuarantin dan berstatus negatif.

Tapi Ibu, lepas tamat kuarantin... demam, batuk dan sesak nafas yang agak kuat. Doktor diagnos as pneumonia. Tapi Ibu refused to be warded . Angah & Dik Sah juga sependapat tak sanggup hantar ibu ke hospital. Bimbang Ibu bersendirian tanpa jagaan anak2. Mumi mgkn beralah, tapi tetap beri list of needed action to be taken shall things go worse.

Lihat gambar dan video Ibu yang Dik Sah kirimkan, hati Mumi bertambah susah. Ibu sangat kurus. She lost her appetite as well. Kalau tak makan, takut badan jadi lemah, macam mana nak lawan sakit...

Tapi pagi ni, bila called Ibu.. hati Mumi lega sikit. Suara Ibu sounded better. Dah tak shaky macam pagi semalam. Cukup-cukuplah pengalaman kehilangan Dik Us due to C19. Moga tak berulang lagi untuk Mumi hadapi... pedihnya tak terlupakan.

Now, memang ramai dijangkiti. As if seperti jangkitan penyakit yang sediada seperti selsema, batuk etc. Cuma mungkin COVID-19 ini penyakit baru dan mungkin juga ada few things yang kita tidak ketahui atau fahami... ia masih dalam kawalan dan pemantauan kerajaan dan KKM.

Mumi berdoa sangat semoga Ibu kembali sembuh... Berharap sangat semua keadaan ini akan berakhir.

Dan Mumi berharap Allah sentiasa tunjukkan Mumi jalan yang lurus... kuatkan dan istiqamahkan Mumi dan kita semua agar sentiasa menjaga solat kerana solat itu tiang agama. InsyaAllah...

#israkmikraj2022
#ibuonlongcovideffect

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS