It's Friday. Pagi ini hujan lebat mencurah dari keluar rumah sampai selesai drop anak2 di sekolah masing-masing dan masih hujan waktu Mumi park kereta di pejabat. Sejuk dan nyaman permulaan hari ini, moga begitu jualah hati kita semua dalam menempuhi kehidupan yang penuh ranjau ni.
Okay, pagi ni selesai baca Quran sikit as usual & sementara tunggu office hour, Mumi simpanlah diari ni (dah tulis sblm ni sikit2, hari ni kita share je la) tentang pengalaman pitching tahun kedua Mumi di RTM pada 19-20 Julai 2022 hari tu.
Last year, hantar 1 dipanggil 1. Tapi proposal HSK tak ada rezeki untuk diluluskan. Tak apa... dpt lepas saringan panggilan proposal & dah dpt experience pitching masa tu pun, syukur sangat2.
Tahun ni, coach hantarkan GPSC (drama adaptasi) & satu telemovie tajuk ADJ. Plus satu proposal yg Mumi htr sendiri dgn tajuk ADMY (olahan HSK). Hantar 3, semua lepas saringan panggilan & dipanggil pitching. Alhamdulillah. Lulus atau tidak, itu atas izin Allah je la...
Mumi tak de banyak gambar waktu kat RTM. Ni pun ambil dalam keadaan kocoh2 selepas selesai pitching on 20/7 tu. Gambar kiri bersama coach Mumi @SSAG (middle) & wakil production companies, Mumi panggil Kak Mawar je. Tiga2 proposal Mumi dia yg urus.
Gambar sebelah kanan tu dgn kak Ina Rahman. Earlier IR tegur Mumi kata mcm pernah work together dulu2. Mumi mmg idokle ingat, pelupa tahan gaban. Tapi tak sedap hati kalau tak berbahasa, Mumi tegur lagi dia di lobi. Rupanya dia pernah bersama Karangkraf now dah ada production company sendiri katanya. Okay.. mgkn kami pernah jumpa waktu Mumi menulis dengan Alaf 21 dan Buku Prima dulu, atau ketika Mumi hadir few sessions organized by them. At least, adalah silaturrahim & networking yang baru terjalin :-)
Arysa Nasir @ RTM Pitching... Tq Pa @ En Nasir yang 2 hari berturut2 temankan Mumi ke RTM. Hari pertama tu, dia visit RTM dengan jiran kami sementara Mumi pitch GPSC :-)
Hari pertama Mumi pitching, Baby ke sekolah dengan bantuan Dr Anis (ibu kpd BFF baby @ ibu kpd Babang's former classmate @ girlfriend (read as kawan ye, kalau lain dari tu Mumi tak tau) @ kakak kpd one of Mumi's boss @ SIL kpd officemate sebelah bilik Mumi yg juga bakal besan Mumi (Mumi yg perasan :-) Can u c how d'crony will get bigger? Hahahaha! Sel otak berhubung sangat ni mcm hubungkait cerita bila cipta plot drama...
Walk to remember:
Hari ni 29 Julai 2022 bersamaan 29 Zulhijjah 1443H, hari terakhir dalam tahun Islam. Esok dah mula 1 Muharram 1444H, tahun baru Islam. Moga ada izin Allah kita semua meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup demi menuju hakikat kehidupan sebenar kita semua di akhirat nanti. InsyaAllah kita sama2 mohon doa agar akhir tahun (lepas Asar nanti) kita diberkati Allah, dan baca doa awal tahun Maghribnya pula ya....
"Fill life with experiences, not things. Have stories to tell, not stuff to show."
#gpsc_adj_admy