Friday, September 30, 2022

Pemergian September - Cinta Hingga Jannah

It is the last day of September this year. September yang meninggalkan memori sedikit duka (perlu redha) dalam keluarga... Papa's maternal side  dan juga keluarga kecil kami.

Awalnya, bila bapa saudara Pa yang kami panggil Cik Aziz warded di IJN 2nd week tu, we had soft conversation. Pa said perhaps Cik Aziz sudah di hujung waktunya. Papa kata, stand by je lah...

Sabtu malam, 10 September 2022... waktu Mumi dah hampir nak lelap, Pa reached home and whispered, 'Kuatkan ring tone, takut tak terdengar. Stand by...' tapi I knew dia tak berapa tidur malam tu...

I thought it would be Cik Aziz. Rupanya tanpa dijangka, isteri Cik Aziz yang kami panggil Cik Sah, collapsed di rumah. Dan dinihari tu kami mula bersiap untuk ke Gombak. We stand by that week for the husband, tapi rupanya isterinya pergi dahulu.

Mumi sangat terkesan. Mumi sangat hiba. Suami yang warded di hospital dgn keadaan yg sgt membimbangkan, namun isteri yang rebah dan meninggal dunia di rumah. Tanpa sempat jumpa dan spend time untuk kali terakhir. Oh my... Mumi seriously sangat terkesan. Sejak itu Mumi semakin berazam untuk spend as much possible time dengan Pa n boys.. and appreciate every moment we have. Dan Mumi semakin rindu Ibu juga Abah... :-(

We thought Cik Aziz tak dapat diberi kebenaran keluar utk lihat jenazah buat kali terakhir kerana keadaannya memang sangat tak stabil. Tapi, bila lihat Cik Aziz melangkah perlahan masuk rumah dengan beg oksigennya, Mumi menangis dalam hati. Bila Cik Aziz duduk, dakap kepala jenazah kali terakhir tu sebelum dibawa keluar rumah, agak lama moment tu... sepertinya sedang berbisik pada jenazah... Mumi nangis lagi dalam hati.

That view sangat clear depan mata Mumi. Moment kasih sayang, sentuhan terakhir. Cantik sangat view tu, clear depan mata Mumi tapi Mumi tak sampai hati nak abadikan dalam photo. Biarlah ia jadi hak milik waktu dan pandangan yang seketika kami yang melihat.

2 weeks after that... 25 September 2022, Cik Aziz menyusul pergi. Mumi seriously menangis dalam hati. Cinta hingga Jannah. Indahnya...

Mumi masih ingat lagi... arwah berdua, rajin datang melawat kami ke rumah Kundang. Masa Mumi dalam pantang Babang, mereka datang melawat. Masa arwah Abah meninggal pun, mereka datang... Mumi tak perasan kot sbb mungkin dah tak fikir yang lain ketika tu.

Mereka ibubapa saudara yang sangat neutral bagi Mumi. Semoga kedua-duanya bertemu di transit perjalanan ke dunia abadi... dirahmati Allah.

Pada Selasa 27 September 2022 pula, seorang lagi bapa saudara Papa (suami kepada adik MIL) yang kami panggil Lek Amat kritikal kerana kemalangan dan meninggal dunia juga.

Mak yang masih di rumah kami sejak Ahad utk selesaikan tahlil Cik Aziz, dibawa balik ke kampung oleh Pa Rabu 28/9/2022 untuk penghormatan kali terakhir, pengebumian dan tahlil. Mumi dan anak-anak tak ikut.

Yang Mumi terkesan... hari pertama tahlil Cik Aziz tu... arwah Lek Amat ada di bawah khemah. Masa tu dia pandang je Mumi. Mumi yang sedang buat apa pon tak tahu, sempat pandang dan senyum je, tak sempat nak pergi sapa dan salam. Terkilannya Mumi...

And.. the saddest part was.. we lost our dearest RAIN on 22 September 2022. Allah... Mumi tak tahu macam mana nak lupa... Balik dgn anak-anak dari kerja dan sekolah 7.30pm  Khamis tu, Baby yg 1st lihat kelainan RAIN, then Babang insisted 'kenapa dengan Rain ni?'.

Kami lihat Rain struggle, macam choking. Mumi dah meroyan nangis2 suruh Pa n boys bantu... apa nak buat. Dia macam tak boleh bernafas... Lepas solat Maghrib, Papa suspect kena semburan bisa ular. Sebab balik dari site KL dalam jam 6 lebih tu, Papa baru je lepaskan mereka keluar rumah utk main2 sekejap sebelum malam. Perhaps Rain masuk kebun depan. 

Mumi urged Pa pergi beli air kelapa. Tak sampai 2 minit Pa keluar, Rain dah berguling2 cari nafas. Dua kali pusing je, Rain kaku depan Babang dan Mumi. Almost pengsan Mumi kat situ. 

1st time la Mumi lihat anak2 lelaki - Babang, Didik dan Baby menangis gila-gila. Babang pun hampir collapsed. Mujur Didik masih kuat dalam terjunan airmatanya. Rain tak sempat tunggu Pa balik bawa air kelapa sebagai penawar. Mumi sedih dan terkilan sangat... sebab dia baru selesai 3rd vaksin dan dijadualkan untuk sunat.


Rain, maafkan PaMi dan abang2 ya... kami tak jaga Rain baik2 sampai Rain jadi macam ni... Maafkan Mumi Rain tak sempat bersama kami lebih lama..

Papa berikan kain tutup kepalanya dari Tanah Suci untuk balut dan temani Rain ke dunia abadinya. Semoga Rain akan sentiasa tahu kami selalu dan selamanya akan ingati dan sayangi dia. Rain is among the pioneer kittens raised by us in our humble home.

Babang dah lembik.. tak boleh buat apa... dia cuma mampu dukung Rain ke kawasan kebumi sambil menangis dalam diamnya. Mujur Didik masih kuat, dapat bantu Pa kebumikan Rain.


Mumi seriously tak tahu bagaimana dapat Mumi lupakan kehilangan ni. Lahirnya dalam rumah, berpantang dan membesar dalam rumah... atas katil master bedroom, bawah kipas, dalam aircond... dalam rumah kami penuh memori Rain n siblings, walaupun hanya tempoh 6 bulan je...

Tiap kali buka pintu akan nampak ruang pusara Rain dalam kebun depan. Mumi seriously struggle... sayangnya Allah pada RAIN, kembali pada Pencipta Khamis malam Jumaat...



Goodbye September 2022
Semoga ditempatkan di kalangan yang dikasihi Allah 
untuk bapa-bapa saudara dan ibu saudara kami...
RAIN, jangan lupakan Mumi, Papa, Babang, Didik dan Baby ya... 
kami sayang Rain sampai Jannah...


#kittendied
#RAIN
#cikazizciksahlekamat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS