Sejak selesai pitching RTM baru ni Mumi dah tak sempat nak tulis lagi untuk bank proposal. Sebabnya kerja-kerja office tu entah bila nak surut. Semedang tak pernah reda hahaha...
Kak Mawar minta proposal few weeks ago, sampai la ni Mumi tak sempat siapkan. Tapi, last week... coach Mumi minta, katanya nak macam ADJ yang pitched di RTM. Ada producer nak katanya tapi dia tak sempat nak buat. Makanya, bila coach yang minta Mumi memang tak boleh disappoint her. Coach request sebolehnya akan jadi my priority hahahaha... bukan bodek, tapi Mumi terhutang budi dengan kebaikan hati & willingness coach ajar n kongsi ilmu dgn Mumi ttg dunia penulisan skrip.
Dalam minggu yang hectic dengan segala work-load dan dateline laporan, otak Mumi ligat berfikir apalah story yang Mumi nak tulis. Driving, fikir. Kat traffic light, fikir. Makan, fikir. Dalam toilet, fikir. Tunggu anak, fikir. Pendek kata, sepanjang petang lepas coach text tu, otak Mumi ligat fikir cerita apa nak tulis.
27 Sept tu, malamnya lepas settle urusan keluarga, siap mandi... walaupun mata mengantuk yang amat, Mumi paksa diri duduk depan lappy. Alih2 si Shiro yang baru seminggu lepas sunat tu asyiklah nak bermanja2. Duduk atas keyboard laptop la pulak dia. Cane la Mumi nak menulis...?
Kesian pulak kat dia. Entah overdose manja, entah sakit... risau Mumi.
Midnite tu siap, tak moh tengok dah. Terus sent email. Nak tido dengan aman hahahaha. Esoknya, 28 Sept tu... coach bagi text yg inspired Mumi to keep writing. Tapi macam biasalah.. Mumi punye motivasi tu sekejap je hangatnya, lepas tu jadi tahi ayam semula hahahaha.
Hopefully, proposal TKS ni mampu buat panel TV menangis juga & sudi panggil kami masuk pitching. Teringin nak realisasikan TKS, manalah tahu boleh jadi TV baby Mumi yang kedua selepas #icequeenkucair.
Weekend baru ni pula, coach minta expand idea producer into proper proposal. Nak adhoc juga. Disebabkan weekend baru ni PaMi memang kelintang-kelintung urus anak2 kaki 2 n kaki 4 tu - hantar Didik training volleynya, Babang dgn study-datenya di PIPAS, jemput Chase & Ginger discaj vet kerana sunat, pi beli uniform sekolah Baby yg semuanya dah tak muat. Kali ke3 tahun ni... phewww baby sudah semakin membulat... petang Ahad nak lari ke Bangi pula untuk family meeting bagi wedding Yah 22-23 Oct ni, maka Mumi stayed up Sabtu malam utk selesaikan amanah coach.
Akhirnya siap juga. Bila baca semula, Mumi rasa 'eh, pepandai aku je alter cerita ni...'. Tajuk pun Mumi tukar dari MH kepada AMMH. Moga2 coach & producer tak cekik Mumi laa..
#shiro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.