Lunch break hari biasa sebelum bermula Ramadhan tahun ini. Mumi macam blank and blur hari ni walaupun cuba working hours sebaik mungkin. Mumi sebenarnya rasa penat, penat apa tak tau... Pa kata faktor umur. Aduhai... lambat lagi nak pencen wajib dunia ni... larat ke lagi Mumi nak kulu-kilir pi mai kerja.
Mumi nak tulis few diary tapi belum ada motivasi. Mumi share je la yg dah tulis lama tapi terperap je selama ni...
Yang ini throwback ketika Pa & boys re-attach cabinet ni. Mumi pun dah tak ingat bila berlakunya kejadian ni. Mungkin November atau Oktober tahun 2021.
Kabinet asal dah terpaksa diturunkan kerana anai-anai. Mumi berangan-angan nak letak TV kat situ atau rak ganti. Tapi nak kumpul duitnya tu la, kumpul-habis, kumpul-habis semedang.
Tapi tetiba, Papa secara diam-diam dah minta kawannya buatkan satu lagi cabinet yang design serupa dgn yang lama. Alahai... Mumi rasa touching bila Pa kata nak surprisekan Mumi. Thank you Pa... Mumi sangat hargai :-)
Mumi nak simpan moment dan pic ni dalam FRAN, sebab ada penampilan khas anakanda bulus yang bernama Snowy @ Shiro & Ginger di situ. Amboih... jadi mandur, nampaknya ya?
#ginger
#snowy@shiro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.