Semalam, 21 March Mumi took leave from office work. Tapi Mumi tak ingat, so Mumi login kehadiran seperti biasa hahaha... sebabnya pepagi rutin hantar Babang & Baby ke sekolah, maka seawal 7.15am Mumi dah mengadap PC. Cuma tengahari Mumi kena pi Sri Pentas untuk pitching proposals. Selesai pitching, by 1.30pm Mumi dah mengadap PC Mumi semula. Tq Yazin grabkan Mumi to & fro.
Sepatutnya amek time off je, tapi Mumi ambil cuti supaya Mumi boleh duduk office and shut the door as well as the handphone. But I only managed to shut the door, not the handphone. Maka, kena la attend juga all messages and calls sbb tak sampai hati untuk ignore. Lagipun Mumi teringat satu ceramah tu kata, once kita menjawat jawatan di dalam kerajaan atau badan berkanun, we carry the responsibility and task 24 hours a day. Ya la... ya la... Mumi laksanakan semampu Mumi je la...
Maka dari niat nak siapkan minit dalam tempoh 'cuti', benda lain pulak yang siap. Done a proposal of ACT. Tinggal nak beri pada producer je.
Kalau dulu untuk IQKC, Mumi terus dipanggil ke mesyuarat penerbitan dengan TV3, itupun secara online je. Masa tu baru awal2 fasa post C19. Tapi sekarang semua kena hadir fizikal.
Yang ini pengalaman ke-3 Mumi hadir pitching di Seri Pentas. Ya... fasa sekarang ni adalah fasa usaha je, so bila producer bawa proposal kita atau ada rakan writer yang nak co-write, alhamdulillah... rezeki. Maka kita pergilah usaha untuk pitching sebaik mampu.
Pertama, ad hoc revised story utk GDD. Kedua untuk BMH, tapi tak ada rezeki. Producer minta revised & upgrade BMH untuk dibawa ke stesen lain pula. InsyaAllah Mumi usahakan nanti bila lapang sikit.
Kali ni, few days ago, kenalan writer baru Mumi, SN (scriptwriter Angah) ajak cowrite utk proposal producer bagi adaptasi SDH, jika ada rezeki lulus la hu hu. Kebetulan juga proposalnya KKR pun pitch pada sesi yang sama tapi SN tak dapat hadir kerana masih monitor anaknya yang baru masuk sekolah Tahun 1, maka selepas pitch SDH, Mumi pun tolonglah pitchingkan KKR juga. Alhamdulillah, semua ni adalah peluang dan pengalaman buat Mumi...
Semoga juga ada rezeki untuk semua :-)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.