Tuesday, December 11, 2012

Untuk Mereka

Baru selesai berkemas rumah atas bawah, kiri dan kanan sepenuhnya petang tadi. Letih dan sengal badan masih terasa. Nasib baik hari ini cuti Keputeraan Sultan Selangor... kalaulah boleh bercuti sepanjang minggu ini, alangkah bahagianya hidup. Tapi minggu ini adalah minggu ke'busy'an hidup saya... di rumah dan di pejabat.

Last Sunday 091212, kami buat sedikit majlis hi-tea. Ia majlis doa selamat sempena Babang dan Danish yg telah selamat dikhatankan pada 101112 lalu. Ia juga jamak sambutan ulang tahun kelahiran ahli keluarga yg lahir dlm bulan Dec. Rasa mcm br smlm buat sharing ttg Decemberians ni.. alahai, begitu pantasnya masa itu berlalu.

Ia juga majlis bacaan Yassin dan sedikit tahlil YKHY, maka ia sebenarnya majlis keluarga Hj Hussein dan Hjh Zainon. Best was ia dibuat di rumah  kecil kami di Sg Pinang. 

Hmm... dpt tgk gambar je... 
tak sempat rasa kek Tiramisu dan kek Spongebob tu hu hu... 
091212 was right on Mummy Seha's birthday.
Hmm... mcm ada seorang dua yg bkn Decemberians, interframe ye....
Saya suka pic ni, sbb selain ada Mak Enon potong kek Decemberians,
n Didik yg sdg kutip semua strawberry,
ada juga saya nun di tepi gambar hu hu... satu2nya gambar yg ada saya...
Family of 2 generations
We had kuih cuk badak, karipap (by Zilla), lopes & biskut batik (by Kak Mah),
pulut dan kuah kari (by Mak Enon), serawa durian (by Kak Mah & Bik Imah),
roti jala & nasi lemak & apple pie (order),
choc cup cake
(Bik Imah and err sapa lg tak tau),
puding (by..err.. I think it's from Kak Piah or Mak Usu?),
buah2an, n the main dish was steamboat
(supnya by RAN & Bik Imah & Kak Long Suhana)
Terima kasih untuk relatives yg selalu generous membawa juadah..
Alhamdulillah, walaupun hari hujan sedikit namun majlis berjalan lancar sehingga malam. Makanan secukupnya untuk tetamu. Terima kasih sangat untuk keluarga dan tetamu yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis kami. Kalau ada yg terasa tidak dijemput, mohon maaf di atas kelalaian. Untuk teman2 di pejabat mmg sudah saya raikan seminggu sebelum Babang n Danish berkhatan.

Rasanya ramai juga yang tidak hadir kerana limitasi yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengapa, lain waktu boleh bersua juga. Apapun, mohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan kami jika ada.

Semoga kegembiraan ini dapat dinikmati lagi... hmm... tunggu turn Didik pula masuk jawi, mungkin sekali dengan Syakir nanti? Hu hu hu....

Thursday, December 6, 2012

I'll be waiting 4 U...

Finally I feel so relieved. Walaupun ia cuma initial notification via very simple email, tapi sgt2 cukup utk memberi nafas baru. Trigger motivation sy untuk selesaikan proses edit adiknya si KTVH.


Alhamdulillah, Menunggu Daisy Hati (MDH) saya dah lulus peringkat penilaian. Sy happy sgt! Cuma... ia hanya akan lahir, in sha Allah, jika ada izin-Nya pd thn 2014 nanti. Hmm... a year plus to go tu... lama kan? Bayangkan brp byk pula mss yg bertimbun atas meja editor?

Hmm... mahu muntah membaca kalau sy yg jd editor. Sbb mesti writers nak tau result mss mrk, mesti publisher nak terbit buku setiap bln. Laju tak laju editor membaca nak meet semua tu kan? Sorry juga kalau saya often membuat follow up... bukan apa, takut jadi mcm STKG.

Hopefully Allah masih kurniakan usia dan kesihatan yg baik utk saya melihat Daisy saya ini bloom hu hu... (ayat sopan utk 'saya tak sabar nak tunggu Daisy saya', hu hu)

Pagi tadi sy gelak seorg diri di pjbt bila dpt email ini. Sbb tetiba terlintas di fikiran... tajuk2 mss sy mungkin ada influence kpd penerbitannya. Yg sulung guna word  'Seandainya', sampai 10 tahun lebih baru terbit. Sbb mesti terfikir-fikir seandainya begitu, seandainya begini...

Yg kedua, STKG... ada perkataan Gelap, terus tak nampak jalan ke penerbitan yang sesuai... hu hu.. Dan yg ini pula, bakal melangkah bendul kalau ada izin-Nya. Guna pula word 'Menunggu', kan saya dah kena tungguuuu....

Dan satu perkara yg saya rasa kalau saya beritahu Papa Nasir, pasti akan kena sekeh dgn dia ialah... sy rs mahu tambah sebaris dua ayat pd 2nd last chapter MDH tu sbb saya tetiba dapat that phrase pula seminggu lalu. Lambat sgt dtg ilhamnya. Agak2 editor ada masa tak nak layan?
  
RAN... stop it! Move on!

Reward self with a song... lama tak dengar lagu ni kan?


Wednesday, December 5, 2012

Survival

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung itu luas maknanya
Jawa itu melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani
Semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'laf bertakrif Melayu
(jika sudah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walau sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah agama dihina jangan
Hebatnya amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebulururan"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jikan pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

(Usman Awang @ Tongkat Warran)

***************

Saya terasa sesuatu....
(belum habis sentimen patriotism saya ni rupanya ya hu hu...)

Tuesday, December 4, 2012

Demi Melayu @ Demi Islam?

A forthnight before last Dec 1st, Papa Nasir dh booking jadual sy. Hmm.. nk berehat pagi Sabtu pun tak dpt. Dia kerah jg suruh ikut ke satu program organized by his friends (PAYS).  Bertolak agak lewat dan half way perjlnn AVEO ini punctured pula tayarnya. Hmm... tgh hari matahari br nk naik, terpaksa tukar tayar tepi jalan, berpeluh-peluh kami. Hu hu...

Nissan Almera nampak cantik juga kan? Bila nak ada extra $$ ni..

Bila sampai di CIAST, talk kedua dah lama mula. Dengar di pertengahan, ooo... it is about 'masa depan anak Melayu'.

Sy sll label diri sy politic free. Sbb sy mmg jarang ambil tahu hal politik. Tp sy pun bknlah ignorance sgt. Slides after slide yg dikupas speaker, mulanya sy rs ia ttg kempen PRU. But the way speaker give the talk, it was more on Malays and Islam...

Berkobar2 semangat patriotik sy nk sgt share tntg apa yg sy dgr tu. Tp sesungguhnya ia sgt ssh nk ditulis di sini. Ada byk sensitiviti dan hati yg perlu ditimbang tara, walhal tak perlu pun! Maklum shj, org Melayu mmg begini... sgt berbudi bhs, berlemah lembut n bertoleransi.

Again, bila ia ada ala-ala politik, ia sgt subjektif. Lain org lain fahaman dan ideologi, lain org juga lain penerimaannya. Sy tak suka politik tp sy amazed dgn Tun Mahathir. Sy bc jg pendapat ilmiah Prof. Ridhuan Tee. Mungkinkah saya bias? Tidak.. sy tak pro mana-mana pihak. Sy cuma melihat dr sudut pandangan mata dan fikiran saya.

They've done well. And it was, it is and it will indeed never be the easy task managing a country with various colours of people. Sy sll percaya in getting one thing, some price have to be paid. Our leaders, once or few times in their era, akan harus  merelakan sesuatu utk mendptkan sesuatu yg lain utk bangsa mrka.

Skrg ini pula ada isu tentang revolution, penghijrahan... saya rasa yg paling penting adalah penyatuan orang Islam itu sendiri. Atau penyatuan orang Melayu?

Apapun motif talk ini, sy hanya mahu pandang perkara pokok yg satu. Sy tak mahu pandang daun, ranting atau apa2 pun. Malaysia ini negara sy, awak dan kita semua. Walau bagaimana variasi sekalipun kita di dlm ngr ini, tanah ini ada keistimewaannya utk sy dan saudara2 sy yg sdh dimaktubkan dlm perlembagaan. Kalau suatu hari sy dan saudara2 sy tergadai tanah ini, keturunan kita akan jadi majoriti yang minor maruahnya di tanah air sendiri.

Manusia ada pelbagai. Begitu juga hati, kepala dan sikap. Malaysia sebuah negara yang saya kira bertuah dan berpotensi. Saya rasa kerana itu juga tidak mustahil kita sedang diperhati. Ada segelintir manusia yg sanggup menunggu biar beratus tahun atau bergenerasi dengan suntikan ideologi yg lambat launnya akan membelah retak.

Saya cuma terfikir... walau awak parti A, saya parti B, dia parti Z, ia berbeza... tetapi atas dasar awak, saya dan mereka menyebut syahadah yang sama, tidak bolehkah kita berpadu hati dan suara? Bila bersatu, suara kita akan  jadi majoriti dan kuasa ini tidak akan pernah berani dipertikai dan diperleceh-lecehkan oleh mereka yg bukan kita.

Kita bkn diktator atau komunis utk rigidkan perlembagaan. Ttp kalau atr kita sdh tdk sehaluan, kita akan mdh diperangsalibkan.

Tak kisahlah kalau org lain mahu kempen untuk apapun. Sy cuma melihat masa depan anak-anak saya dan anak bangsa saya di tanah air mereka. Apabila Lagu Warisan ini berkumandang, siapakah di antara kita yang kalis airmata? Airmata pun tak guna kalau nasi sudah jadi spageti. Err.. boleh ke nasi jadi spageti?

Monday, December 3, 2012

Demi Anakku

Last Friday dia kata, "Ummi, lagi 3 hari, hari jadi saya kan? Nanti Ummi buat kek coklat utk saya, boleh ye?"

Ya, it's his favourite. Hanya kek coklat. Sihat, minta kek coklat, kalau demam pun minta kek coklat. Kadang2 bila dtg moodnya nak makan kek coklat dia main order saja. Bbrp kali juga dia kata, "Ummi, saya teringin nak makan kek coklat lah. Ummi buatlah skrg."

Bkn tak mahu buat. Walaupun bkn pakar kulinari (congrates Izyan, jadi juara Masterchef Musim 2), tp kek sy tu blh dimkn jg. Msalahnya dia sll minta kek tu di tgh mlm buta. Ada 2-3x sy done bake cake pd jam 1 am krn dia  nak juga mkn sat-sat tu... 

Kami blm sempat nak keluar shopping, budget agak kurus bulan ni. Nasib baik ada seketul buttercup dlm freezer. Dptlh jg sy buatkan kek utk anak saya. Saya sll lp brp cwn coklat yg nak diguna. Baiklah sy smpn saja resepi kek coklat yg biasa saya ikut tu dlm FRAN ni.

Kek Coklat Moist Sofiza

Bahan A :
250 gm Buttercup
2 cwn tepung naik sendiri Bluekey
2 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
2 sk esen vanila
secubit garam 

Bahan B
1 cawan serbuk koko Van Houten
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air suam/panas

Cara-cara:
1. Semua bahan B disatukan dalam periuk kecil dan gaul.  
2. Masak atas api kecil sambil kacau hingga sedikit berkilat. Sejukkan.
3. Butter n gula dipukul hingga agak putih (kembang).
4. Masuk telur sebiji demi sebiji, put in esen vanila n pukul sekejap lg. 
5. Masukkan tepung berselang-seli dgn bhn B dan gaul sebati.
6. Tuang dlm loyang yg dah digris dgn sedikit mentega.
7. Preheat oven about 10 minutes
8. Bakar kek about an hour @ 180 darjah, api atas bawah. 

Topping:
Coklat masak, serbuk koko, mentega, susu pekat manis, air panas - cairkan scr double boiler till agak likat. Dah agak sejuk bolehlah mandikan kek dgn topping ni.

Saya tak pandai nak buat decoration. Perkakasnya pun tak ada. Menggunakan apa saja brg yg ada even yg recycle, ini sajalah yg mampu saya berikan utk birthday ke-6 permata hati saya yg sulung ini.

Doa Ummi semoga Allah sayangkan anak Ummi ini, diselamatkan dan diberkati dunia akhirat, menjadi anak soleh dan berjaya... may every happiness here n there be yours...

Dear Babang, ini saja yang mampu Ummi dan Papa berikan pada hari ini. Next week kita sambut meriah ya with your other twins, the more the merrier.

D : Hah, satu lagi lilin ada api! Biar adik tiup ya bang!
B : Ish budak ni... abang punya kek, dia pulak yg ia-ia tiup lilin...
(celebrate 4 hours in advance malam semalam...)

Kembang hidung saya bila Babang makan 1/4 kek sekali hadap dan kata, "Hmm... sedapnya! Ummi adalah Masterchef saya. Ummi, kalau Ummi masuk Masterchef mesti dapat piala!"

Heh, belum tentu Masterchef tu rela nak tepek Ummi depan kamera diorang tu bang oi...lainlah kalau Ummi ni perempuan cantik yang pandai memasak hu hu...

******************************************************************
Nota : 
Balik kerja lewat petang tadi, hujan lebat. Tiba di selekoh BR, saya terdengar bunyi dentuman yg kuat. One way road with 3 lanes. Sy di lane kiri, while di lane paling kanan sebuah motorsikal sudah terdampar di tengah jln dan seseorang tercampak di tepi jalan, bawah railing. Jantung saya laju, rasa mahu berhenti untuk membantu. Tetapi saya tak tahu nak berhenti di mana tambah hujan begitu. Kereta pula bertali arus. Saya called Papa sbb saya menangis tak boleh tahan hati. Apa nasib orang tadi? Akan adakah org yg akan membantunya?

Papa strictly kata, "In sha Allah, akan ada org yg akan tolong dia. You drive safely, anak-anak dan suami awak sedang menunggu di rumah ni. Calm down and drive safe! Abang tunggu awak!"

Siapapun motor rider tadi, apapun agamanya, saya berdoa sangat semoga Allah melindungi dia.. Maafkan saya krn tak berupaya utk membantu tadi. Saya yakin ada insan lain yang telah membantu beliau. Semoga malam ini dia selamat bersama keluarganya... sebagaimana saya selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Berhati-hatilah di jalan raya demi orang-orang tersayang yang menanti kita di rumah... ingatan untuk semua dan diri saya juga. 

PAGEVIEWS