Sunday, January 13, 2013

Baru je sekolah, dah ada kes?

KES I

B : Ummi, hari ni hari apa?
U : Sunday.
B : Esok?
U : Monday.
B : Lepas Monday?
U : Tuesday.
B : Lepas tu?
U : Hmmm (nape pulak ni?) Rabu. Wednesday.

Babang senyum bermuslihat.

B : Hah, lps Rabu, nnt skt je hari nk Sabtu dan Ahad kan Ummi?
U : Hmm...? Nape pulaknya?
B : Yeah! Cuti lagi!
U : Erk!?


KES 2

Menjelang Khamis, Babang nampak dah letih sgt. Kasihan dia.. tapi nak buat macam mana. Nak menuntut ilmu bukan mudah Babang...

U : Kenapa ni? Tak gembira ke nak pergi sekolah?
B : Saya penat lah Ummi...
U : Tak apalah, esok dah hari Jumaat.
U : Lps tu Sabtu dan Ahad tak sekolah... boleh rehat...
He sighed anyway... didnt look excited on what I said.
B : Tapi.. Sabtu dan Ahad saya ada tuisyen...
U : (tak terkata... nak kesian kan dia ke nak rasa marah?)

Last Friday, while tgu daily row-call dia tidur lena di riba sy.
Half way row-call br dia bangun .
Babang kepenatan...

KES III

D'1st school assembly for  Babang.

Mlm itu saya dengar dia menyanyi perlahan, "...raja kita, selamat bertakhta...".

Kemudian saya pun nyanyikan semula lagu tu, "Negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju...". Babang pandang saya dengan muka yang sangat takjub.

B : Ummi! Macam mana Ummi tahu nyanyi tu? Ummi hebatlah!

Alahai Babang oi... ada ke rakyat Malaysia yg tak tahu nyanyi lagu Negara Ku tu...? Lagipun Babang ingat Ummi tak de sijil tamat sekolah rendah ke?

******************

Tu yg best about school. U learned many things you don't know before this. Babang dpt nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah, jumpa ramai kawan, duit belanja hari-hari, beli wafer, beli keropok aiskrim sampai habis RM5 (walaupun Ummi selit dan sorok duit tu dlm wallet Babang), boleh main sukan, boleh belajar muzik n mcm2 ada...

Babang, pergi sekolah itu bkn sekadar rutin. Ia adalah dunia kecil di mana sebuah dunia besar utk kamu lalui nanti akan menjelang. Ia tempat di mana kamu belajar byk perkara ttg ilmu yg ibarat air di lautan, ttg hidup dan mati, ttg dunia dan akhirat, ttg suka dan duka, ttg ragam kecil dan besar manusia. Ia teori dan praktikal utk sebuah kehidupan di sini dan di sana.

That's why you should enjoy your school times and collect everything you could get during this phase, Ummi ni pun kalau boleh mengulang waktu, mahu pergi ke sekolah lagi... tapi time, indeed would never return. 

Ummi ada byk cita-cita, mengharap dan bersandar pd kamu n adik kamu utk merealisasikannya. Ummi ingin lihat kamu berjaya dan jadi insan berguna. Utk diri kamu, agama dan bangsa kamu. Byjk kali dah Ummi ckp n tulis ttg hrpn ni. Semoga dpt Ummi dgn Papa tumpang kasih dan ihsan kamu nanti utk membantu kami saat ditimbang neraca menuju kehidupan abadi.

Love school, okay!

When you teach your son, you teach your son's son.
(Talmud)


Saturday, January 12, 2013

Ajari Aku...

Baru balik fetch Babang di tuition. 630pm nanti pula fetch AB, langsung gerak balik ke Sabak Bernam Esok ponteng. It's been months saya tak balik kampung. Asyik org tua yg turun tgk anak cucu. Smlm pun Angah dah called, ajak balik rumah Ibu. Ni yg buat saya fikir sejuta kali smd nak teruskan tuition on weekends ke tak ni.

Dah masuk 2 minggu sekolah bermula. Rasa penat yg extra. Writing lgsg tak de masa. Assignment pun tak berusik. Sampai rasa nak demam. Kdg terlepas keluh dan marah bila anak2 buat perangai. Dahlah kita penat, masing2 buat perangai... hai... sy bukan pari-pari sabar.

Papa Nasir sll ajar saya, "Bila kita buat sesuatu utk org yg kita syg, semua keletihan tu tak akan terasa."

Sbnrnya sy tak pernah mengeluh letih penat menguruskan orang2 yg sy syg. Sy sgt teruja hantar n ambil Babang di sekolah, berselang dgn rutin pejabat n tanggungjawab isteri-ibu-part timer di rumah. Sy harap sgt anak2 sy merealisasikan impian sy yg mungkin tak akan sempat lagi sy capai. 

Cuma sy ini dgn limitasi kesihatan dan perasaan, kadang2 sedih hati sbb tak boleh beri yg terbaik utk keluarga. Sedih sbb ada waktu sy burst... sbb sy seorg manusia yg sll ingin semuanya baik-baik je.

Papa, smlm kan sy sempat BW. Tersinggah di sebuah blog yg buat airmata sy menitis. Lagi. Hish, sbb tu saya tak suka BW. Mesti tersinggah di tempat2 yg rupanya hidup mereka lebih berat berbanding saya.

BW ke blog Warkah Buat Isteri, dan saya terbayang diri sendiri...

Papa, sbnrnya sy tak ada niat nak tunjuk sy tak sihat. Sbb awak selalu ajar be positive, kita akan selalu bersemangat dan bertenaga. Tetapi kadang2, I just can't help it. Ada waktunya sy akan rasa sgt tak sedap badan.. dan sy tak tahu mcm mn nk jadi kuat. Awaklah tempat sy nk jd baby... maaflah kalau keluhan dan rintihan sy menyebabkan awak ssh hati...

Papa, kasihan pd blogger ni. Wife dia sakit slps diserang asma yg menyebabkan kerosakan pd saraf otak. I almost experienced that long time before I met you, alhamdulillah saya mampu melepasinya. Tetapi tidak tahulah nanti...

Kalau Shah Jehan bina Taj Mahal utk Mumtaznya, blogger ni kan, dia tulis Warkah Buat Isteri utk put down everything he feels, sbb dia berharap bila wife dia sembuh suatu hari nanti, she can read that all...  kompilasi isi hati untuk isteri...

Papa, waktu diberikan kesihatan yg masih baik begini pun sy blm mampu jadi isteri terbaik utk awak.. minta maaf... apatah lagi kalau kesihatan itu Tuhan tarik suatu hari nanti kan... sbb tu saya tak nak minta apa-apa... kalaupun ada yg sy minta atau terminta, ia bkn hanya utk diri sy sendiri. Instead it must be for either my sons, or for us all...

Lagipun nak suruh awak tulis diari blog utk sy... hmm... awak selalu kata awak dan perkataan tak ngam. 

Papa, kalau suatu hari nanti ada sebahagian takdir yg menguji sy begitu, how would it be with you?  Mmg hanya awak sandaran hati dan jiwa, tapi sy tak mahu susahkan awak.. saya tak mahu susahkan sesiapa. Tapi... saya harap tiada bhgn itu untuk saya sbb saya rasa saya tak kuat menanggungnya.

Papa Nasir juga selalu ajar saya, "Bila kita rasa sakit, tak perlu mengeluh.. tak perlu tunduk pd rasa sakit tu. Sebaliknya, be strong. Cakap pada diri sendiri, in sha Allah, sikit je sakit ni... mohon pada Allah, 'Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik...."

Hmm... baiklah. Saya akan sentiasa jadi kuat. Sy janji akan dgr ckp dan nasihat awak. Sy akan sentiasa jg kesihatan diri demi awak dan anak-anak kita. Yang lain... terserahlah pada belas dan kasih-Nya...

Pa, nanti ajar saya naik basikal ya. Saya setujulah kita pi exercise cycling sama-sama... hu hu. Saya nak kuruskan badan dan saya nak sihat! Nanti kalau sy terlalu gemuk, kesian awak nak dukung sy yg berat ni...

Saya suka sgt lagu ni... saya suka video klipnya. 
Dan ND looks awesome in here...

Pa, ajari saya untuk jadi isteri 
dan Ummi yang terbaik ya...

Sunday, January 6, 2013

Oh My Yuna


Entah knp sy masih belum boleh prefer dia... tapi Papa Nasir sangat-sangat-sangat impressed dgn Yuna. Apapun saya salute talentnya. Indeed dia memang talented. Anyway preference is subjective. Pun, dlm byk2 lagunya, Terukir di Bintang ini saya nyanyi juge hu hu...

Papa suka sgt Yunalis Zarai dgn lagunya yg diganti-dendangkan oleh Aizat jadi juara AJL-27. Congrats. It's beautiful.

"Oh My Yuna" - ini Papa Nasir yg kata...

Hmm... nasib baik bab Yuna ni saya tak jealous dgn Papa.. hu hu...

AJL dah habis. 
RAN, tido! Esok sekolah!


Dia Rindukan Saya...

Hari ini semua org pi belajar. Papa Nasir (PN) ada kelas sehari suntuk. Leadership. Smlm katanya mengantuk kat kelas gila-gila. Hai... bila orang tua dgr lectures gitule.. hu hu..

8.30am td hantar Babang n AB pergi tuisyen. Tuisyen on weekends tu, adoi... saya minta nights tuition sbb weekend byk urusan keluarga - nak balik kampung, kenduri etc.  Sir Joseph kata primary students tak boleh tuition at nights. Mereka letih sekolah seharian (agama+kebangsaan). Kalau mereka letih, tuition malam pun serves no purpose. Betul juga...

Smntr tunggu mrk hbs tuisyen, sempat basuh baju 2 trip, kemas rumah atas bawah, lipat n susun baju, gosok semua baju sekolah n baju kerja PN n masak utk lunch. Habis semua, rush pi My Mydin  beli barang dapur, lgsg fetch bebudak at 130pm tadi.

Rutin yg dah berubah sedikit. Nak buat mcm mn, mcm tu lah bila jd mak-mak yg anak2 dah bersekolah kan... saya kena sacrifice ambitions in reading n writing... 

AB kena tuisyen sbb tahun ni dia ambil UPSR. Last UPSR kan? Babang pula mmg baru Tahun Satu. Tetapi sistem penilaian yg dipraktiskan di sekolah kini (no exams) pd saya lebih tough. It means students kena bersiap sedia sentiasa. Sbb itu sy rasa Babang perlu grab all the concepts earlier. 

Ibu saya komplen 'mak ayah pandai, tapi anak hantar kat org lain belajar'. Hmm... bkn sy tak blh ajar anak sendiri. Limitasi cuma excuse. Yg kritikal ialah Babang suka mengelat kalau belajar dgn Ummi dan Papanya... habih camno?

Jumaat lps sy kn masuk office. Ambil cuti cuma 2 hari. Risau jg tinggalkan Babang di sekolah. PN pula sibuk pasang lampu di No.23 tp sempat intai anak dia sekejap. Terasa bergegas juga hidup Jumaat tu. Rush seboleh daya siapkan kerja sblh pagi sbb nk fetch Babang tgh hr utk ke sekolah kebangsaan.

Dia okay je di sekolah agama. Jam 210pm htr dia ke SKS7, tgk dia dr jauh. Nampak dah okay. Tahu di  mana barisan kelasnya. Adapted. Waktu rehat pun dia sendiri tanpa sy. Seemed okay. Balik pun dia dah tahu di mana nak tunggu sy. Senang dlm hati...

Tadi ni sewaktu suap dia lunch, sy kt, "Babang.. esok sekolah tau. Ummi dah kerja, Ummi tak boleh teman Babang lagi. Babang kena pandai bawa diri di sekolah ya. Ada lagi tak kawan2 yg nangis di sekolah?"

Dia jawab, "Ada."

"Babang tak nangis kan? Babang anak Ummi, Babang kena kuat semangat. Kat sekolah jgn buat perkara2 yg tak elok. Babang pergi sekolah nak belajar... nanti kalau pandai, Babang blh pergi boarding school, blh study oversea. Nanti Babang bolehlah tengok salji. Masa tu pun Babang sendiri. Ummi Papa tak ikut... kami kena kerja cari duit untuk sara keluarga kita. Babang okay kan?"

Dia angguk2, digesting my words. "Ya, saya faham... saya tak nangis. Tapi saya cuma nangis sikit je."

"La... nangis sikit? Babang nangis juga ke? Kenapa?"

Babang jawab, "Masa saya rehat dan dah beli wafer tu, saya jumpa tempat yang Ummi teman dan jaga saya masa makan tu. Saya nangis.. sedih... sebab saya rindukan Ummi..."

Aduhai anakanda ku.. you touched me deepest inside... Ummi too, misses you n Didik every heart beat of mine, tau...

Wednesday, January 2, 2013

Orientasi dan 1st Day

Among cousin-twins nya (Imah, Kirah, Danish), Babang yg paling last orientasi sekolah Tahun Satu. Babang punye orientasi was on the 01012013. Elok juga orientasi semalam, sebab warm-up terus masuk gear. Hari ni dah masuk sekolah for the 1st day.

Sangatlah ramai kawan2 Tahun 1 Babang di SKS7 ini. 312 pupils in 8 classes. Adoi... letih dan serabut kepala sy tengok cecikgu handle bebudak tu. That's explain why  I can't be a teacher, hu hu... Ada yg menangis, keriau, yg bergantung kat baju mak/ayah... riuh-rendah. Ada juga yg dah mula buka story-telling pasal Ultraman - anak sy le tu... cikgu cakap kat depan, dia bercakap kat blkg. Hmm.. ini sah-sah bukan perangai sy...

Hari ini Babang cuma hadir ke sekolah kebangsaan. Sekolah agamanya belum mula. 

Sepagi dh penat dgn urusan bank n pjbt lawyer. Sambung sepetang di sekolah berselang ke pejabat. Sesekali intai Babang. 3 kali intai, 3 kali tukar tempat. Latest intipan, tetengok dia dah duduk di meja paling depan. Duduk dgn cikgu lagi. Firasat saya... ni mesti kes dia buat perangai ultraman kat belakang. Tu pasal cikgu dudukkan Babang dgn dia... 

Babang on his orientation day -
Papa Nasir kata Babang looks like Barrack Obama bila buat gaya ini.
Err.. tak moh lah 'mcm' BO.
Saya ingin Babang jadi bijak dan berwawasan macam TDM
Babang in circle - jawab soalan ujian on orientation day.
Bebudak lain semua dah hantar,
tinggal dia buat gaya mcm sdg jwb soalan pelaburan.
Apa ke teruk sgt tu nak?
1st day in school today - bergerak ke kelas...
Babang memulakan kelas pertama di hari pertama...
Tengok 'laporan hari ini' family di WhatsApp
semua cousin-twins nya dah pengsan kepenatan (tidur daa...).
Tapi yg ini... hmm.. masih berkuat nak tengok kartun.
Tak pe... tengok esok pulak cemana gaya Babang... hu hu...

Tadi dah brief n guide Babang tentang hal-hal di sekolah kebangsaan - toilet n how to use toilet, kantin n how to buy food, apa boleh makan dan apa tak boleh makan, macam mana bila dah habis waktu sekolah, pesan supaya jgn keluar dari gate sekolah selagi Papa atau Ummi tak sampai. Tegaskan kepadanya not to follow anyone yg ajak ikut atau mahu tolong hantar balik - tak kisahlah sesapa - NOT ANYONE, HANYA Papa dengan Ummi saja... 

Esok, mahu tengok saja gelagat dia di sekolah.

One thing I still thinking - tgh hari sewaktu park kereta di sekolah, saya nampak dia ambil note RM1 dr kereta. Saya diam. Masa rehat, bawa dia ke kantin. Sangatlah mcm expert pegang duit RM1 tu dan beli doughnut salut coklat.

Kemudian dia tanya, "Ummi.. macam mana kalau lepas hari ni, lepas malam ni, esok saya pergi sekolah duit ni dah habis?"

Amboi! Manalah awak tahu pergi sekolah kena bawa duit belanja? Papa Ummi belum brief ttg tu pun... don't do it again. Whatever you wish to do, you still have your Ummi n Papa to acknowledge and give bless okay...

Dan, hari2 pergi sekolah tentulah Ummi Papa bagi duit belanja nak oi... tapi Ummi rasa better Ummi bekalkan awak lah. Tak sedap pun makanan kantin tu... keropok pun dah lemau...

Okay, need to bring kids to bed now. Esok, sekolah agama bermula. Babang will start his 1st one full day outside..

Dan Didik.. kasihan dia.. kebocanan krn dah tak ada kawan di rumah Nenek Imahnya...

PAGEVIEWS