Saturday, January 12, 2013

Ajari Aku...

Baru balik fetch Babang di tuition. 630pm nanti pula fetch AB, langsung gerak balik ke Sabak Bernam Esok ponteng. It's been months saya tak balik kampung. Asyik org tua yg turun tgk anak cucu. Smlm pun Angah dah called, ajak balik rumah Ibu. Ni yg buat saya fikir sejuta kali smd nak teruskan tuition on weekends ke tak ni.

Dah masuk 2 minggu sekolah bermula. Rasa penat yg extra. Writing lgsg tak de masa. Assignment pun tak berusik. Sampai rasa nak demam. Kdg terlepas keluh dan marah bila anak2 buat perangai. Dahlah kita penat, masing2 buat perangai... hai... sy bukan pari-pari sabar.

Papa Nasir sll ajar saya, "Bila kita buat sesuatu utk org yg kita syg, semua keletihan tu tak akan terasa."

Sbnrnya sy tak pernah mengeluh letih penat menguruskan orang2 yg sy syg. Sy sgt teruja hantar n ambil Babang di sekolah, berselang dgn rutin pejabat n tanggungjawab isteri-ibu-part timer di rumah. Sy harap sgt anak2 sy merealisasikan impian sy yg mungkin tak akan sempat lagi sy capai. 

Cuma sy ini dgn limitasi kesihatan dan perasaan, kadang2 sedih hati sbb tak boleh beri yg terbaik utk keluarga. Sedih sbb ada waktu sy burst... sbb sy seorg manusia yg sll ingin semuanya baik-baik je.

Papa, smlm kan sy sempat BW. Tersinggah di sebuah blog yg buat airmata sy menitis. Lagi. Hish, sbb tu saya tak suka BW. Mesti tersinggah di tempat2 yg rupanya hidup mereka lebih berat berbanding saya.

BW ke blog Warkah Buat Isteri, dan saya terbayang diri sendiri...

Papa, sbnrnya sy tak ada niat nak tunjuk sy tak sihat. Sbb awak selalu ajar be positive, kita akan selalu bersemangat dan bertenaga. Tetapi kadang2, I just can't help it. Ada waktunya sy akan rasa sgt tak sedap badan.. dan sy tak tahu mcm mn nk jadi kuat. Awaklah tempat sy nk jd baby... maaflah kalau keluhan dan rintihan sy menyebabkan awak ssh hati...

Papa, kasihan pd blogger ni. Wife dia sakit slps diserang asma yg menyebabkan kerosakan pd saraf otak. I almost experienced that long time before I met you, alhamdulillah saya mampu melepasinya. Tetapi tidak tahulah nanti...

Kalau Shah Jehan bina Taj Mahal utk Mumtaznya, blogger ni kan, dia tulis Warkah Buat Isteri utk put down everything he feels, sbb dia berharap bila wife dia sembuh suatu hari nanti, she can read that all...  kompilasi isi hati untuk isteri...

Papa, waktu diberikan kesihatan yg masih baik begini pun sy blm mampu jadi isteri terbaik utk awak.. minta maaf... apatah lagi kalau kesihatan itu Tuhan tarik suatu hari nanti kan... sbb tu saya tak nak minta apa-apa... kalaupun ada yg sy minta atau terminta, ia bkn hanya utk diri sy sendiri. Instead it must be for either my sons, or for us all...

Lagipun nak suruh awak tulis diari blog utk sy... hmm... awak selalu kata awak dan perkataan tak ngam. 

Papa, kalau suatu hari nanti ada sebahagian takdir yg menguji sy begitu, how would it be with you?  Mmg hanya awak sandaran hati dan jiwa, tapi sy tak mahu susahkan awak.. saya tak mahu susahkan sesiapa. Tapi... saya harap tiada bhgn itu untuk saya sbb saya rasa saya tak kuat menanggungnya.

Papa Nasir juga selalu ajar saya, "Bila kita rasa sakit, tak perlu mengeluh.. tak perlu tunduk pd rasa sakit tu. Sebaliknya, be strong. Cakap pada diri sendiri, in sha Allah, sikit je sakit ni... mohon pada Allah, 'Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik...."

Hmm... baiklah. Saya akan sentiasa jadi kuat. Sy janji akan dgr ckp dan nasihat awak. Sy akan sentiasa jg kesihatan diri demi awak dan anak-anak kita. Yang lain... terserahlah pada belas dan kasih-Nya...

Pa, nanti ajar saya naik basikal ya. Saya setujulah kita pi exercise cycling sama-sama... hu hu. Saya nak kuruskan badan dan saya nak sihat! Nanti kalau sy terlalu gemuk, kesian awak nak dukung sy yg berat ni...

Saya suka sgt lagu ni... saya suka video klipnya. 
Dan ND looks awesome in here...

Pa, ajari saya untuk jadi isteri 
dan Ummi yang terbaik ya...

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS