Sunday, January 6, 2013

Dia Rindukan Saya...

Hari ini semua org pi belajar. Papa Nasir (PN) ada kelas sehari suntuk. Leadership. Smlm katanya mengantuk kat kelas gila-gila. Hai... bila orang tua dgr lectures gitule.. hu hu..

8.30am td hantar Babang n AB pergi tuisyen. Tuisyen on weekends tu, adoi... saya minta nights tuition sbb weekend byk urusan keluarga - nak balik kampung, kenduri etc.  Sir Joseph kata primary students tak boleh tuition at nights. Mereka letih sekolah seharian (agama+kebangsaan). Kalau mereka letih, tuition malam pun serves no purpose. Betul juga...

Smntr tunggu mrk hbs tuisyen, sempat basuh baju 2 trip, kemas rumah atas bawah, lipat n susun baju, gosok semua baju sekolah n baju kerja PN n masak utk lunch. Habis semua, rush pi My Mydin  beli barang dapur, lgsg fetch bebudak at 130pm tadi.

Rutin yg dah berubah sedikit. Nak buat mcm mn, mcm tu lah bila jd mak-mak yg anak2 dah bersekolah kan... saya kena sacrifice ambitions in reading n writing... 

AB kena tuisyen sbb tahun ni dia ambil UPSR. Last UPSR kan? Babang pula mmg baru Tahun Satu. Tetapi sistem penilaian yg dipraktiskan di sekolah kini (no exams) pd saya lebih tough. It means students kena bersiap sedia sentiasa. Sbb itu sy rasa Babang perlu grab all the concepts earlier. 

Ibu saya komplen 'mak ayah pandai, tapi anak hantar kat org lain belajar'. Hmm... bkn sy tak blh ajar anak sendiri. Limitasi cuma excuse. Yg kritikal ialah Babang suka mengelat kalau belajar dgn Ummi dan Papanya... habih camno?

Jumaat lps sy kn masuk office. Ambil cuti cuma 2 hari. Risau jg tinggalkan Babang di sekolah. PN pula sibuk pasang lampu di No.23 tp sempat intai anak dia sekejap. Terasa bergegas juga hidup Jumaat tu. Rush seboleh daya siapkan kerja sblh pagi sbb nk fetch Babang tgh hr utk ke sekolah kebangsaan.

Dia okay je di sekolah agama. Jam 210pm htr dia ke SKS7, tgk dia dr jauh. Nampak dah okay. Tahu di  mana barisan kelasnya. Adapted. Waktu rehat pun dia sendiri tanpa sy. Seemed okay. Balik pun dia dah tahu di mana nak tunggu sy. Senang dlm hati...

Tadi ni sewaktu suap dia lunch, sy kt, "Babang.. esok sekolah tau. Ummi dah kerja, Ummi tak boleh teman Babang lagi. Babang kena pandai bawa diri di sekolah ya. Ada lagi tak kawan2 yg nangis di sekolah?"

Dia jawab, "Ada."

"Babang tak nangis kan? Babang anak Ummi, Babang kena kuat semangat. Kat sekolah jgn buat perkara2 yg tak elok. Babang pergi sekolah nak belajar... nanti kalau pandai, Babang blh pergi boarding school, blh study oversea. Nanti Babang bolehlah tengok salji. Masa tu pun Babang sendiri. Ummi Papa tak ikut... kami kena kerja cari duit untuk sara keluarga kita. Babang okay kan?"

Dia angguk2, digesting my words. "Ya, saya faham... saya tak nangis. Tapi saya cuma nangis sikit je."

"La... nangis sikit? Babang nangis juga ke? Kenapa?"

Babang jawab, "Masa saya rehat dan dah beli wafer tu, saya jumpa tempat yang Ummi teman dan jaga saya masa makan tu. Saya nangis.. sedih... sebab saya rindukan Ummi..."

Aduhai anakanda ku.. you touched me deepest inside... Ummi too, misses you n Didik every heart beat of mine, tau...

6 comments:

  1. x tau pon pasal budak2 sekolah ni..mmg x de exam akhir thn semua ke kak? UPSR pon x de dh yer?

    sekarang ni tuition dh mcm sekolah wajib pulak ye. dulu time nk amik exam besar je tuition..emm letih jugak jd budak2 zaman skrg yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. exam dah tak de, rasanya PMR pun thn ni last. Every now n then ada penilaian, means mereka tak lagi ada konsep 'belajar utk exam'. Now belajar untuk ilmu hu hu...

      tuition tu untuk mereka dalami subjek dan further understand. Nak ajar kat rumah, adoi... tak cukup ilmu nak tahan panas hati dgn kerenah mereka ha ha...

      Delete
  2. sedihnye bile babang kate gitu.. terharu

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dan follow.....(^_^)

    ReplyDelete
  4. alahaiiii dia..kecil2 lagi dah pandai:)

    ReplyDelete
  5. lyly : touched his Ummi...

    Mia Kassim : Tq sis singgah di FRAN ya.

    nor syuhada : aaamiin...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS