Monday, October 26, 2015

Inspirasi GPS CINTA : Hidup, satu PILIHAN



Jualan Gudang Karangkraf hjg thn akan berlangsung pd 30/10/2015-08/11/2015. Editor email minta volunteer turun padang. Ingin sgt nk pergi. Tapi janji yg x tau boleh ditepati atau tak, better don't commit. Even Papa insisted to volunteer... I guess it's not necessary. Kalau ada izin Tuhan, saya turunlah nanti.

3rd baby, GPS Cinta. Sgt sinonim dgn MAHAN. Sinonim juga dgn satu perkataan. Betrayal. Tak apa... bila ada begitu byk pemberian Tuhan yg buat saya tersenyum, senyum ajelah walau airmata kadang2 jatuh setitik2 sampai boleh isi kolam kecik boys tu.

Hidup ini satu pilihan. Saya pun sdg usaha untuk pilih sesuatu yg damaikan jiwa. To you dear elder sister, indeed I once said this to you, "Hidup ini satu pilihan. Bukan cuba-cubaan."

Nak simpan memori ttg GPSC. Ia sempurna seadanya @ 2.37am Jumaat 22/3/13. Tak ambil masa yg sgt pjg utk jadi versi cetak. Happy sgt! Bersyukur sgt. TQSM BPSB!

GPSC came into my head after Kopi+Kek=Kahwin+Cinta's session. Sy dulukan ia berbanding 2 lg mss yg dlm pembikinan. 1/2 way, terfikir nak tukar nama hero n heroin spy ia story yg ada sdkt pengisian to relate dgn tajuk n jln cerita (as what Papa always insisted me to do.. sebelum dia 'BUSY' laa...). Search for Ada Apa Pada Nama. Wujudlah T n H. Then tajuknya tukar kpd KTVH. I could still remember Papa's expression when I told him about d final title. 

Story flow dtg in stages. Proses baca dr mula sampai dah terbit sy buat sendiri sbb 'internal auditor' saya sgt sibuk. Hmm... pon tgh pertimbang nak TERMINATE service dia nih tapi surat rayuan asyik sampai! Ya. dia mmg 'sangatlah sibuknya' waktu itu. Plus minus 365 days before & 540 days official.  Saya sibuk2 pun (sibuk sendiri & sibuk yg diberi orang) dlm tempoh tu nmpk jg hasilnya : MAHAN & GPSC. Ek?! Byk amanah yg diselewengkan. Nanti pi cari IMAN dlm small pool boys tu...

GPSC inspired by my best friend & Papa's friend. Meeting up with them, knowing their life, attitude, listening to their dreams & hope... all gave me scripts. Transformed ke atas skrin. Slbhnya adalah exaggeration dr imaginasi n fantasi sy. Sy cuma meminjam mrk berdua utk trigger out cerita. 

Hujung2, saya stucked. Ending dlm kepala ala2 Adam & Hawa, masa tu sdg ulang tayang di TV. But given 2nd thought & after talked to my MIL, I twisted the ending a bit. So the credit should goes to my MIL n novel Adam & Hawa tu.

Scene Taufiq & Hidayah bertemu di tanah suci yg berakhir dgn lamaran Taufiq, sy tanya dgn MIL, "Mak, kalau ada seorg lelaki & perempuan ni, pernah suka sama suka, tp tak ada jodoh. Kemudian few years after (eh, mengada-ngada saya terckp omputih dgn MIL), err... slps bbrp thn, mrk terjumpa sml. Ms tu dua2 tgh buat umrah. Ms kat Jabbal Rahmah, lelaki tu melamar perempuan. Blh ke bgt mak? Nnti tak ke selewengkan niat kita pergi tanah suci tu?"

Jwpn MIL, "Nikah kahwin tu pun ibadat juga. Kalau betul caranya, apa pulak yg salah...?"

There it went. Sy sdhkan ia ikut versi n imaginasi sy seadanya & awak sudahkan imaginasi awak dengan dia. Erk!?

My dear, learn. Nikah kahwin itu ibadah. Berpahala. Noone including me can  deny it. Tapi kalau dibuat secara tidak beradab, biadab, hina & membelakangkan yg haq, oleh manusia2 tak bertamadun yg hati jiwa limpa terpenuh nafsu jin gersang, ia hanya membibitkan dosa demi dosa. Meruntuhkan agama & iman byk manusia. Lalu hujahkan kepada saya di mana hala tuju & kemuliaan binaan itu?

Usah melepaskan diri dgn menuding kpd kehendak & ketentuan Allah, kerana hidup manusia ini sebuah pilihan. Dan saya memilih utk belajar menerima kata kemaafan awak. U chose to stay... so, bear the pain. Because me too... struggling.

Hmm... hidup saya pun mcm buku cerita. Saya ingin nak share utk panduan org lain juga. Bila minta izin Papa, this is what he said, "Tulislah... FRAN tu kan diari hidup kita..."

Ek Pa? Boleh ek? Hmm... nanti ye... saya tulis pelan2. Menulis ni ada seni tau! Menulis ni ada adab. Sebab tu org yg 'menulis' biasanya boleh 'baca orang & lidah org'... and it's proven.

Aiyok, tak tau... nape mcm mengidam buah jambu? Tapi saya tak moh jambu tua.. Tambah pulak jambu tua yang kulitnya berkerutu dan isinya busuk! Ha, sbb tu saya pilih buah... err.. buah apa ye? Nanti saya pilihlah... hidup kan satu pilihan.


Sunday, October 25, 2015

IMAN in Our Small Pool?

Bila seseorg yg menulis cerita mencipta watak, scenes, plot & scripts... the elements would have no say. Disuruh menangis, menangis. Dibuat jadi marah, maka marah. Dilalukan dgn kecewa, kecewalah dia. Menurut ajelah hingga ditakdirkan hujungnya. But don't worry, setiap buku cerita, for sure happy ending. Maka ikut je sampai perkataan TAMAT timbul. Typed, erase, typed, edit, typed, edit, typed, deleted. Sehingga sempurna. 

Buku cerita kalau tak ada konflik, nanti bosan. Hidup senada, hambar. Terlalu byk konflik, nanti tak boleh teruskan pembacaan. Rasa sesak dada.  

Tapi kalau hidup terlalu byk warna, otak boleh jadi mereng juga. Nanti dah tak tau nak beza mana hitam, mana putih, mana kelabu. Oren kata merah, hijau kata ungu. Tak percaya? Ada... wujud. 

So RAN, you are always in the learning process! Dlm pd belajar menulis & stuggle untuk hasilkan satu naskhah seadanya, hidup sendiri pun tertakhluk kpd rencana Dia. Lalu je seadanya. Gagahkan je la obstacles tu semua kerana melepasinya adalah kesahihah kekuatan diri. 

Hidup perlu diteruskan sblm titik tamat menjelang. Or at least, hidup utk hari ini & cherish all the happy moments blessed in our life. One fine day, we will sit back (jika pinjaman nyawa msh dipanjangkan) to laugh at all the funny people and life events we ever encountered.

My dear boys... sorry ya. Lama Ummi tak simpan memori dlm FRAN. Ummi berhibernasi slm 44 hari scr rasmi. Merehatkan zahir & batin, menggali ilmu & iman utk memulakan semula sebuah perjalanan. Perjalanan hidup yg baru mulai 1 Muharram lalu. Insya-Allah. Perjalanan hidup yg pasti akan bertambah didendami mereka. Allah ada...

MAHAN mesra camera. Kalau tgk gambar2 MAHAN, mcm ada style of posing.
That's just not like me... hu hu...

Their Papa bought that small thing for them recently. Eh eh... tetiba. Lama hutang vacation dgn boys ye? 
Almaklumlah.. beratus hari busy...

U : Apa yang awak cari sebenarnya Pa?
P : Cari BALA...

Elok sgtla tu Pa... kalau cari Balak, dpt juga saya tumpang. 
Harta sepencarian!
Ni cari BALA, saya juga yg sesat barat nak selamatkan awak. Haish! 
Nasib baik saya khatam Quran, khatam novel cinta & khatam siri Tamar Jalis! 
Dunia... 

tetiba teringat lagu Raihan : 

"IMAN TAK DAPAT DIWARISI, 
DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA, 
IMAN TAK DAPAT DIJUAL BELI
IA TIADA DI...

Err... Boys, ada tak kamu jumpa IMAN dlm small pool tu?


Notes:
Alhamdulillah... Urusan hari ni dipermudahkan Tuhan. That's the advantage of having wise family members... And that's d advantage of having true 'iman'...

Thursday, October 22, 2015

Music To The Wall



 PLAY THE MOMENTS
PAUSE THE MEMORIES
STOP THE PAIN
REWIND THE HAPPINESS


Memori MAHAN sewaktu belum pandai berjalan. Bila dengar lagu favourite Babang & Didik ni, MAHAN selalunya akan dance. Baring pun boleh menari juga... tarian kayuh basikal.

When the boys are the genuine gift, my wall is just getting stronger... 

Tuesday, October 20, 2015

12 DAYS : WRITER'S BLOCK IS LIKE THE PERSISTEN HAZE


****************************************
“Things happened for reason. Indeed.

Kini aku melihat jelas rupa manusia dalam sifat pengkhianat, duri dalam daging, barua, talam sepuluh muka, lidah bercabang lima dan manusia yang sumbing hatinya. Kini aku melihat, manusia yang gagal di garisan halus pemisah antara yang hak dan batil. Manusia yang hilang iman bila demi menghapuskan seekor semut merah yang menggigit, rela bersekongkol dengan tedung berbisa.

Aku melihat manusia yang dulu di haluan kiri masih terus mengiri. Belum dihidayahi tanda ‘JALAN MATI’. Aku melihat manusia yang sanggup hancur demi kemusnahan orang lain. Hebat. I am so amazed, seriously. Keep it up, all! Don’t ever give up! I am learning a lot from you guys.

‘Awak mahu teruskan niat awak? 
Dia itu bukan calang-calang orangnya. 
Dendamnya akan buat awak SENGSARA.’

10 tahun dulu, peringatan itu diberikan kepadaku, kini semakin nyata. Betapa tersungkur dan berdarah, masih ampuh demi cita-cita yang didendami. Bertahun tak tembus, bila bergabung, meletup.

Onak ini telah aku gagahi di pangkalnya demi mengimani DIA. Satu yang aku tahu : If I have to terminate it here… It will be terminated because I am just an ordinary lady… I have human’s heart… I have human’s soul… weakening.  I need time to pull a gear and rest. I need to raise the rent and kick all the negatives tenants out from my heart. So, when the negatives people left, then the brighter clouds will come. Hmm... better hah?

Usah melompat bila diberi gelaran jika kalian sendiri yang menyandangnya pada lidah dan perbuatan. Tiada nasab manusia yang maksum di dunia. Kalian juga pendosa, malah berkali-kali. Sedang, jika aku berdosa, aku berdosa satu kali.

Thank you. You just showed me the reason why all I did should have been done. Now you see what I saw, you feel what I felt. But you as the model, wow… killing both of us inside. 

Dear, the sorry wouldn’t be able to rebuild the broken trust. Give it some time… may it heals by itself... if only HE blesses the healing.”

 ****************************************

"12 DAYS" in my head, is my next manuscript consists of 
romance-mistic-thriller-adventurous items.  
Hey, writer’s block, 
take yourself away into the haze and be gone to elsewhere.
Clear my way… 
I need to gear up my 12 DAYS before jerebu dalam hati ni pudar. 
Or else… feeling akan jadi kurang.  Ek?


And the precious quotes for my sons to remember :

Api yang menyala memang senang dikenali kerana ia api dari neraka.
Tapi api dalam sekam itu kasihan sekali... 
hanya mampu membakar diri.
Bimbang jika nyalaannya nanti apakah akan beri manfaat 
atau hanya akan merentungkan segala yang ada.

Thursday, October 8, 2015

Earlier Story

Pa,

Kalau teori doktor ttg keadaan saya 10 tahun yg lalu tu tepat... dan kalau awak redha dgn permintaan saya dulu, kita mungkin dah lalui hidup dgn org lain, masing-masing... kan? Kita mungkin tak lalui kertas ujian yg sdg kita lalui ni.... tapi mungkin sdg jawab kertas ujian lain pula.. kan? Entah2 lagi susah ek?

Dan kalau apa yg doktor cakap ttg saya tu betul, awak pernah kata & kelmarin pun kata lagi, mungkin kita hidup berdua je, jalan sana-sini. Ya ke? Atau mungkin saya je yg lalu hidup ni seorang diri...?

Apapun, dgn pinjaman Allah pd saya - Babang, Didik & Baby MAHAN, I would always stand on my feet, lalui hidup yg sejak awal dulu dah saya ketahui akan penuh onak duri, just to raise & educate my babies.. demi agama mereka & agama kita. Tak kisahlah apapun yg mendatang & yg diberikan oleh Tuhan... so far, dah banyak yg saya & kita lalui. Seadanya & semampu kita.

Untuk sekali lagi ini, insya-Allah masih boleh lalui. With or without...  

Shared from Emma Maembong's FB few days ago, will this be our story, kalau apa yg doctor predict 10 tahun yg lalu dulu tu jadi realiti...?




Notes :
Papa demam dari semalam.
Hmm... saya masih bertahan sejak 19 Ogos itu... Alhamdulillah.

PAGEVIEWS