Wednesday, October 28, 2015

Throwback : Baling Aje

When it happened... I scrolled down my FRAN. I wanted to see our life patterns for that period of time. I wanted to see what went wrong & how it went wrong. And I realized a thing... I indeed, knew it long ago. That justify the reason when all the stories were kept in the draft. 

When I originally wrote this sharing ... we were in the middle of pack n unpack works. 4 times a year pindah rumah hya kerana menjaga hati manusia. Siapa boleh jadi saya? And in reality, saya 'pack & unpack' sendirian. Berhijrah dgn my boys sendirian. He wasn't there. He was in fact, in the space of nowhere. 

Masa kemas2 kotak tu, terjumpa pula brg ni yg tunggang terbalik dlm kotak. Kesian dia...


Office buat  event main bowling, ketika kami dlm fasa kesibukan memindah brg2 dr No 5 ke Homestay TSP (pindah kali pertama). Sebelum ni sy tak pnh ikut. Tp kali ni office buat acara family, n masa tu I pitied him so much lihat dia penat angkut brg, nak bagi dia break. But I didn't realize he had 'extra energy'. Transformer! 


Sy dgn bowling tak sinonim mcm saya dgn hospital. Dlm hidup sy, ni kali ke2 ke kali ke3 kot sy pegang bola berat tu. Dan sy tak pnh blh baling dgn betul. Hari tu pun, sy hanya mengelek MAHAN. Almaklum masa tu MAHAN baru 3 bulan lebih. Lagipun niat cuma nk bg rest kat Papa & the boys. (knp asyik kita je fikir utk org?) Coincidence, ada team tak dtg, so one lane kosong. Kids conquered .

Pa main for both turns - his n mine. Tetiba dpt no. 3 drpd 13 teams, maafkan kami cengkelat! N guess which team was d 13th (d'last)? Tentulah Babang n groupnya hu hu...

Babang n Didik love bowling. Sampai hari ni asyik sebut, "Bila lagi kita nak pergi main bowling?"

Nanti-nantilah ye nak. Tunggu jerebu clear dulu la ye. Lagipun 'pantang' tak habis lagi nih.

Sabar ye. Kata nak rawat. Ini je ubat yg agak praktikal buat masa ni. Mcm kapal tgh laut yg kritikal ditembusi peluru berpandu. Nmpk oleng-oleng nak karam, baling ajelah semua brg berat yg ada. Harap2 kapal tu sempat sampai tepi pantai. Samalah mcm sekeping hati bentuk love yg sumbing tu. Kena spill out everything. Return everything to everybody. Letakkan hati di hujung mouse (bkn pena).

Pengalaman tu guru kehidupan. Learn. I 'm worried, if you happen to fall again, I may not be able to be any near to rescue you anymore...


"Apakah yg hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran"
(Lafaz Yang Tersimpan - UNIC)


Tuesday, October 27, 2015

Bantal Busuk



Since 19 Ogos 2015, byk aktiviti spring cleanings saya buat di rumah. Semua item palsu, tiruan & yg 'tak halal' telah dimasukkan ke dlm lori sampah. Enough is enough. Now onward, no entry to parasites.

Cukup2lah beri ruang kpd anjing2 yg menggigit tangan pemberi makan. Cukup2lah beri ruang kpd parasit yg fitrahnya meracuni rumah yg ditumpang. This is my house, my heaven. Place where my boys will have their live, love & happiness.

Saya mmg suka cerita Hindustan. Tapi tak ada maknanya nak berkorban sampai terkorban. Ceh!

Dlm spring cleaning tu byk genuine memories turut termusnah. Beratus gambar dlm 2 handphones tak dpt nak retrieve. Nasib baik ada satu dua yg terperam dlm FRAN. Dapatlah simpan as memory. Lagi selamat simpan dlm FRAN berbanding simpan dlm hp. Gambar dlm hp tu kang kot2 ada lagi manusia tamak yg hati hitam, iman hilang, akal cetek sebab hidup berajakan nafsu dlm kain, screenshot curi2. Hai... dah tua2 baru nak jadi pencuri?

Jadi manusia, tak elok tamak haloba. Jadi manusia, jangan culture-shock sgt. Kalau ya pun selama ni tak pernah dapat @ x pernah rasa yg 'best', bila dah rasa, usahlah 'fly high' sgt. Nanti tak jumpa tempat selamat nak landing. Kang kot berkecai? Semua yg kita ada ni bukan milik kita pun. Janganlah takut sgt dgn bayang2 sendiri. Berani buat, berani2kanlah diri untuk tanggung.

Biasanya org sebut 'menang tanpa bertanding'. Tapi krn tamak & busuk hati, terus 'kalah tanpa bertanding'. Tak ke sia2 hidup jadi manusia mcm tu? Dalam situasi ini, realitinya tak ada sebarang faedah pun, Kalah jadi abu, menang pun jadi arang je. At least, jadi arang masih ada guna. Buat barbeque ke, bakar sate ke, buat ubat gigi ke... tapi kalau jadi ABU?

Kalau dihitung umur, sepatutnya dah lebih pengalaman, Hidup katanya warna dah macam2. Tapi sayangnya nafsu dlm kain lagi kebal dari akal. Apatah lagi bila disemarakkan oleh para penasihat 25 sen yg tak boleh dipakai. Terus hanyut di lautan jahanam. Nak ku tolong capai, malangnya tangan pulak tak sampai.

Ke Jelobak ke Jolobu
Tetibo sosek kek Sg Siput
Lamo dah ni hati berjorobu
Pa, copek cipta vacum spesel bagi sodut!


Alamak... sorry MAHAN. Ummi nak simpan ttg bantal busuk tapi berjangkit pulak. Sbnrnya, Ummi sdg practice menulis genre alternatif. Telus, terus, daring & killing. Boleh la ye...

Bantal busuk yg MAHAN pegang2 tu turun-temurun, legasi dari Babang ke Didik sampai ke dia. Sian MAHAN.... Ummi minta belikan yg baru, Papa tak moh. Patutlah... rupanya Papa yg ada bantal busuk. Bantal busuk papa tu bahan buangan terpakai. Tapi Papa kan manusia baik hati. Cepat kesian. Terpakai pun bolehla... jgn membazir. Pegang pesanan bro Abil tu, jgn kesian kesian sgt.. sekarang kan dah kesian kat diri sendiri.

Pa, awak ingat tak monyet sado belakang umah kita tu? Kalau saya pakaikan dia lipstick, buat kan rambut, pakaikan baju merah jarang ketat n suruh dia buat drama sikit, agak-agak ada yang fall tak? Tak kan? Sebab dah tahu itu monyet. Heh.

Tapi bantal busuk MAHAN tu legasi kita sendiri. Tak serupa. Bau pun lain. Rasa pun of course lain. Sebenarnya my boys are not so obsess dgn bantal busuk @ kain busuk ni. Ia cuma sekejap je... when they were baby. Bila dah besar sikit, nampak Babang n Didik pun follow suit Papa mereka. Tak kisahtidur di mana @ berbantal ke tidak. 

My sibling yg sgt obses dgn bantal busuk ialah Angah. Sampai sekarang masih ada kot. Dulu bantal tu dia bawa sana sini. Pi keja, bawa bantal busuk dlm beg tangan. Bila kahwin, suami sebelah sana, bantal busuk sebelah sini. Masa Babang kecik dulu, dia pernah rendam bantal busuk Mak Ngahnya dlm baldi. Hitam airnya. Menangis Angah dibuat dek Babang.

Saya pun ada bantal busuk. Tapi selepas 27/01/2006 tu, lain pulak bantal busuk saya. Sekarang saya ingat saya nak basuh la bantal busuk tu mcm yg Babang pernah buat. Kasi rendam sepuluh hari sepuluh malam dlm Clorox, kasi buang itu hitam kepam bau-bauan bendasing. Kasi letak antibiotik (antibiotik?), pelembut & pewangi Softland. Kasi samak sampai suci semula. Kemudian kasi pakai sarung bantal baru... ek?

Ke cari bantal busuk baru lagi best?
MAHAN. nak bantal busuk baru tak?

Monday, October 26, 2015

Inspirasi GPS CINTA : Hidup, satu PILIHAN



Jualan Gudang Karangkraf hjg thn akan berlangsung pd 30/10/2015-08/11/2015. Editor email minta volunteer turun padang. Ingin sgt nk pergi. Tapi janji yg x tau boleh ditepati atau tak, better don't commit. Even Papa insisted to volunteer... I guess it's not necessary. Kalau ada izin Tuhan, saya turunlah nanti.

3rd baby, GPS Cinta. Sgt sinonim dgn MAHAN. Sinonim juga dgn satu perkataan. Betrayal. Tak apa... bila ada begitu byk pemberian Tuhan yg buat saya tersenyum, senyum ajelah walau airmata kadang2 jatuh setitik2 sampai boleh isi kolam kecik boys tu.

Hidup ini satu pilihan. Saya pun sdg usaha untuk pilih sesuatu yg damaikan jiwa. To you dear elder sister, indeed I once said this to you, "Hidup ini satu pilihan. Bukan cuba-cubaan."

Nak simpan memori ttg GPSC. Ia sempurna seadanya @ 2.37am Jumaat 22/3/13. Tak ambil masa yg sgt pjg utk jadi versi cetak. Happy sgt! Bersyukur sgt. TQSM BPSB!

GPSC came into my head after Kopi+Kek=Kahwin+Cinta's session. Sy dulukan ia berbanding 2 lg mss yg dlm pembikinan. 1/2 way, terfikir nak tukar nama hero n heroin spy ia story yg ada sdkt pengisian to relate dgn tajuk n jln cerita (as what Papa always insisted me to do.. sebelum dia 'BUSY' laa...)Search for Ada Apa Pada Nama. Wujudlah T n H. Then tajuknya tukar kpd KTVH. I could still remember Papa's expression when I told him about d final title. 

Story flow dtg in stages. Proses baca dr mula sampai dah terbit sy buat sendiri sbb 'internal auditor' saya sgt sibuk. Hmm... pon tgh pertimbang nak TERMINATE service dia nih tapi surat rayuan asyik sampai! Ya. dia mmg 'sangatlah sibuknya' waktu itu. Plus minus 365 days before & 540 days official.  Saya sibuk2 pun (sibuk sendiri & sibuk yg diberi orang) dlm tempoh tu nmpk jg hasilnya : MAHAN & GPSC. Ek?! Byk amanah yg diselewengkan. Nanti pi cari IMAN dlm small pool boys tu...

GPSC inspired by my best friend & Papa's friendMeeting up with them, knowing their life, attitude, listening to their dreams & hope... all gave me scripts. Transformed ke atas skrin. Slbhnya adalah exaggeration dr imaginasi n fantasi sy. Sy cuma meminjam mrk berdua utk trigger out cerita. 

Hujung2, saya stucked. Ending dlm kepala ala2 Adam & Hawa, masa tu sdg ulang tayang di TV. But given 2nd thought & after talked to my MIL, I twisted the ending a bit. So the credit should goes to my MIL n novel Adam & Hawa tu.

Scene Taufiq & Hidayah bertemu di tanah suci yg berakhir dgn lamaran Taufiq, sy tanya dgn MIL, "Mak, kalau ada seorg lelaki & perempuan ni, pernah suka sama suka, tp tak ada jodoh. Kemudian few years after (eh, mengada-ngada saya terckp omputih dgn MIL), err... slps bbrp thn, mrk terjumpa sml. Ms tu dua2 tgh buat umrah. Ms kat Jabbal Rahmah, lelaki tu melamar perempuan. Blh ke bgt mak? Nnti tak ke selewengkan niat kita pergi tanah suci tu?"

Jwpn MIL, "Nikah kahwin tu pun ibadat juga. Kalau betul caranya, apa pulak yg salah...?"

There it went. Sy sdhkan ia ikut versi n imaginasi sy seadanya & awak sudahkan imaginasi awak dengan dia. Erk!?

My dear, learn. Nikah kahwin itu ibadah. Berpahala. Noone including me can  deny it. Tapi kalau dibuat secara tidak beradab, biadab, hina & membelakangkan yg haq, oleh manusia2 tak bertamadun yg hati jiwa limpa terpenuh nafsu jin gersang, ia hanya membibitkan dosa demi dosa. Meruntuhkan agama & iman byk manusia. Lalu hujahkan kepada saya di mana hala tuju & kemuliaan binaan itu?

Usah melepaskan diri dgn menuding kpd kehendak & ketentuan Allah, kerana hidup manusia ini sebuah pilihan. Dan saya memilih utk belajar menerima kata kemaafan awak. U chose to stay... so, bear the pain. Because me too... struggling.

Hmm... hidup saya pun mcm buku cerita. Saya ingin nak share utk panduan org lain juga. Bila minta izin Papa, this is what he said, "Tulislah... FRAN tu kan diari hidup kita..."

Ek Pa? Boleh ek? Hmm... nanti ye... saya tulis pelan2. Menulis ni ada seni tau! Menulis ni ada adab. Sebab tu org yg 'menulis' biasanya boleh 'baca orang & lidah org'... and it's proven.

Aiyok, tak tau... nape mcm mengidam buah jambu? Tapi saya tak moh jambu tua.. Tambah pulak jambu tua yang kulitnya berkerutu dan isinya busuk! Ha, sbb tu saya pilih buah... err.. buah apa ye? Nanti saya pilihlah... hidup kan satu pilihan.


Sunday, October 25, 2015

IMAN in Our Small Pool?

Bila seseorg yg menulis cerita mencipta watak, scenes, plot & scripts... the elements would have no say. Disuruh menangis, menangis. Dibuat jadi marah, maka marah. Dilalukan dgn kecewa, kecewalah dia. Menurut ajelah hingga ditakdirkan hujungnya. But don't worry, setiap buku cerita, for sure happy ending. Maka ikut je sampai perkataan TAMAT timbul. Typed, erase, typed, edit, typed, edit, typed, deleted. Sehingga sempurna. 

Buku cerita kalau tak ada konflik, nanti bosan. Hidup senada, hambar. Terlalu byk konflik, nanti tak boleh teruskan pembacaan. Rasa sesak dada.  

Tapi kalau hidup terlalu byk warna, otak boleh jadi mereng juga. Nanti dah tak tau nak beza mana hitam, mana putih, mana kelabu. Oren kata merah, hijau kata ungu. Tak percaya? Ada... wujud. 

So RAN, you are always in the learning process! Dlm pd belajar menulis & stuggle untuk hasilkan satu naskhah seadanya, hidup sendiri pun tertakhluk kpd rencana Dia. Lalu je seadanya. Gagahkan je la obstacles tu semua kerana melepasinya adalah kesahihah kekuatan diri. 

Hidup perlu diteruskan sblm titik tamat menjelang. Or at least, hidup utk hari ini & cherish all the happy moments blessed in our life. One fine day, we will sit back (jika pinjaman nyawa msh dipanjangkan) to laugh at all the funny people and life events we ever encountered.

My dear boys... sorry ya. Lama Ummi tak simpan memori dlm FRAN. Ummi berhibernasi slm 44 hari scr rasmi. Merehatkan zahir & batin, menggali ilmu & iman utk memulakan semula sebuah perjalanan. Perjalanan hidup yg baru mulai 1 Muharram lalu. Insya-Allah. Perjalanan hidup yg pasti akan bertambah didendami mereka. Allah ada...

MAHAN mesra camera. Kalau tgk gambar2 MAHAN, mcm ada style of posing.
That's just not like me... hu hu...

Their Papa bought that small thing for them recently. Eh eh... tetiba. Lama hutang vacation dgn boys ye? 
Almaklumlah.. beratus hari busy...

U : Apa yang awak cari sebenarnya Pa?
P : Cari BALA...

Elok sgtla tu Pa... kalau cari Balak, dpt juga saya tumpang. 
Harta sepencarian!
Ni cari BALA, saya juga yg sesat barat nak selamatkan awak. Haish! 
Nasib baik saya khatam Quran, khatam novel cinta & khatam siri Tamar Jalis! 
Dunia... 

tetiba teringat lagu Raihan : 

"IMAN TAK DAPAT DIWARISI, 
DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA, 
IMAN TAK DAPAT DIJUAL BELI
IA TIADA DI...

Err... Boys, ada tak kamu jumpa IMAN dlm small pool tu?


Notes:
Alhamdulillah... Urusan hari ni dipermudahkan Tuhan. That's the advantage of having wise family members... And that's d advantage of having true 'iman'...

Thursday, October 22, 2015

Music To The Wall



 PLAY THE MOMENTS
PAUSE THE MEMORIES
STOP THE PAIN
REWIND THE HAPPINESS


Memori MAHAN sewaktu belum pandai berjalan. Bila dengar lagu favourite Babang & Didik ni, MAHAN selalunya akan dance. Baring pun boleh menari juga... tarian kayuh basikal.

When the boys are the genuine gift, my wall is just getting stronger... 

PAGEVIEWS