Monday, March 6, 2017

Feel Like New

Alhamdulillah.
Don't know why I feel like so new this morning.
Everything started so well... so calm... perhaps the serenity is coming back to my life... :-)

Mungkin Allah dengan penuh belas, restore semula kesihatan slps few weeks down, tak boleh tidur, tak dapat nak breathing properly, tak boleh berkuat, tak boleh itu tak boleh ini. Alhamdulillah. Masih ada nafas lagi...

Mungkin sebab dah jumpa ibu dan mak. In such a way, rindu tu terubat. Dapat makan kerabu yg mak buat (I know she made it for me... because she knows how much I love her kerabu), dpt makan gulai nangka ibu masakkan penuh kasih sayang. 

Hopefully juga dah penuhi hasrat abah. Tak akan pernah mampu nak ekspresikan secara lahiriah, kerana beban dlm hati ni Allah je tahu betapa berat. Takut2 airmata turun laju macam air terjun Niagara, nanti banyak perkataan yang keluar, bimbang ada yg lagha dan memudharatkan banyak pihak. Biarlah saya terus simpan dalam-dalam. InsyaAllah saya ada ubatnya untuk self-healing ni...  

Atau mungkin juga sebab satu penantian akan berakhir esok lusa, insyaAllah. Macam Pa kata' Hah... lega... satu penantian dah berakhir'. 

Tapi satu penantian yg berakhir tu pastinya akan menerbitkan penantian & harapan lain pula. Selagi masih ada nafas meneruskan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi ni, selagi tu lah penantian demi penantian akan terus ada. Harapan & impian masih akan berbilangan. Dugaan & cabaran pasti akan menjelma. Hidup manusia atas kehendak Allah. Lalu je lah seadanya.

Hacksaw Ridge petang semalam juga agaknya bakar semangat. Berbeza, tapi intipati serupa. Be kind. Have faith, RAN.  

Banyak memori tertinggal untuk didiarikan. Perlu masa untuk catch up dan tulis berdikit. Supaya memori itu tersimpan di dalam FRAN, manalah tahu kalau satu hari Allah ambil sedikit demi sedikit memory storage dari diri ini. At least, ada lah kenangan.

Atau bila tiba saat tu nanti, bolehlah Pa n boys review & kenang semula '...kamu biasa denganku, kamu biasa ada aku. Namun hidup ini jangan berhenti hanya bila aku pergi. Kenanglah aku di hati, kenanglah senyum dan tangisku, baik dan marahku dan segalanya...' Ada ni sesikit Ummi simpan dalam FRAN.... :-)

Okay, boys are having their exam week. All the best dear Babang & Didik. Semoga ilmu beri manfaat, semoga ujian mematangkan fikiran. 
  


28/02/17 Pa kept this in my FB. Not an unusual view. Tapi bila Pa up dgn status Baby's road to syurga... alahai, ada kuch kuch hota hai pulak dlm hati. My trust fund to heaven, insya-Allah...


Ya Allah, 
kami mohon keampunan-Mu, kerahmatan-Mu, 
taufik & hidayah Mu. Kami syukuri segala pemberian-Mu. Kurniakan kami rahmat di sisi Mu & berikanlah kami keselamatan di dunia hingga akhirat.  Ya Allah, kami mohon kurniakan ibubapa kami tempat istimewa di syurga-Mu kelak. Dan izinkan kami untuk terus istiqomah berjalan di atas jalan-Mu yang lurus.
Aaamiiin...


Good morning, love!
Good morning, life!
Bismillah...

Monday, February 6, 2017

Menang

Baby MAHAN sedang menangis. Disakat Didik.

U : Bi kenapa?
B : Ye nak enang!
D : Bi tak menang! Dik menang! Dik nombor satu!
U : Adik…
U : Bi nak menang apa ni?
B : (tunjuk jari  4) Ye nak enang! Ye nak bo nam!
D : (giggle)
U : Hmmm... kalau nak menang, baby kena nombor satu…
B : Nanak! Ye nanak bo atu! Ye nak bo nam gak!

Iye lah baby…
Kalau Baby kata nombor enam tu menang, menanglah dia… hu hu…
Menang itu ada dalam tafsiran yang subjektif. Indeed.


‘The real winning is not measured by quantity or rewards.
It is the feeling defined when you’ve given your best in everything.’
                                                                                    (RAN'01/17)

Monday, January 23, 2017

Selamanya Cinta : Dia Mula Dah...



mula2 tanya tentang gear. skrg tanya pedal minyak & break.
sabar Dik... tunggu lagi 9 tahun ye, 
insyaAllah  ada rezeki, PaMi hantar pi sekolah memandu ye... 

Thursday, January 19, 2017

Selamat Pagi MDH

Alhamdulillah... it's done.

Getting MDH to it's final line... agak stressfull. Nape ntah kali ni seksa sgt nak settlekan yg ke-4 ni.

Terlajak dateline melebihi tarikh 31/12/2016. Harap-haraplah jadual 2017 masih ada belas kesian kat MDH hu hu...

Tak apalah... apapun saya terima je lah. Janji saya dah cuba sedaya upaya. Itulah sehabis baik kemampuan saya yang tak pandai ni. Berkali2 proses edit & re-read sampai dah tak lalu nak tengok skrin MDH. Macam mana editor boleh keep going membaca mss yang bertimbun-timbun tu ek? :-)

Dah email pada Che Anis sekejap tadi. Rasa lega sangat. For time being, dah tak larat nak fikir apa-apa lagi. Esok, esok punye ceritalah. Apapun komen editor, saya terima je lah nanti. Moga-moga ada rezeki saya tahun ni untuk pegang & cium baby MDH. Insya-Allah...

Nak cari bantal dah ni... jealous tengok Pa berdengkur atas sofa. Sian dia... teman MDH hu hu.


MDH... jaga diri baik2 ye kat sana. Ummi RAN tunggu kamu...
andai ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lagi...

Wednesday, January 4, 2017

Hujan Di Januari

Alhamdulillah.
Dah 4 hari di tahun baru Masihi, 2017.
Masih ada nafas dipinjamkan Tuhan.

Saya masih hanky panky mengejar rutin. 
Sesekali mood terbabas bila diri tersasar jadual.

Masih mengejar final edit MDH. Nasib baik Pa paksa, kalau tak, tak bergeraklah mengedit padahal hati dah nangis2, gelabah sebab dah terlepas cut-off time 31/12/2016. Kang kalau tak jadi terbit tahun ni sebab lambat hantar clean mss, cane...? Che Anis… tunggu saya ye. Please...

Dah hari kedua anak2 bersekolah.
Malam 2hb, ketika sediakan keperluan sekolah boys,
Papa tanya, “Pakai baju lama je ke? Kenapa tak pakai baju baru tu?”
Entahlah, saya macam tak excited seperti dulu2 nak anak2 berbaju sekolah baru di hari pertama sekolah. Kenapa lah pulak saya ni… 

Saya jawab, “Tak pa la kot… baju boleh pakai lagi.”
Tapi dalam hati saya, jawapannya ialah - Biarlah anak2 pakai baju lama, tak ada apa bezanya pun. Saya tak mahu juga anak2 saya ada sentiment ‘mesti pakai baju sekolah baru bila buka sekolah’.

Sebab… masih ramai anak2 kat luar sana sangat jarang berbaju sekolah baru. Seluar senteng, baju senteng, kasut koyak rabak… mereka masih guna ke sekolah. Struggle dan redha dengan apa yang ada atau apa yang tidak mampu diadakan.

Sebab yang mereka mahu, insya-Allah… adalah ilmu. I guess… setakat saya menangis baca cerita2 macam tu, masih belum mampu membantu melainkan menghantar doa dari jauh, saya rasa, biarlah saya kongsi perasaan tu dalam kehidupan saya.

Babang Didik pun tak kisah sarung baju dan seluar lama. Yang baharu ada, cuma masih dalam bakul 'pending for iron' duduknya. Dah Ummi asyik kejar editing.  Sabarlah sat na, minggu depan hopefully kurang satu tekanan Ummi.

1st day ke sekolah,
U : Babang nak berapa ringgit belanja?
B : Tak kisah…
B : Berapa pun Ummi bagi, saya terima.
B : Alhamdulillah…

Okay, I love that answer bang…. Ummi fefeeling touched pepagi tu.

Tghari tadi pulak, terbaca viral tentang Nabil Nabila Nadia. Okay… mcm biasa… hujan di tengahari sampai petang. Sambil kerja sambil kesat airmata. Kang orang office hairan pulak huhu.  Jangan hujan ni bawak ke malam sudah. Saya nak tengok Lara Cinta Ameena, akhir kot ye? Dan saya nak pulun MDH lagi, Insya-Allah.

Babang Didik, 
pergi sekolah tu, ingat pesanant Ummi
belajar elok-elok, jangan asik nak jadi hero Spider n Super
jangan sibuk nak cari makwe :-)
elokkan diri sendiri dulu,
makwe yg elok akan datang bila tiba waktunya, insya-Allah
masa tu barulah boleh jadi hero

Sebab... malam semalam musykil dgn baby MAHAN.
Bila sikat rambut pandang cermin, 
tetiba asik sebut 'Cek Unge' berkali-kali.
Dah kenapa Bie? Rindukan Che Bunga ye?
Hmm... kalau Ummi tak sempat tengok pasangan hidup baby nanti,
asal baby cari yang 'cek unge', ummi syukur dah ...
cek unge Cempaka pun boleh (kalau mak dia kasi la), 
cek unge Daisy lagiiiii ummi suka. 
Ummi hadiahkan MDH in advance (kalau ada rezeki terbit, angan2 free hu hu)

Hmm... sayu pulak hati bila mengenangkan babang didik baby.
Hari ni, mereka masih ada Ummi. 
Entah esok... entah lusa… entah bila… 
Tiba-tiba harus berdikari. 
Dahlah semalam nasihat Babang untuk mula belajar iron baju sendiri.

Babang, Didik…
Kalau suatu hari Ummi pergi… 
Tolong jaga baby MAHAN baik-baik ye.
Jaga Papa baik-baik juga.
Jadilah anak-anak yang soleh
Jangan lupa kirim ‘bunga’ untuk Ummi kat sana ya
Ummi tunggu... (Ummi request bunga daisy tau)

Okay, jom balik! Anak2 dah tunggu dijemput kat sekolah... :-)


Walk to remember 
2016... berlalulah kau masa, aku tidak berdaya...
2017... I'll live my life the best I can, cause it's a gift from Allah.

#adenocarcinoma

PAGEVIEWS