Friday, September 15, 2017

FANA

24 Zulhijjah 1438H

Subuh dinihari tadi hujan.
Di pejabat, terasa sejuk mencengkam belulang.
Lantas terbayang andai saatnya nanti jasad terbujur di dalam peti simpanan sementara mayat, masih mampukah merasakan sejuk itu yang teramat?

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sudah tiba para syuhada kecil dan muda, beserta warden pengiring mereka di alam transit sebelum kekalnya kehidupan yang akhir. Berundur dari kefanaan dunia. 

Tinggallah kami masih berjuang dalam hidup di dunia sementara yang kian hebat dugaanya di penghujung usia alamaya. Yang entah bagaimana pula takdir yang tertulis dan entah bagaimana pula pengakhirannya. Wallahualam.

Macam lain pula rasanya bila dengar tragedi kali ni. Selalunya bengkak mata, bengkak hati. Trauma berhari-hari. Sudah keringkah airmata? Atau apakah memang sudah mula melangkah di atas perjalanan hidup menuju destinasi redha? 



Walk to remember
14/09-15/09/17
Sudah tengahari, matahari masih sepi sembunyi diri.
Hening dan damainya Jumaat hari ini. 
Dikirim bunga doa buat para syuhada yang tidak pernah dikenali secara peribadi. 
Rindu Babang, Didik & Baby tiba-tiba. Al Fatihah...
Boys
PaMi sayang kamu sampai syurga.

Wednesday, August 30, 2017

Ad Hoc Retreat

Hari terakhir Sukan SEA 2017 Malaysia. 

Bila terbaca status ex-classmate di FB ttg Malaysia tewas bola mlm tadi, tergerak hati nak simpan diari dlm FRAN. Betullah tu... bukan goally nak jadi begitu. Dia pun takkan sanggup nak kena kecam krn sumbangkan gol utk pihak lawan. Dah takdir Malaysia tak dpt d'crown of 2017 SEA medal mlm tadi. Redhalah :-)

Teringat kisah Didik jadi goally masa pertandingan bola PASTI dulu. Punyalah boring dia tunggu kawan2 rebut bola tgh padang, dia dok mengelamun hingga berbutir2 pihak lawan sumbat bola. Alih2 dia kata, "Esok saya tak mau pergi sekolah la. Nanti kawan2 saya marah saya tak jaga gol betul2." :-)

Sebelum game start mlm tadi pun dah kata dgn Pa, "Malaysia tak kan menang mlm ni." Bukan nak negatif. Of course doa nak negaraku menang, tapi mmg dah ada instinct dlm hati, nak buat mcm mana. Itu atr kekurangan saya. Sama spt bila saya jumpa org pertama kali pun, hati saya dah boleh tahu orang tu bgmn. Jika saya tak mampu utk cut him/her/them off, insyaAllah doa saya lambat laun akan Allah dengar. Dah terbukti along the way, kan...

Tak apa, team. Kita bangkit bersama, insyaAllah kemenangan akan selalu ada di hdpn kita selama mana kita berusaha di atas jalan yg lurus. Selamanya hero utk Malayaku. Eh?! Dah kenapa RAN?

Nak simpan diari menutup Ogos 2017...

5/8/17, selesai raikan wedding anak abg Mat di DSB, UiTM. Next plan, kononnya nak cari seorang 'VIP' di Antara Gapi. Tapi... 13 years have passed. The journey of 'jejak harapan' might be very difficult.

Balik rumah?
Geleng. Need free air-flow. Serabut.
So, nak pergi mana?
Entah. Kita jalan je la... kot sampai mana2... itulah destinasi kita.
Kalau di perjalanan ada tempat mandi-manda, kita turun je la bagi anak2 main air.

Without proper plan & budget, we drove along the highway. Cuma ada sepersalinan extra utk anak2 & Pa, rutin saya yg biasa jika keluar rumah. Sambil memandu, sambil discuss. Sambil memandu, sambil makan. Sambil memandu, sambil mengelamun & fikir. Sambil memandu sambil tenangkan hati. Sambil memandu, sambil cari alternatif solusi. 

Hingga tiba di Janda Baik, singgah sekejap tak sampai 2 jam di Teratak Pak Lah. Pak Lah bagi special rate sbb dia nak charge pun mungkin tak sampai hati :-) Untuk hiburkan anak-anak semata-mata. Drive lagi lewat petang tu, sbb Pa nak survey Berjaya Hills Resort. 

Costly on fuel.
He said, 'Tak apalah.. niat kita kan utk baiki keadaan, pulihkan hati kita...' 

credit to youtube : Ipek & Mert - Basimin Tatli Belasi (Sweet Trouble of Mine)

Walk to remember:
@ MRSKlang @ 230817
Met new friends - lawyer, smtra tunggu urusan mereka selesai.
Dpt rundingan & nasihat tanpa legal charge, alhamdulillah.

Meriah colour-block akak.
Saya puji, ikhlas... moga ada sedikit pahala utk saya.

Okay FRAN, nak berundur utk solat Zuhur.


#teratakpaklah
#jandabaik
#adhoc

Friday, August 18, 2017

AT-THALAAQ (QS 65:2-3)




It is also known as Ayat Seribu Dinar.

Dulu tergantung di bilik solat rumah abah ibu. Habis beri salam usai solat, mesti ternampak ayat ni di dinding. Suatu tragedi yg berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, menjadi asbab ayat ini hidup di bibir. Hidup dlm hati. Mutlak mengharap bantuan Allah demi keluarga yg dikasihi.

Sejak itu ia jadi antara peneman memulakan pagi setiap hari dalam hidup. Cuma mampu istiqomah bersamanya 7x setiap pagi. Kesannya dalam kekuatan hati. Mungkin satu hari nanti dapat juga laksanakan 40 kali x 41 hari, insyaAllah.

Penggantungan harapan & tawakkal yg mutlak kepada Allah. 
Moga masih Allah izin untuk menguruskan duniawi yang sementara ini tanpa perlu runsing sepenuh jiwa.


Walk to remember :
Alhamdulillah... Our N23 financing account has been zerorized officially today.
Such a relieve... a grieve as well.
But Allah... You indeed knows everything better than us, human.
Manusia merancang dgn cita2, Allah merancang dgn cinta-Nya.
It is partially not ours anymore. 
Boys, forgive PaMi ya. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti di hadapan kita.

Friday, August 11, 2017

Al Maidah (QS 5:11)




"... memalingkan sesuatu dari hakikatnya, menampilkan sesuatu dalam tampilan yang tidak benar seperti kenyataannya, moga diberi hidayah dan kesempatan untuk memohon maaf dari orang-orang yang dianiaya dan bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang jelas nyata..."


Tiada daya upaya kami melainkan dengan bantuan-Mu, 
Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.
Semuanya dengan atau tanpa izin-Mu, 
Moga Engkau bersama kekuatan hati dan iman kami 
Tempuhi setiap ujian di jalanan hidup kami ini.  
Apapun takdir di hadapan, redhakanlah kami dgn setiap ketentuan.

Berkas:Ameen.gif


Walk to remember
Terpandang di mata 'padang mahsyar versi dunia'. 
أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ”

Monday, July 31, 2017

Kicking To Surface Again




Sempat2kan jumpa FRAN sekejap sebelum punch out to take off utk rest, as ordered by Doc. Bila nak MC, tak dapat MC. Bila tak moh MC, doc paksa. Bersyukur sbb test -ve. Doc, you scared me to death. Kalau positif, maunya si baby MAHAN mengamuk. Dia dah claim title bongsu, dia punya seorang. 

Cuma kena monitor utk simptom adhesion colic dlm tempoh 24 jam ni. Rasanya tak ada apa2 lah. Most probably I'm just tired of thinking & analysing, putting the pieces of puzzles into one perfect picture again. Bila struggle seorang diri, ditambah pula perlu jadi kekuatan org lain, penat lahir batin.

FRAN, sorry ya tak sempat beraya dgn awak. Dah habis Syawal. Baru sempat nak simpan diari sikit2 walaupun byk sgt peristiwa yg berlaku lately.

Mgu lepas dlm berdikit & berkejar dgn drama realiti kehidupan sendiri, sempat juga selesai menonton Love You Miss Pomen. Masih blm move on dgn cerita ni sbb endingnya tu, statement Saerah sebijik statement Ustaz Azman ketika menasihat kami baru2 ni. Oooo... ustaz tgk cerita Mira Filzah ye? Sbb tu Lagu Cinta (atr OST LYMP) jadi background diari TBNSA tu. Diari utk short escape kami last July 16th. 

Bila kita terbelit dgn suatu cabaran, perlu cari ruang utk bernafas. Bila bernafas, baru oksigen boleh jalan elok dlm kepala & tubuh badan. Baru boleh fikir waras & rasional. Baru boleh nampak apa yg tersirat & tersurat. Baru boleh jawab Kertas 2 Ujian ni. Selebihnya tu adalah scene yg diciptakan supaya jadi drama. 

Pa kata, "Awak ni kata nak tanya satu soalan je. Tapi dari satu soalan boleh bercabang jadi beratus soalan lain pulak."

Kalau saya tak mampu kembangkan soalan, mcm mana nak tulis manuskrip dgn 500 mukasurat lebih, Pa... 

Baru je nak minat hero LYMP, alih2 sehari dua ni semua hot topic pasal dia pulak. Maka, dgn berat hati cancell la hajat. Apapun, itulah yg dinamakan dugaan. Watak2 AA, BA dan AN serta watak2 tambahan sekeliling tu, indeed byk dlm drama hari ini. RAN pon dah lali sgt dgn drama genre ni. 

Bila fikir bagaimana Allah memperkenankan doa, takut pulak. 
Ya Allah... kuatkan hati dan iman kami lalui ujian ini. 
Ya Allah... kami terima Kertas 2 Ujian ini kerana Engkau, 
Maka bantu dan pimpinlah kami di atas landasan yang Engkau redhai.

#Sdg fikir apa pula bentuk soalan Kertas 3 Ujian kami yg seterusnya nanti...


It's easy to be good to the one who's good to you. 
The real test is when you can be good to someone who's done you wrong. 
That's maturity! (Mufti Ismail Menk).


Ya, slowly-slowly ya RAN.
InsyaAllah sampai juga kayuhan kita nanti...

PAGEVIEWS