Tuesday, October 3, 2017

T... Petola

Hello October!

Pembaris ukur pengalaman hidup saya, is growing up. Adakala acting like abang2 bila marah kan BangDik @ bila leterkan PaMi. Manja. Cuma skrg byk vocabulary. Persistent. Ada waktu rasa nak 'pecah kepala'. Bila dimarah, dia cornered, 'Ummi tak cayang bibi?' When both of us went tantrum, the last choice he has was pleading 'Ampai ati Umi...'.

Nak tidur pun byk request. Urut-urut, sapu losyen, mesti nak tidur atas lengan, nak peluk. Siap begitu, dia akan kata, 'Mi, anyi tuk bibi. Anyi haci obi tu.'

Suatu malam, dia suruh Pa nyanyi tidurkan dia. Pa nyanyi nasyid itu, nasyid ini semua pun dia kata 'Ukan tu....!'. Finally I said, "He just want the Hasbi Rabbi..."

Bila dinyanyikan, banyak pula rasa tak puas hatinya. 'Ukan cam tu. Tu agu nenek. Umi anyi cam Umi la. Haci obi ja awwah... haaa cam tu...'

Nasyid Hasbi Rabbi tu sama je. Tapi baginya, cara nenek Imah lagukan dgn cara saya berbeza. Dgn nenek, dia mahu cara nenek. Dgn saya, dia mahu cara saya. Maka nyanyilah semula ikut lagu yg dia biasa dgr dari kecik. Tapi nanti dia komplen lagi, "Ummi, angan la laju angat. Ulang alik!"

Amboi!?

Dan MAHAN ketara pelat huruf K. He is yet able to pronounce the K sound. K akan jadi bunyi T.

U : Tak elok buat mcm tu. Nanti Allah sedih, Umi sedih...
B : Yelah... tali-tali bibi tak uat agi.
B : Tali-tali bibi enga akap.

(tali-tali = lain kali)

apa tata tita matan dulu = Apa kata kita makan dulu 

MAHAN sgt pentingkan 'baju cantik'. Tidur pun nak pakai baju cantik. Sentiasa mahu smart. Satu hari MAHAN bergaya sikat rambut depan cermin. Bila ditanya sikat rambut beria-ia dah kenapa. MAHAN jawab, "Calah ke doce ke? Bibi nak itat ambut antik-antik. Nanti che unge tengok? Haa..."

Eh, dah berkurun kot Umi tak sebut nama che bunga. Nampak gaya che bunga dah kembang dlm hati MAHAN. Hah, sudah! Mahal tu bi, sekolah elok2 dulu! Umi rotan kang!

MAHAN juga jealous kalau sebut ttg 'baby'. Apatah lagi dukung baby lain. Kelmarin, jumpa Amat di kebun sayurnya (Admire his hardworks. Org yg asalnya susah, survive je di muka bumi Allah. Mcm2 kerja mampu & sanggup buat, asal halal. Membayangkan masa depan anak2 sendiri. Di tangan Tuhan. Doa & usaha je yg mampu buat masa ini). Discussed about speeding up SD37 renovation. New owner dah ada rancangan utk TH23. Dpt rezeki 2-3 ketul petola comel. Alhamdulillah.

U : Baby! Tengok ni Ummi ada baby baru.
B : (Cemas meluru ke seat depan utk lihat)
U : Umi ada baby baru, Umi sayang baby baru ni...
B : (tergelak) Lawakla Umi ni...
B : Tu ukan bibi... caya ni bibi...
U : Baby la ni... nampak Umi dodoi dia?
B : Tak pe... tu ukan bibi, tu akanan la.
B : Bibi tu tak ebat...

Dan dia pun kembali sambung main dgn Babang Didik. Tak kuasa nak jealous sbb dia tau itu cuma baby petola. Baby petola mana boleh tandingi dia, katanya... :-)


Walk to remember :
Babang @ 2nd day @ UPKK'2017. Tenang2 saja Babang...
Terus meluruskan perjalanan kehidupan dgn nawaitu yg diperbetulkan.
Hectic final quarter of year 2017.
Few determined datelines in life to go after, till next anniversary, jika masih diizin Tuhan...

Friday, September 15, 2017

FANA

24 Zulhijjah 1438H

Subuh dinihari tadi hujan.
Di pejabat, terasa sejuk mencengkam belulang.
Lantas terbayang andai saatnya nanti jasad terbujur di dalam peti simpanan sementara mayat, masih mampukah merasakan sejuk itu yang teramat?

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sudah tiba para syuhada kecil dan muda, beserta warden pengiring mereka di alam transit sebelum kekalnya kehidupan yang akhir. Berundur dari kefanaan dunia. 

Tinggallah kami masih berjuang dalam hidup di dunia sementara yang kian hebat dugaanya di penghujung usia alamaya. Yang entah bagaimana pula takdir yang tertulis dan entah bagaimana pula pengakhirannya. Wallahualam.

Macam lain pula rasanya bila dengar tragedi kali ni. Selalunya bengkak mata, bengkak hati. Trauma berhari-hari. Sudah keringkah airmata? Atau apakah memang sudah mula melangkah di atas perjalanan hidup menuju destinasi redha? 



Walk to remember
14/09-15/09/17
Sudah tengahari, matahari masih sepi sembunyi diri.
Hening dan damainya Jumaat hari ini. 
Dikirim bunga doa buat para syuhada yang tidak pernah dikenali secara peribadi. 
Rindu Babang, Didik & Baby tiba-tiba. Al Fatihah...
Boys
PaMi sayang kamu sampai syurga.

Wednesday, August 30, 2017

Ad Hoc Retreat

Hari terakhir Sukan SEA 2017 Malaysia. 

Bila terbaca status ex-classmate di FB ttg Malaysia tewas bola mlm tadi, tergerak hati nak simpan diari dlm FRAN. Betullah tu... bukan goally nak jadi begitu. Dia pun takkan sanggup nak kena kecam krn sumbangkan gol utk pihak lawan. Dah takdir Malaysia tak dpt d'crown of 2017 SEA medal mlm tadi. Redhalah :-)

Teringat kisah Didik jadi goally masa pertandingan bola PASTI dulu. Punyalah boring dia tunggu kawan2 rebut bola tgh padang, dia dok mengelamun hingga berbutir2 pihak lawan sumbat bola. Alih2 dia kata, "Esok saya tak mau pergi sekolah la. Nanti kawan2 saya marah saya tak jaga gol betul2." :-)

Sebelum game start mlm tadi pun dah kata dgn Pa, "Malaysia tak kan menang mlm ni." Bukan nak negatif. Of course doa nak negaraku menang, tapi mmg dah ada instinct dlm hati, nak buat mcm mana. Itu atr kekurangan saya. Sama spt bila saya jumpa org pertama kali pun, hati saya dah boleh tahu orang tu bgmn. Jika saya tak mampu utk cut him/her/them off, insyaAllah doa saya lambat laun akan Allah dengar. Dah terbukti along the way, kan...

Tak apa, team. Kita bangkit bersama, insyaAllah kemenangan akan selalu ada di hdpn kita selama mana kita berusaha di atas jalan yg lurus. Selamanya hero utk Malayaku. Eh?! Dah kenapa RAN?

Nak simpan diari menutup Ogos 2017...

5/8/17, selesai raikan wedding anak abg Mat di DSB, UiTM. Next plan, kononnya nak cari seorang 'VIP' di Antara Gapi. Tapi... 13 years have passed. The journey of 'jejak harapan' might be very difficult.

Balik rumah?
Geleng. Need free air-flow. Serabut.
So, nak pergi mana?
Entah. Kita jalan je la... kot sampai mana2... itulah destinasi kita.
Kalau di perjalanan ada tempat mandi-manda, kita turun je la bagi anak2 main air.

Without proper plan & budget, we drove along the highway. Cuma ada sepersalinan extra utk anak2 & Pa, rutin saya yg biasa jika keluar rumah. Sambil memandu, sambil discuss. Sambil memandu, sambil makan. Sambil memandu, sambil mengelamun & fikir. Sambil memandu sambil tenangkan hati. Sambil memandu, sambil cari alternatif solusi. 

Hingga tiba di Janda Baik, singgah sekejap tak sampai 2 jam di Teratak Pak Lah. Pak Lah bagi special rate sbb dia nak charge pun mungkin tak sampai hati :-) Untuk hiburkan anak-anak semata-mata. Drive lagi lewat petang tu, sbb Pa nak survey Berjaya Hills Resort. 

Costly on fuel.
He said, 'Tak apalah.. niat kita kan utk baiki keadaan, pulihkan hati kita...' 

credit to youtube : Ipek & Mert - Basimin Tatli Belasi (Sweet Trouble of Mine)

Walk to remember:
@ MRSKlang @ 230817
Met new friends - lawyer, smtra tunggu urusan mereka selesai.
Dpt rundingan & nasihat tanpa legal charge, alhamdulillah.

Meriah colour-block akak.
Saya puji, ikhlas... moga ada sedikit pahala utk saya.

Okay FRAN, nak berundur utk solat Zuhur.


#teratakpaklah
#jandabaik
#adhoc

Friday, August 18, 2017

AT-THALAAQ (QS 65:2-3)




It is also known as Ayat Seribu Dinar.

Dulu tergantung di bilik solat rumah abah ibu. Habis beri salam usai solat, mesti ternampak ayat ni di dinding. Suatu tragedi yg berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, menjadi asbab ayat ini hidup di bibir. Hidup dlm hati. Mutlak mengharap bantuan Allah demi keluarga yg dikasihi.

Sejak itu ia jadi antara peneman memulakan pagi setiap hari dalam hidup. Cuma mampu istiqomah bersamanya 7x setiap pagi. Kesannya dalam kekuatan hati. Mungkin satu hari nanti dapat juga laksanakan 40 kali x 41 hari, insyaAllah.

Penggantungan harapan & tawakkal yg mutlak kepada Allah. 
Moga masih Allah izin untuk menguruskan duniawi yang sementara ini tanpa perlu runsing sepenuh jiwa.


Walk to remember :
Alhamdulillah... Our N23 financing account has been zerorized officially today.
Such a relieve... a grieve as well.
But Allah... You indeed knows everything better than us, human.
Manusia merancang dgn cita2, Allah merancang dgn cinta-Nya.
It is partially not ours anymore. 
Boys, forgive PaMi ya. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti di hadapan kita.

Friday, August 11, 2017

Al Maidah (QS 5:11)




"... memalingkan sesuatu dari hakikatnya, menampilkan sesuatu dalam tampilan yang tidak benar seperti kenyataannya, moga diberi hidayah dan kesempatan untuk memohon maaf dari orang-orang yang dianiaya dan bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang jelas nyata..."


Tiada daya upaya kami melainkan dengan bantuan-Mu, 
Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.
Semuanya dengan atau tanpa izin-Mu, 
Moga Engkau bersama kekuatan hati dan iman kami 
Tempuhi setiap ujian di jalanan hidup kami ini.  
Apapun takdir di hadapan, redhakanlah kami dgn setiap ketentuan.

Berkas:Ameen.gif


Walk to remember
Terpandang di mata 'padang mahsyar versi dunia'. 
أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ”

PAGEVIEWS