Sunday, April 1, 2018

Our March


March 2018 has left us behind.
Tak terkejar simpan diary to wrap the March of this year.
Time flies so fast...
Insya-Allah, pacing up semampu daya dengan izin-Nya.
Alhamdulillah, antara hasrat yg pernah ada, tertunai dlm March 2018.
Walaupun bertangguh agak lama.
Biarpun tidak sempurna, tapi Alhamdulillah, kerana inilah izin-Nya.
Kita hanya manusia, tak akan tergenggam segala keinginan dunia.

Wednesday, February 28, 2018

False vs Confusing Alarm

February this year is on its last day today.
How time flies...
Alhamdulillah.

Tak punya masa luang lately... cuma mampu wrap my February seadanya hari ini untuk diari.

Pagi ini dah hantar borang daftar PASTI utk baby MAHAN. Dan pagi ini hati rasa lega selega-leganya, at least for this time. It's a false alarm. Oh, I guess... it's a confusing alarm. Berhijrah dari hyper kpd hypo, adaptasi perlu ruang & masa. Hidup terasa lebih ruang bernafas dgn tenang bila berada dlm keadaan hypo ni rupanya. Sebab... kita hidup dlm mode 'aman'. Kalaulah tahu, dari dulu dah buat RAI ni :-)

Suatu hari, conversation dgn baby MAHAN bila dia manja2 di perut...

U : Janganlah... nanti kesian baby dlm tu...
B : (terperanjat) Baby? Mana baby?
U : (tunjuk perut)
B : Eh, bukanlah! Sayalah baby!
U : Ada lagi baby lain dlm ni.
B : Baby lain? Mcm saya?
U : (Angguk)
B : Nanti dia lahir kecik mcm saya?
U : (Angguk)
B : Nanti dia besar sikit mcm ni (buat saiz dengan jari) mcm saya?
U : Iye... nanti dia lahir, dia tido dgn Ummi, awak tido dgn Pa...
B : Tak boleh! Tak boleh bagi dia keluar! Tak boleh lahirkan dia!
B : Ummi muntahkan dia sekarang!
U : Erk!?

Happy 4th birthday my dear little baby. PaMi, babang & didik sentiasa sayang pd baby. Kami tak akan pernah putus mendoakan agar baby terus membesar dgn sejahtera dlm lindungan ihsan & rahmat Allah.

Tahun ni pun rezeki baby murah. Double cake juga. Terima kasih Nek Imah, terima kasih Ain Pattiseries. Alhamdulillah, kita dpt bersedekah & memanjangkan pemberian org dgn apa adanya rezeki yg diberi Allah.


Baby suka lagu Havana. Melodinya best je.. tapi few verse of the lyrics, pd saya mcm tak berapa 'cantik'. So, kita pinjam separuh je utk diari February baby ya...


My dear baby,
Bahagia itu bukan dikira pada ramainya manusia di sekeliling kita
Cukup hanya dgn orang yg sentiasa menyayangi diri kita seadanya tanpa agenda.
Always remember, Ummi loves you forever. 
- Love to heaven, from your mother - 

Tuesday, January 30, 2018

SULIT YANG BAHAGIA

Fuhh, ingatkan dah tak dapat jumpa FRAN lagi...
Bila anak bujang spent his 1/2 hour of Friday time in RAN's office, semua password PC ni jadi hanky panky dikerjakannya. 

Okay, FRAN...
Please keep this, another Jan 27th for us ya. Mana tahu suatu hari bila memori semakin tua, bila ingatan tak lagi seupaya muda, semoga ia dapat menyambung baki kenangan yg ada sementara menunggu panggilan tiba.

Andai ada izin-Nya ketika itu, diari ini mungkin ditulis dari tanah suci lagi mulia. Tak apa... kami redha. Akan kami tabah memohon & menunggu izin itu tiba.


Dan Babang...
Alhamdulillah. Terima kasih. Ia hadiah yg sangat bermakna utk Jan 27th PaMi.

UPKK 2016 adalah permulaan perjuangan. Teruskan usaha, doa serta tawakal. Memang tahun ni tahun sulit Babang lagi memenatkan. PaMi & adik2 pun turut rasa kepenatan tu. Don't worry. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Start belajar peribahasa ya Bang, mana tau keluar nnt dalam exam BM :-)

Moga tiada tekanan utk kita. Yang perlu ada adalah keinginan untuk terus mendapatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, untuk dunia demi akhirat.

Exam tu samalah macam hidup kita juga. Memang terasa sulit. Tapi bila kejayaan diizin Allah, kan bahagia rasanya. Just look at the way you smile... hmm... that's the feeling when you got them straight in a row.

Terima kasih Babang. Terima kasih cikgu, ustaz & ustazah sekalian! Susah payah kalian moga menjadi penyuluh jalan ke syurga.


Bye-bye Januari'18!

Thursday, January 18, 2018

Kehilangan dalam Kenangan

Assalammualaikum Januari.

Pertama kali saya memiliki jam tangan, adalah jam tangan berbentuk gelang saduran emas. Hadiah dari arwah abah. Back then, to have something like that… sudah cukup ‘mewah’ buat kami orang yang sangat bukan ada-ada. 

Saya jaga seperti menjaga nyawa sendiri. Saya sayang ia melebihi menyayangi diri sendiri. Tapi… insyaAllah, dari dulu juga saya bukan orang yang kedekut ketika mempunyai. Bila Dik Sah ada peperiksaan di sekolah, saya pinjamkan kesayangan saya untuk memudahkannya melihat waktu.

Ketika itulah saya kehilangan ‘nyawa’ saya selamanya. Lama saya menangis. In fact, I don’t have any wrist watch to date. Bukan tidak mampu mendapatkan yg lain. Pada saya, sesuatu yang precious, bila kehilangan… meski banyak pengganti, tak akan pernah menggantikan yang pernah dimiliki oleh hati.

Sepanjang jalan kehidupan, ada banyak kehilangan. Samada direlakan, atau separa direlakan. Sebab saya selalu cuba belajar untuk jadi lebih baik pada setiap waktu. Sesuatu yang sangat kita sayangi, bila kita rela memberikannya kepada orang, itu yang lebih baik. Plus, prinsip saya, bila saya memberi, saya beri pada yang 'haq'. 

Kerana itu bukan ‘kehilangan’ tapi lebih kepada bentuk ‘pemberian’. Kita manusia biasa. Kehilangan akan menyentap jiwa. Tetapi ‘pemberian’ dan ‘pemulangan’ dari hati yang redha dan rela itu, moga-moga ada hikmah bersamanya.

Lagi pula setiap apa yang kita miliki dalam dunia ini semua adalah termasuk dalam terms and condition pinjaman dari Allah. Akan diambil dan dipulangkan bila tiba masanya.

Saat ini awak kehilangan. Sama ketika saya pernah kehilangan. Kita sama-sama sudah tidak punya doa seorang ayah di dunia. Tapi suasana kehilangan kita berbeza. Kita tahu sama tahu. Cukuplah jika awak simpan itu dalam dada awak. Cukuplah awak nampak impaknya tindakan awak dan kelompok nasab awak. Begitulah saya membawa archieve kenangan dalam jiwa saya.

Bagi saya, ada kehilangan yang kita mampu redhakan walaupun pedih bila dikenangkan. Kehilangan yang masih boleh membuatkan kita move on. Because life must go on no matter what.

Tapi bila manusia hilang kejujuran dan sifat keinsanan, bila manusia hilang rasa malu dalam diri, itu adalah kehilangan yang paling tragis dan menyedihkan. Kerana kewujudan diri kita bersama nilai-nilainya adalah ‘hutang’ kepada Allah. Perlu dipulangkan sebaiknya. 

Semoga masih ada izin dan kekuatan yang diberikan Allah untuk saya jaga nilai diri sendiri walau dalam keadaan dan persepi yang berbeza.

Orang kata ‘Silence and smile’ are two powerful tools. Smile is the way to solve many problems and silence is the way to avoid many problems’. 

Therefore, I chose silence and be in the distant as my utmost priority, because I don’t have much leisure time now to smile as to avoid problems shall they incurred.


Untuk life time frame yang tersisa, saya hanya mahu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Paling utama, saya mahu bersama orang-orang yang sentiasa ikhlas mahukan yang baik-baik untuk saya. Bukan lagi sebaliknya. 

I have long time refused to survive. This is the time I live my life. Hidup untuk sedikit masa yang masih Allah pinjamkan ini.


Walks to remember :
#11.15pm @ 12/01/2018
#Selamat berangkat pulang ayahanda
#Abah, jika jumpa abah saya di sana, kirimkanlah salam rindu saya
#Thank you Allah untuk sekali lagi mengabulkan permintaan walau sedikit tersasar
#Doa sentiasa hadir mengganti diri 


Tuesday, December 19, 2017

Solidariti

Ketika saya membuka PTCC dgn K.Biza, ada seorang bapa pelajar dtg mendaftarkan anaknya. Dan dia bawa bersama sebatang rotan, berkata (lbh krg ingatan), "Ini untuk cikgu. Kalau anak2 saya nakal, cikgu rotanlah."

I was like... ???
My partner was smiling.
Ada lagi rotan tu di sana, agaknya.

Setiap tahun sejak Babang mula bersekolah tadika lagi rasanya, ketika sesi bertemu guru utk perbincangan @ tandatgn kad laporan, insyaAllah & Alhamdulillah saya masih belum lupa berkata, "Cikgu, saya minta maaf kalau anak2 saya ada buat salah sepanjang menuntut ilmu dgn cikgu & cikgu2 lain. Saya berterima kasih & minta halal ilmu cikgu ya utk anak2 saya dunia akhirat."

Di awal tahun, bila buat bayaran yuran, insyaAllah saya belum lupa utk kata, "Cikgu, minta tolong tunjuk ajar & tengok2kan anak2 saya  ya. Kalau mereka nakal, cikgu rotan ajelah. Cuma suami saya minta jgnlah rotan sampai memudharatkan..." (dlm situasi yg diselitkan dgn humor. Saya tak sempurna. Tapi saya sentiasa mahu jadi orang baik dan tak suka orang yg purposely mahu meneruskan sifat yg tak baik.)

Dan cikgu2 akan kata, 'InsyaAllah kami akan buat yg terbaik. Tapi polisi sekolah tak boleh rotan murid, puan...'

Cikgu pun tak kuasa nak bertindak sejauh itu. Anak org tetap anak org. Mana boleh jentik suka2 hati walaupun memang terbukti salah mereka. Alhamdulillah, saya sendiri dah tak perlu jaga anak-anak orang. Bahagia tu Tuhan je yg tahu rasanya. Pheww...

Jaga anak2 dari perut sendiri pun dah rasa nak tercabut anak tekak. Inikan pula nak jaga anak2 orang yg lain darah, lain daging. Lain makanan, lain budaya & lain adab. 

Kalau ibubapanya spesis insan berakal, dlm hati ada iman, bersyukurlah. Tapi kalau jenis 'mak bapak sazali', lagi2 yg ada sedikit campur jin, meranalah hidup orang luar tu sepanjang zaman. Lama2 manusia akan bersifat 'kau-engkau, aku-aku', 'aku nampak kau accident, kau punya pasal la telefon ambulan sendiri', bgmn hidup di dunia masa tu agaknya?

Tak suka sbnrnya simpan diari sarkastik kasar mcm ni dlm FRAN. Tapi, Babang Didik... Ummi memang betul2 tak selesa dgn situasi yg berlaku di dlm persekitaran dunia lately.  Fahamilah setiap pesanan Ummi. Ummi hanya ada usaha yg terbatas & doa yg msh belum putus asa, insyaAllah.

Tapi apakan daya. Kita manusia. Apa yg berlaku adalah dgn izin & kehendak Allah jua. Yg paling pasti, bila disingkap semua, oooo... begitulah hikmahnya, beginilah takdirnya rupanya. 

Alhamdulillah, utk empunya rotan di PTCC itu, anak sulungnya sudah berkahwin & kami dpt merasa nasi minyaknya Sabtu lalu. Bila lihat dua adiknya yg dulu selalu kami tunjukkan rotan ayahnya, terasa semakin hampir waktu diri ini utk berpulang ke negeri abadi. 

Congratulation kakak for your wedding. Semoga berbahagia dan dilindungi dari niat jahat manusia & syaitan hingga Syurga. Selalulah bersiap sedia dgn doa & ilmu di dada agar dapat mengemudi bahtera di waktu tenang mahupun gelora samudera.

Oh, talking about rumah & tangga... untuk kesekian kalinya seperti kes terbaharu IA & IL tu... I can't help myself but laughing (fahami as tawa dlm hiba). Seriously, if I have more free time, I will contact her myself & share with her about my 'novel'. Itu, solidariti yg ingin saya tunjukkan. Tapi saya sgt busy dgn year end closing & urusan berkemas rumah yg masih belum selesai & bla bla bla. 

The only thing I can see, experience teach you the valuable life lesson. This kind of species, they share that very same 'quality', trust me. They have this 'amazing' charateristic yg mcm manapun akan bermotif menumbangkan sepohon kayu. That's the trophy. Yg buat saya tergelak ialah, modus operandi spesis ini tak jauh larinya. Kita kenalah bijakkan diri utk mampu melihat & merasa gula & garam di dlm campuran beras & tepung. Manuskrip. Drama. Konflik. Klimaks. Ending. Bila RAN kau nak start menulis semula? 

Dlm keadaan begini, tiada kata secantik bahasa @ tiada ayat yg boleh memberi penawar jiwa kpd insan2 terpilih yg melalui dugaan hidup seperti itu. Trust me, none! Luka di jiwa hakikatnya tak ada ubatnya, sayang. Andai mereka tak berjaya sekalipun dlm strategi bermatian mereka, hanya itulah kemenangan abadi spesis itu. To purposely hurt you forever. This, trust me! 

Pilihan yg ada, jika rasa worth utk bertahan, bertahanlah. Jika rasa mampu utk menyelamatkan seseorang & orang itu pun mohon utk diselamatkan, kita usaha & minta Allah beserta kita. Kerana, jika yg kita rasa baik itu mmg Allah kata baik utk kita, insyaAllah. Jika mahu sgt pun, tapi Allah kata 'I have something else better for  you dear', kita mintalah Allah beri kekuatan pada hati utk redha. That, trust Him!

Jika rasa lebih bahagia dgn beralah, no one can judge & no one can blame you. Bahagia @ derita tu, orang lain tak boleh rasa. Hanya diri sendiri yg mampu. Prinsip diri sendiri, hanya kita sendiri yang mampu pertahankan. As for me, I stand on my principle and and I stand firm on it, insyaAllah.

Adoi, ini semua gara2 Broga Bliss Eco Garden tau. Emo sampai melarat ke isu lain bak kata Pa. Nice place.. tapi bila ada perangai manusia lebih sudu dari kuah, rasa tawar hati nak repeat. Pada saya, biar buruk zahirnya jangan buruk lidah & bahasanya. Sorry. Facts is indeed painful.

Nantilah ya FRAN, sesenang nnt I will keep that sweet memory of BBEG here. Bak kata Paman dulu, kenangilah yg baik... telanlah yg buruknya. 


Walks to remember:
#AlhamdulillahforCikguAzizan
#Kuatkanlahhatihatiyangsedangcedera
#Bilasampaiwaktukitasemuaakanpergi


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Surah Al-Imran, ayat 173)

PAGEVIEWS