Thursday, January 9, 2020

Early Pages of Kampung People

“No matter how bad things are, 
you can at least be happy that you woke up this morning.” 
(D.L. Hughley)
*____________________________________________*



Dah page 9 of 366 dah hari ni... alhamdulillah. 

Masih dipinjamkan nafas & kehidupan di dunia. Dah makin selesa seadanya di TH after few years ni.  Di sinilah kita settle down sementara hidup di dunia ni, moga-moga. Duduk di taman perumahan dlm kampung. Rasa aman je depan belakang tgk pokok pisang & pepokok mcm2 hu hu. Kita memang kampung people.

Budak2 pun dah berhari2 ke sekolah. Mumi je baru sempat nak simpan diari mereka hari ni. Moga semakin bersemangat untuk timba ilmu ye. Moga dipermudahkan jua.. walaupun YBMM dah tinggalkan portfolio pendidikan, kita husnudzon je moga ada yg terbaik utk masa depan.


Tahun ni Didik dilantik jadi pengawas di sek agama & mewarisi Babang jadi BADAR prefect di SK. Mcm tak percaya budak keding ni jadi prefect. Dia anak yg sweet & baik, tapi nakal & akalnya... asyik nak mendajal & menyakat Baby. 2nd child syndrome betul.

Oleh krn baju purple Babang ada sehelai yg msh okay, maka kita beli sehelai je dulu uniform purple utk Didik ya :-)  Yg penting, laksanakan tggjwb & amanah tu baik2 ye Dik...

Baby pun, tak beli dulu uniform PASTI yg baru. Msh ada sehelai baju warisan Didik yg boleh top up. Bulan2 akan dtg kalau he's getting bigger, baru kita tukar baru ya.

Babang pula dah request nak guna kemeja putih lengan panjang. Dah segan nak pakai lengan pendek la tu, dah besar. Ya lah... weekend ni kita pi cari.

Bersederhana je ye anak2. Tak ada apa nak kejar & compete pun. Kita jadi diri kita, hidup secukup & bahagia seadanya je ikut cara & kemampuan kita.


Walks to remember:

Pa yet to complete his Meru's ceiling project.
Complicated design extended his job time frame.
Maka, mlm tadi Mumi kena fetch boys dari taekwondo's training.
OTW balik...

M : How's training?
B : Okay!
B : Mi, Master kata tahun depan pakai belt hitam.
M : Eh, mana boleh lagi. Black belt utk 15 n above.
B : Boleh... tahun depan boleh pakai dah.
M : Tak boleh...

Tiba-tiba, tersedar...

M : Err... tahun depan Babang dah 15 ke?
B : Miiii???
M : Oh noooo.... (nada Lailerr bila tahu Jekfer nak bertunang)

RAN, do you expect your eldest son to be 12 forever?


Disbbkan kena fetch boys, maka Mumi missed 3/4 hour episod
akhir Kampung People. Waktu nak keluar dgn baby, I let the TV on.

Bb : Mi, kenapa tak tutup TV?
M  : Tak pe
Bb : Eh, membazir elektrik la Mi
Bb : Selain lampu, kipas... TV pun boleh bazir lektrik.
M : Ala... Mumi nak suruh toto & sofa tu tlg tgkkan dulu
M : Kang kita balik, mana tau diorg blh ceritakan kat kita
M : Tak pun.. mlm kang kita dpt mimpi tgk Kampung People final ni
Bb : Hah?!

Sorrylah boys, your mother sometime mmg senget...


#sekolah2020
#page9of366
#kampungpeople
#prefect

Thursday, January 2, 2020

Twenty Twenty, Twitty!

Assalammualaikum FRAN,
Happy Masihi New Year, 2020

Menjelang new year tahun2 dulu, Pa selalu ajak tengok bunga api tapi mata saya tak tahan menyampai ke tengah malam.

Tahun ni, saya pula yg excited ajak Pa. Bila Pa called dari court (badminton routine dgn TPR3) suruh siap2, saya dah landing, otw ke Alice To Wonderland juga. Dgr bunyi pom-pom-pom je lah jawabnya.

Babang Didik dah selamat mulakan persekolahan walaupun injury Babang sbb jatuh motor Khamis lalu masih perlu dibandage. Happy schooling ye anak2...

Baby, masih tidur bila kami gerak keluar 6.30am tadi. Next Monday baru mula ke 6 Asma'.

Mumi mulakan 01012020 dgn kemas rumah semampu tenaga. 5S kan buku2 lama boys & dokumen2  kerja Pa yg agak bersepah tu. Baru ada lebih space. Mumi ganti kain alas kabinet & meja utk dua ruang TV. Saja hendak mulakan tahun baru dgn sedikit view yg baru sekadarnya. Kemas punya kemas, jumpalah semula vape Pa yg puas dicari sejak balik musafir tu... happylah dia! 

And, Mumi berjaya elakkan 'nasi complete pinggan' seharian tu! Catuk2 makan bila suapkan baby & Didik je. Makin besar, makin makan nak bersuap :-)

Start today, Mumi sampai office seawal pagi semula & mulakan hari kedua ni dgn puasa sunat Khamis, InsyaAllah...

Selain, nak tuju redha Allah, cari pahala bekal nak pergi nanti...
Mumi sdg berazam nak kurus sedikit mcm Twitty Bird juga :-)
Moga2...

Moga juga banjir di Bogor & Jakarta segera surut. Simpati pd saudara di negara jiran mengakhiri 2019 & memulakan 2020 dgn mengharung air banjir yg agak scary mcm tu. Bersabarlah dgn ujian. Terkenang trip to Bogor yg sgt adhoc. Ironinya bsm kenangan tu ada secalit senyum pula. Bila kita kenang kepahitan tanpa ada rasa pedih dlm hati, moga ia petanda kita sudah mampu menerima ia hanya sekadar sejarah berhikmah dlm lipatan hidup ... 



Note to remember :

Baby masih menyusu botol ketika nak tidur malam. Tapi selalunya dia hesitate nak minta kerana takut Muminya penat. 

Politik minta susu cara Baby malam tadi...

B : Mi! 
U : Ya...
B : Esoklah ya Mi buatkan susu utk baby...
U : Hmm... esok, esok punye cerita lah...
(perhaps he was expecting a bit different response)
B : Tapi... kalau Mi tak nak buat malam esok....
B : Mi buatlah malam ni....

Twitty betullah kamu ni baby!


#2020
#floodingBogor&Jakarta
#checkup171219-114/79-pulse84-80.55kg-tonewmission

Tuesday, December 31, 2019

Wrap Dec'19 - d'moment that counts

It's 31st December 2019 already today.
Cepat sungguh masa berlalu.
So many things happened during the year.
Yang gembira, yang pedih, yang sedih, yang pahit, yang manis.
Yang sembuh, yang terluka...
That's how life was in 2019. 
Colourfull and meaningful.
Still, ia tetap membahagiakan.
Kita bahagia dengan senyuman.
Kita bahagia walau airmata berguguran.
Kita bahagia walau hati berdarah luka.
Kerana kita memang selalu bahagia dengan cara sendiri.
Kerana...
Setiap sesuatu yang Allah takdirkan dalam perjalanan hidup manusia...
tidak pernah sia-sia.


I love this sweet pic.
Handsome NEPHEW in the middle with his Adorable UNCLES.


Baby... I told you, I will always try my best effort to make your life meaningful... 
may this moment  became one of those that count...  
#baby&teamlappingganmangkuknya


Tahun ni PaMi tak sempat sambut birthday Babang spt yg pernah kita raikan tahun2 sblmnya. Moga remedy yg diizinkan Allah ini jadi kenangan sbgi 'the gift that count' dari PaMi utk Babang ya.
Their Decemberian tradition... (tak cukup korum)
#babang&teamdecemberiannya


Rajin Didik & his paternal cousins basuh pinggan mangkuk, periuk belanga segala selepas kenduri akikah Aybah & Abid (aunty & nephew). Cousins bebesar semua dah surrender, tinggal yg kekecik. Pun sebenarnya mereka suka nak main hujan gerimis tu...
#didik&teambasuhpingganmangkuknya


... yang terungkap dengan berlalunya waktu...

Berlalu lagi setahun kehidupan
Kita semakin tua, Pa... semakin dah tak daya & tak kuasa (hu hu)
The life in this world indeed is (getting) shorter, 
let's make every moment count, dengan rahmat & izin Allah...

THANK YOU 2019 & SELAMAT JALAN YA...


#akikahaybahabid151219
#alfatihahutkabah
#mumibabysatammarnommey
#byebye2019
#remedyoflife

Tuesday, December 24, 2019

'Robin Hood' Weekend with Champs

FRAN,
Mumi belum sempat nak sambung tulis diari Hatiku di Haramain. Minggu ni, minggu closing akhir jabatan di pejabat. Nanti dah agak ringan, baru boleh duduk diam2, utilize free time utk tulis diari. For time being, interlude sekejap.

Me time during lunch break ni, Mumi nak simpan gambar2 weekend bersama Champs. Since Friday, jadi staff Papa di Midvalley for Christmas Carnival. 12 hours per day, sejuk kejung. 

Angkut boys sekali. Selain dpt bonding time together ketika PaMi cari rezeki tambahan, boleh juga latih anak2 dgn sifat empathy & tanggungjawab. Walaupun sebenarnya, main je kerjanya bebudak ni...

Tak apalah... janji anak2 depan mata. Lagipun kat situ ada je aktiviti yg anak2 boleh sertai utk spend masa mereka. Dan mereka, especially baby, happy je...  :-)


Babang sedang susun produk. Training ye bang... As Sofi tu pun Pa tubuhkan sempena nama kamu. Maka, kamulah kena jadi orang kuat yg tolong Pa bila perlu ya. Grow up, son. U're my eldest, kamu harapan PaMi sekiranya jadi apa2 pada kami nanti...

Belajar & fahami dulu erti hidup, amanah & tanggungjawab. Susah payah cari ilmu & rezeki. Jangan nak syok2 layan awex je. Perempuan yg baik ialah bila awak kejar dia, dia lari. Bukan yg jenis kejar awak tak henti2. Sekolah pun tak habis lagi, jgn nak ngada2 ye. Awak tahu spesifikasi Mumi dlm memilih 'menantu'. Awak pun kena belajar jadi lelaki yg soleh & berhati insan. Baru faham apa erti ehsan & tanggungjawab.

Eh, tetiba pulak Mumi emotional. Kesan dari kejadian-kejadian kehidupan yg sekarang viral macam2. Akhir zaman. Kena usaha & hati2. Yang lain urusan Allah. Nak cari yg baik  & solehah zaman ni, macam payah. Ibarat cari sebutir permata halus di pantai pasir yg panjang.

For that day, harga sebotol vitamin (selected) boleh dapat RM8. Ada  yg boleh dpt dlm RM15. Great discount. Hmm... banyak benefit juga bila Pa jadi vendor ni. Paling tidak, dah ada source utk vitamin anak2. Kalau tak, biasanya kena beli sendiri ikut harga pasaran. Kat klinik panel pun, tak cover charge utk vitamin :-)

Indeed, rezeki itu dlm banyak cara... alhamdulillah.


Di booth Citibank, ada program mewarna. Baby asyik nak mengulang mewarna tapi saya cuma benarkan sekali je. Tak tahu FOCnya untuk berapa kali. Segan nak tanya ttg hal tu & tak sampai hati nak ambil kesempatan sbb mewarna tu gunakan material. Semua tu kos bagi mereka. Lagipun, ramai orang lain nak mewarna juga. So, just utilize your own slot je ye nak...

Tapi, acara paling baby suka - archery di booth Decathlon. Hari2 & almost everytime bila tak ada orang, dia yg conquer. Kadang dia tlg entertain org2 yg dtg booth Decathloon. Sampai salesman kat situ dah anggap dia 'lil brother'. Adeh... part ni mmg tak boleh nak control baby. Tiba2 lesap, tiba2 lenyap. 

Ada sekali memusing dewan Pa, Babang & Didik mencari dia. Rupanya pandai keluar dewan pi main 'salji'! Mumi balik solat, jantung rasa nak berhenti bila diberitahu Baby hilang! Grrrrrr.


Baby dgn 'personal coach' dia... :-)

They said baby was sweet, nice boy & getting better in his archery skill. Mumi happy kalau orang puji yg baik ttg anak2. Semoga kamu terus jadi anak2 yg baik ye supaya bukan hanya orang sekeliling je yg senang & sayang, tetapi yg penting Allah lebih sayang & berehsan dgn kita.


Pa kata Baby practice nak jadi Robin Hood :-)
Takat nak ambil inspirasi as skilled archer & swordsman tu, Mumi tak de masalah. Boleh je...
Tapi, kalau bab jadi heroic outlaw tu, tok sahlah kot. Mumi ni principally is a person by law, kekadang je menyimpang, tapi tak la memudharatkan :-)


Di sekolah, Didik masuk kelab memanah. Tahun depan dia nak cuba masuk pertandingan katanya. Ya lah Dik... PaMi ikut je apa yg kamu suka selagi tak mudharat & bertentangan dgn apa yg beri kebaikan. Lagipun memanah ni diriwayatkan sebagai sukan kesukaan Rasulullah.

Bersabda Rasulullah SAW, "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu. " (Riwayat Bazzar & Thabarani).

Nanti PaMi cuba survey archery set tu berapa harganya di Decathlon esok ya sbb mmg plan nak pergi utk redeem bag. Esok  pun nak settlekan kelengkapan sekolah mana yg perlu. Kalau rasa mampu, PaMi cuba dapatkan satu. Kalau rasa belum mampu, kita buat tabungan dulu ya. Disember ni, semua kena bajet berhemah hu hu...


Kalau tak memanah, Baby akan main benda alah roda dua tu. Tetiba tak ingat namanya. Lately bila dos ubat doktor naikkan, memori saya jadi agak hanky panky. Kadang nama orang pun tak keluar dari kepala. Mujur, adik2 & rakan2 di pejabat faham, tolerate je. Bosses pun selama ini baik je, selalu 'pampered' me & tolerate tak mahu bagi stress lebih2. Itu juga rezeki... alhamdulillah. But that doesn't mean I can go overboard. And me is not the type to go overboard lah. InsyaAllah masih boleh boleh bezakan atr tanggungjawab atau ambil kesempatan. 


Bila dah ada booth MPH berdekatan, baby requested for pencil colours & drawing book. Sabar je lah PaMi... mujurlah kamu my sweetheart bongsu! Ha, colour buku tu ya! Jgn buat 2-3 ms lepas tu boring! Pa pulak entertained his boys with jersey & hats. Topi lagi? Kadang... haish, malas nak cakap. Sometimes Mumi can be sangat berkira, you know that, boys!


Having this opportunity to see you laugh & smiles, is everything for me.
Time cenggini, okaylah. Time buat perangai, adeh rasa nak terbalik dunia!
Kamulah vitamin PaMi yang manis & kadang2 pahit hu hu...
Apapun, I love you sons sampai syurga.


#midvalleychristmascarnival
#flavettes
#champs
#vitamin
#robinhood

Wednesday, December 18, 2019

Hatiku di Haramain : Meninggalkanmu Madinah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...duhai Madinah yang damai...
Kami mahu kembali padamu, insyaAllah kami akan kembali lagi.
*******************************************************

Tak lama pun tempoh berada di Madinah. Sampai ke sini Rabu malam. Dan pada hari keempat, Sabtu 02 Nov. 2019 , tengaharinya kami sudah harus bersiap2 untuk berangkat ke Madinah.

Jujurnya kaki saya sudah mula sakit sejak hari kedua. Beli ubat sapu dari farmasi, macam tak lut. Tapi tetap gagahkan diri untuk to & fro Masjid Nabawi dan juga ikut program ziarah. Dari pakai sandal yg bawa dari M'sia, tukar selipar jepun beli di sini. Kemudian tukar lagi pakai selipar hotel je sebab lebih lembut. Kak Zaidah pula dah mula demam pada hari ketiga. Kesian dia...

Mujur ada ubat sapu botol kecil yg Ayong beli dari Langkawi. Sapu dengan ubat tu baru kaki ada perubahan positif. Orang Malaysia yg hanya lut dengan produk Malaysia :-)

Dalam pada sakit kaki amat sangat tu, Pa tetap heret bawa pi jejalan kedai sekitar setiap kali masa luang. Cari barang2 kiriman kawan2 pejabat.

Kami jalan sampai ke kedai2 di kawasan penempatan. Tapi cuma lihat2 je... sambil2 melihat Madinah mana yg sempat. Angin yg bertiup di Madinah bagi saya sejuk. Ada masa rasa tergigil sikit. Sebab saya memang penyejuk. Waktu tu dah mula beralih cuaca tapi Papa okay je pun. 


Habit & kesukaannya. Smoking & makan aiskrim. Pa kata aiskrim sana sedap. Hampir setiap hari Pa akan beli aiskrim. Tapi entah kenapa saya langsung tak sentuh aiskrim tu. Macam tak de keinginan pun. Jalan di luar dah lah angin sejuk. Dalam bilik hotel, langsung tak on aircond, tapi saya tetap menggigil dalam selimut. Lagi mau suruh makan aiskrim? Idoklah teman... awak makanlah. Saya teman tengok awak makan je la aiskrim tu ye...


Jalan-jalan cari sepasang dua baju untuk anak2. Alih2 Pa kena paksa dek syeikh ni pakai jubah dan serban. Peniaga-peniaga kat sini asyiklah sebut tagline 'boskur' & 'Malaysia boleh'. Adeh... tak pakai dah kot tagline tu boss :-) tapi layankan je la.



Papa excited je bergambar. Mumi yg dah tak lalu nak senyum. Dgn kulit muka yg dah rasa nak terkoyak disebabkan cuaca yg sejuk-kering & kaki yg sangat lah cramp & sakit.


Tiap kali pi tempat makan, selepas iktikaf Isya' mata mesti dah tak boleh buka. Makanannya Alhamdulillah, mewah. Tapi saya rindu telur mata, bayam brazil & sambal sardin! Apapun, kunyah & telan, kunyah & telan. Tak boleh complaint tau... :-)


Pa & Pakcik Mohd Noor, one of key person di UMP.

Rabu, 02 Nov 2019 - Selesai lunch, sempurna check out process, luggage dah masuk dlm perut bas.
Kami pun sudah siap-siap berpakaian ihram. Allahu Allah... sedih sangat sebab kami akan tinggalkan Madinah yg damai. Dalam masa yang sama, sgt excited, gembira, tak sabar, terharu dan... takut... kami akan berangkat ke Mekkah. 

Terima kasih Madinah untuk damaimu yang akan kami rindui sepanjang hayat. Semoga ada izin Allah nanti kami ke mari suami isteri lagi bersama anak2 kami...


#umrah2019
#wirasaujana
#meninggalkanmumadinah
#agarakutidaklupa

PAGEVIEWS